tag:blogger.com,1999:blog-1004352004255068161.post1401555656653240893..comments2023-04-09T21:31:25.592+08:00Comments on Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit: I Trust You All To Join Us At Majlis Makan Malam Gala SMKRPBarialunhttp://www.blogger.com/profile/07856502806436675286noreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-1004352004255068161.post-77390775441342353692010-05-14T09:30:30.463+08:002010-05-14T09:30:30.463+08:00Comment from:
Abdul Nasir Abdul Khalil May 13 at 1...Comment from:
Abdul Nasir Abdul Khalil May 13 at 11:48pm
Posting 03: MERDEKA!
Qaseh....itu nama anak sulungnya. Sudah bijak cuba-cuba mengeja meskipun kadang-kadang antara N dan M berbunyi seakan-akan. Qaseh; budak lelaki yang gemar benar meminta abahnya memuji-muji apabila dia betul mengeja huruf-huruf mudah dan ringkas di buku-buku berserakan di lantai.

Chinta baru setahun. Belum "dapat kaki" lagi. Mungkin kerana dia perempuan. Kata orang, perempuan memang lambat dapat kaki. Tapi Chinta juga pandai mencuri perhatian abah setiap kali abah pulang dari kerja. Riuh rendahlah ruang tamu yang sempit itu bila Qaseh dan Chinta bertolak tarik mahu duduk di ribaan abah.

Rumah quarters itupun disewa dari pekerja keretapi...cukuplah untuk 4 beranak itu berteduh. Abah cuma seorang kerani di pejabat akaun tapi abah punya cita-cita besar. Mahu kaya seperti orang lain. Cuma bintang abah belum betul-betul bersinar. Mujur mama juga pandai membantu menggalas beban. Siap juga sehelai baju sehari bila mama mengambil upah menjahit. Kurang juga beban abah.

Qaseh dan Chinta di ribaan abah. Mama membawa air segelas menyambut abah yang sudah tersandar di kerusi buruk di ruang tamu. Air diteguk. Mama mencapai tangan abah lalu meletak ke sisi perutnya....adik sudah 7 bulan bertapa di situ. Entah apa pula nama yang terilham dek abah dan mama nanti? "dari tadi tak berhenti-henti menendang" ujar mama tersenyum.

Tanpa sedar, Qaseh sudah turun bersila di lantai. Di tangan Qaseh, sekeping surat yang sudah tercarik dari sampul surat putih. sampul surat itu tersemat di poket atas baju abah tadi. Abah tersentak. Chinta sudah berbaring di riba abah. Mahu dicapai abah surat di tangan Qaseh. "Ah! Surat itu patut kubuang saja dari tadi" jerit abah di dalam hati. Abah gopoh cuba menepis Chinta mahu didudukkannya.

Qaseh sudah kumat-kamit mengira-ngira bunyi susunan huruf yang terlebih hitam di tengah-tengah surat....masih mencongak-congak lalu senyum dan bangga membacakan:

NOTICE OF SERVICE TERMINATION

Names in this story are untrue. The rest is not a fiction
~Abdul Nasir Abdul Khalil~Arialunhttps://www.blogger.com/profile/06585354258114108322noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1004352004255068161.post-60000113951304557042010-05-13T22:50:38.464+08:002010-05-13T22:50:38.464+08:00Comment from:
Abdul Nasir Abdul Khalil May 13 at ...Comment from:
Abdul Nasir Abdul Khalil May 13 at 9:43pm:
Tertarik dengan sebuah rencana yang dipaparkan di the New Straits Times tidak beberapa hari lalu berkaitan perhubungan asmara dan cinta di pejabat. Definisi yang diberikan adalah perihal perhubungan "extra marital" yang berleluasa di pejabat pada masa ini. Sang isteri orang yang jatuh cinta dengan sang majikan. Sang majikan wanita yang menjalin perhubungan dengan sang pekerja bawahan lelaki (bujang), yang sama-sama berkahwin, malahan yang sama sejenis juga tidak lari dari microscope pembicaraan.

Corak ini sudah dilihat sebagai "biasa" dan jalinan cinta ini sudah dilihat suci dan tidak mampu dielakkan lagi.

Hampir majoriti kita berkerjaya di pejabat. Kita tentu masak dengan sejauh mana benarnya kisah yang dipaparkan ini. Teori Hannibal Lecter di dalam " Silence of the Lamb", kita terlalu mudah tertarik dengan seseorang atau sesuatu yang kita lihat hari-hari. Lebih sering dilihat, lebih nampak kemanisannya. Sekurang-kurangnya inilah asas yang dilemparkan Lecter kepada Clarice bila diminta memberikan "hint" penculik mangsa di dalam kisah thriller tersebut.

Bila dihitung-hitungkan kembali, kita lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan dipejabat. sekurang-kurangnya 8 jam sehari, 48 jam seminggu. Kita lebih kenal sekecil-kecil kegemaran rakan kita berbanding isteri atau suaminya sendiri. Bila ini bermula, ianya semakin mendalam, rasa "caring" bertukar rindu, bertukar cinta dan.....

Apa yang menjadi perisai masing-masing? Cukupkah sekadar gambar isteri dan anak-anak di sisi smepit dompet atau gambar percutian terbaru di dalam digital frame di atas meja, atau memejamkan mata menolak yang lalu lalang di hadapan?

Apapun resipi masing-masing, "trend" yang dianggap semakin lumrah ini sudah seakan penyakit yang terpaksa mungkin akibat pengaruh globalisasi; "orang lain buat, apa salahnya" atau "pandai makan, pandai lah simpan". Jawapan paling piagam tentulah "kembali kepada ajaran agama" namun cuba kita sediakan jawapan dari sudut yang lain.

Terdengar jenaka rakan bila mengusik seorang teman sekerja yang sudah berpunya " saya memang suka yang tengah berkahwin...baru ada challenge....sorok-sorok sms, menyusup outstation...suami kejar pakai parang....kan challenge tu?"

Sudah bersediakah kita menghadapi parang orang atau menghadapi hukum ditanam diparas dada, diletak di tengah tempat awam lalu direjam dengan batu-batuan kecil sehingga mati?
Nasir; Tumpang Posting (ii)

~Abdul Nasir Abdul Khalil~Arialunhttps://www.blogger.com/profile/06585354258114108322noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1004352004255068161.post-6435309491387331262010-05-13T07:07:22.765+08:002010-05-13T07:07:22.765+08:00Fuh...Nasir...tingginya punjangga kau...payah dime...Fuh...Nasir...tingginya punjangga kau...payah dimengertikan, namun tersurat pada yang memahaminya dan pernah melalui pengalaman yang mahal tersebut....happy gathering guys....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/04543727084368022813noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1004352004255068161.post-72860882553768431072010-05-13T00:12:21.643+08:002010-05-13T00:12:21.643+08:00Comment from:
Abdul Nasir Abdul Khalil May 12 at 1...Comment from:
Abdul Nasir Abdul Khalil May 12 at 10:01pm:
Ramai yang sedikit atau sememangnya taksub apabila bersoal tentang alumni persekolahan. Ada syarikat yang mengetepikan langsung calon lain yang lebih berkelayakan apabila ada sahaja calon dari kalangan alumni sekolahnya. Taksub itu adakalanya mencecah ke tahap Assabiyah yang beransur "extreme". Kewujudan secret society, budaya "ragging" meskipun umum seperti sudah lega bahawa tiada lagi unsur ini di dalam kehidupan bersekolah asrama penuh serta banyak lagi.
Namun bagi "budak-budak Manjoi" mujur ini tiada di dalam kamus kehidupan kita sehingga kini. Yang bersahabat baik dari kecil sehingga ke usia ini, yang menjadi rakan sekerja, yang menjadi rakan niaga....semuanya dibuat dengan kelangsungan yang tulus. Tiada extremism.
Semoga semangat dan ketulusan cluster pelajar-pelajar terbaik dan terpilih dari Perak ini akan terus seperti seadanya.
Sedih juga apabila pada suatu masa, terdengar "junior" yang bertangga-tangga jauhnya dari tahun kita menyebut " I spent my schooling days in Bainun simply because I did not get anywhere else...and I did not enjoy a bit of those time"...lalu keinginan menegur terus kulupakan. Terang, semangat keakraban itu rupanya pudar apabila kita tidak merasai "akar" dan kesukaran ala minimalist sekitar 84-88.
~Abdul Nasir Abdul Khalil~Arialunhttps://www.blogger.com/profile/06585354258114108322noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1004352004255068161.post-21093880307019551632010-05-13T00:09:31.522+08:002010-05-13T00:09:31.522+08:00This comment has been removed by the author.Arialunhttps://www.blogger.com/profile/06585354258114108322noreply@blogger.com