Advertisement -header

kunjungan

Tuesday, March 25, 2008

Kelas Bahasa

Ya.. Assalamulaikum dan Selamat Hari-Hari murid2 semua..

Hari ni, cikgu nak nak ajar Bahasa. Topik bahasa kita hari ini ialah Gaya bahasa perbandingan; Apa itu bahasa perbandingan? Ia merupakan salah satu ragam atau gaya bahasa yang memperbandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas.

Jadi, murid2, sila ambil buku nota dan salin contoh2 bahasa perbandingan di bawah ini yea;

1). DAP biadap kerana cuba boikot majlis angkat sumpah MB Perak. Tapi, UMNO tak biadap bila nak boikot majlis angkat sumpah MB Terengganu?
2). Datuk Ahmad Said (Terengganu) akan dipecat kerana langgar watikah Presiden UMNO. Tapi, Datuk Md. Isa Sabu (Perlis) tak dipecat kerana isu yang sama?

3). Zam (Datuk Seri Zainuddin Maidin, Kedah) diselar oleh pemimpin UMNO kerana komen yang dikatakan tidak benar pasal pembaziran wang dan usaha keras untuk menawan Kelantan. Tapi, Ku Li disuruh rampas Kelantan sebelum cabar Presiden UMNO kerana dikatakan banyak wang dan usaha yang telah digunakan untuk menawan Kelantan tapi gagal. Bazir dan guna...macam sama je maksudnya?

4). Kerajaan baru Perak dikatakan tiada muafakat kerana bertelagah untuk memilih Exco. Tapi, kerajaan Terengganu nak dapat MB pun payah?


Kriiiing.. ok murid2, loceng sekolah dah berbunyi, ingat ya, balik rumah nanti ulangkaji balik topik bahasa perbandingan tu yea... minggu depan cikgu nak tanya balik..

Wednesday, March 12, 2008

Ini Baru Betul-Betul Ho Liao! Ho! Ho! Ho!

PRU ke -12 sudah berakhir. Rakyat sudah pun membuat pilihan. Tak sabar untuk melihat perkembangan negeri Selangor dengan aliran pemerintahan yang baru ini..
Tak sabar aku untuk mengikuti episod baru dari sekarang hingga 4-5 tahun akan datang.

sumber: http://www.zaharuddin.net/

1. Apa akan jadi pada media TV(e.g. TV3 dan RTM) yang kini berada di dalam pemerintahan Negeri Selangor atau Kuala Lumpur yang kini dipimpin oleh PKR/DAP/PAS?

2. Apa akan jadi pada media cetak (e.g. The Star, NST, Utusan) yang berada di Kuala Lumpur?

3. Apa akan jadi pada PWTC, yang kita tahu setiap tahun tempat untuk UMNO bersidang? Kini dalam wilayah pemerintahan PKR/DAP/PAS?

4. Dan jangan lupa, kebanyakan pusat pentadbiran, Parlimen & etc berada di Kuala Lumpur- di dalam wilayah pemerintahan PKR/DAP/PAS

Masih beranikah media2 di atas memberi liputan yang berat sebelah?
Masih beranikah 'puak-puak' itu untuk mencetuskan kekecohan dan dipalitkan busuknya kepada pemerintahan PKR/DAP/PAS?

Oh ya, kalu anda masih ingat, bekas MB Selangor(Khir Toyo) yang terdahulu pernah 'menghadiahkan' penyapu bagi Pejabat-pejabat Tanah & Daerah dalam kawasan Selangor yang tidak perform berdasarkan 'Key Performance Indicator(KPI).

Agak-agak, layak tak Khir Toyo memenangi anugerah terulung Batang Penyapu tahun ini?.. Ini baru betul-betul Ho Liao! ...muahahahaha....

Tuesday, March 4, 2008

Niat Pilihanraya....

*kredit image to Lat.

Kalu sembahyang sunat Aidil Adha atau Adil Fitri yang setahun sekali tu pak-pak imam masjid mengingatkan para jemaah tentang cara niat, takbir dan rakaat sembahyang, maka untuk PRU yang setiap 4 atau 5 tahun sekali ni ada sorang ‘Pak Imam’ kita ni nak mengingatkan para jemaah semua tentang niat pilihanraya nanti. Niat nya…

“Bismillahhirrahmanirrahim..
" Sahaja aku beratur ikut barisan, kerana nak mengundi Pas atau Keadilan ...”
*sumber rujukan: Yan Elly..