Advertisement -header

kunjungan

Friday, July 14, 2017



1. Sistem

Apa yang Ray Kroc dapati adalah, sistem yang 2 beradik Mcdonald buat adalah sistem. Sistem ini yang buatkan segala operasi sangat cepat dan berkesan. Sistem yang dia bina menghasilkan SPEED. Dan sebab itu burger Mcdonald dapat siap dengan hanya 30 saat. Sistem yang dihasilkan sangat detail dan teratur hinggakan pekerja baru masuk boleh jadi master dalam bidang kerja dalam beberapa hari sahaja tanpa kompromi berkenaan kualiti, servis dan kecepatan.


“If I had a brick for every time I’ve repeated the phrase Quality, Service, Cleanliness and Value, I think I’d probably be able to bridge the Atlantic Ocean with them.” – Ray Kroc

2. Research & Development

Nak wujudkan sistem yang berkesan, 2 beradik Mcdonald berkongsi pada Ray Kroc dalam pertemuan awal tentang bagaimana dia boleh keluarkan sistem yang cepat. Point yang paling penting adalah pada kajian yang dia buat untuk menghasilkan burger yang cepat. Dia KAJI dan lakukan PENAMBAHBAIKKAN dari segi gerakan tubuh badan, SIMULASI operasi bakar burger, dressing burger dan urus packaging sebelum hantar pada customer. Dia juga cerita tentang bagaimana simulasi sangat membantu 2 beradik ini untuk jadikan sistem itu SEMPURNA hinggakan kedudukan dapur masak, tempat letak sos dan sayur semuanya sangat bagus tanpa membazir banyak pergerakan manusia. Dan bila mereka order peralatan dapur, semuanya custom design ikut kehendak Mcdonald.

3. Value & Target Audience

2 beradik Mcdonald juga berkongsi apa VALUE asal Mcdonald. Value yang dibawa Mcdonald adalah FAMILY. Sebab itu Ray Kroc sangat pelik bila kali pertama dia lihat kedainya penuh dengan mak ayah dengan anak-anak mereka. Tak kurang juga pasangan suami isteri yang datang sebagai tempat dating. Dengan value tadi, Mcdonald hanya fokus pada individu yang sudah berkeluarga untuk datang ke kedainya. Mcdonald masa tu tidak langsung mempunyai menu kesukaan orang muda. Bagi mereka, golongan muda bukan sasaran sebenar Mcdonald, ianya membazir masa dan kos.


EPISOD BARU

Setelah Ray Kroc bertemu 2 beradik Mcdonald, dia balik ke tempat asalnya dalam keadaan tak senang duduk. Ray Kroc nampak potensi Mcdonald untuk pergi lebih jauh sangat besar. Ray Kroc segera bertemu 2 beradik Mcdonald kembali untuk nyatakan hasratnya untuk jadi ejen franchising. Maka 2 beradik Mcdonald dan Ray Kroc menandatangani perjanjian secara rasmi.

Sekali lagi Mcdonald cuba berkembang tetapi kali ini melalui sistem FRANCHISING. Kenapa sekali lagi, sebelum ini 2 beradik Mcdonald pernah buka beberapa cawangan tempat lain, tetapi semuanya gagal kerana isu kawalan kualiti makanan dan servis.

Bagaimana Ray Kroc convince 2 beradik Mcdonald?

4. Vision

Ray Kroc dengan penuh keyakinan jumpa kembali Dick & Mac Mcdonald awal-awal pagi untuk pujuk untuk franchisekan bisnes Mcdonald. Ianya terlalu bagus untuk hanya berada di satu kawasan sahaja. Ray Kroc, bentang peta Amerika dan tunjukkan pada 2 beradik ini dengan plan yang Ray Kroc telah rancang.
Seperti biasa, 2 beradik ini terlalu bersikap tertutup dengan asyik menceritakan masalah demi masalah semasa mereka buka 3 cawangan di kawasan lain. Antara masalah yang mereka alami adalah kawalan kualiti, tidak ada manager atau supervisor yang boleh follow prosedur mereka ketika itu. Dan sebab itu juga 2 beradik ini buat keputusan daripada banyakkan cawangan, lebih baik fokus pada satu kedai sahaja dan kawal kualiti dan sistem secara direct. Mereka takut untuk pergi besar, kerana kelemahan akan burukkan jenama Mcdonald.

5. Good Observer

Ray Kroc sangat yakin dengan keputusannya untuk bantu 2 beradik Mcdonald ini untuk franchisekan. Dia mengambil inisiatif untuk melawat dan lihat sendiri salah satu cawangan Mcdonald yang dikatakan gagal di Phoenix, Amerika. Masa tu Ray Kroc hanya memandu, jarak lebih kurang dalam 900km. Ray Kroc nak lihat dan PERHATI sendiri apa suasana cawangan di Phoenix dan nak tahu sendiri kondisi kedai dan keadaan sekeliling.

Ray Kroc juga terinspirasi dengan menara gereja dan bangunan penghakiman yang ada bendera Amerika yang terpacak di setiap bandar dan ingin menjadikan Mcdonald seperti gereja erbaru Amerika (‘The New America Church’) yang buka 7 hari seminggu. Dengan kata lain, Ray Kroc nak jadikan Mcdonald (The Golden Arches) sebagai tempat tumpuan keluarga, komuniti orang ramai, warga Amerika untuk datang dan merasai VALUE family yang Mcdonald pegang selama ini.

Jadi, kali ini dengan berat hati Mac Mcdonald ikut nasihat Dick Mcdonald untuk beri peluang dan ruang kali kedua untuk berkembang lagi. Akhirnya 2 beradik ini tawarkan pada Ray Kroc, ejen franchise kepada jenama Mcdonald. Ray Kroc, dengan impian yang jelas terus lakukan kerja-kerja marketing.

6. In-Control
Pada peringkat permulaan, Ray Kroc cari investor dikalangan bekas pelanggannya masa dalam bidang sales, orang-orang kaya dan berada. Pengalaman dalam bidang sales selama 17 tahun membuahkan hasil. Beberapa individu dari kalangan kawan-kawannya yang kaya bersetuju untuk invest dalam bisnes franchise Ray Kroc.

Setelah beroperasi beberapa bulan, Ray Kroc dapati franchise dibawah kelolaan pelaburnya yang dari golongan kaya tidak ikut prosedur dan sistem yang ditetapkannya semasa awal mereka bersetuju intuk labur. Ray Kroc dapati kedai mereka tidak ikut sistem yang betul, makanannya tidak ikut prosedur persediaan, kualiti makanan sangat teruk dan paling ketara, golongan ini tambah menu untuk tarik perhatian golongan muda membeli dari franchise mereka. Keadaan ini sangat serius kerana Ray Kroc sangat pentingkan sistem supaya kualiti kesemua makanan dibawah jenama McDonald terjaga.

Akhirnya Ray Kroc sedar bahawa golongan kaya ini bukan target sebenar dia dalam mencari pelabur. Golongan kaya ini ibarat golongan *, sukar menerima arahan. Suatu hari, Ray Kroc bertemu dengan seorang evangelist (golongan pendakwah Kristian) yang masuk dalam ofis beliau. Beliau bertanya pada evangelist tersebut, kenapa dia jual Bible. Kemudian orang itu jawab, saya mencari rezeki. Dengar jawapan begitu, Ray Kroc tawarkan pada individu tersebut dengan jawatan Manager pada salah satu cawangan baru beliau. Akhirnya individu itu bersama isterinya jalankan bisnes di salah satu cawangan McDonald dalam keadaan yang baik, ikut sistem dan prosedur. Akhirnya Ray Kroc sedar, bahawa apa yang dia perlukan bukannya investor yang kaya raya, tapi individu yang ada VALUE yang sama dengan VALUE BISNES McDonald.

Dari situ, Ray Kroc mula pergi kepada orang ramai yang bukan dari kalangan orang kaya, tapi orang kebiasaan yang mencari suatu untuk keluarga masing-masing. Ray Kroc adakan mini seminar, perjumpaan dengan persatuan-persatuan untuk mencari individu yang mempunyai VALUE yang sama dengan McDonald, “MCDONALD IS FAMILY” dan golongan ini diberikan “OPPORTUNITY” untuk berjaya. Individu-individu sebegini mudah dibentuk dan mudah ikut sistem berbanding orang kaya yang ****

7. No Pressure, No DIAMOND

Setelah beberapa ketika, Ray Kroc berjaya buka cawangan pertama dibawah seliaan dia sendiri di Des Plaines, Illinois. Ray Kroc sendiri yang pantau dari awal pembinaan hinggalah bahagian operasi kedai ketika itu. Kemudian cawangan kedua dan ketiga menyusul dalam masa tempoh sebulan. Salah seoarang beradik Mcdonald mula berasa tak sedap hati tentang berita penambahan 3 cawangan dalam tempoh sebulan. Bagi dia, ianya terlalu cepat dan tergesa. Cara fikir yang sangat ortodoks, old school dan traditional, terlalu fear dengan perubahan. Dalam tempoh setahun Ray Kroc berjaya buka 18 buah franchise Mcdonald.

Cabaran Ray Kroc bermula sejak dari awal lagi semasa pembinaan cawangan pertama dibawah Ray Kroc sehinggalah suatu hari, masalah yang dihadapinya terlalu sukar bagi dia. Antara cabaran dan tekanan yang Ray Kroc hadapi adalah:

(a). 2 beradik Mcdonald menghalang Ray Kroc untuk hidangkan minuman Coca-Cola dalam restoren Mcdonald pertama Ray Kroc.

(b). 2 beradik Mcdonald tidak memberi kelulusan untuk ubahsuai sedikit pun deisgn bangunan Mcdonald. Setiap perubahan, bukan keputusan Ray Kroc untuk putuskan.

(c). Pelabur untuk cawangan kedua dan ketiga tidak ikut standard operation yang ditetaipkan. Tambah menu ayam goreng, biskut dalam makanan, kualiti dan kuantiti isi dalam burger tidak ikut piawaian.

(d). 2 beradik Mcdonald tidak membenarkan Ray Kroc untuk tambahbaik menu sedia ada, tambah menu dalam senarai McDonald, langsung tidak benarkan buat apa-apa pembaikan untuk dapatkan income lebih pada McDonald.

(e). Tidak berupaya memujuk 2 beradik untuk naikkan 1.9% komisen kepada 3% supaya Ray Kroc terus kekal dapat beroperasi dengan baik.

Klimaks masalah yang Ray Kroc hadapi yang buatkan dia hampir terduduk adalah masalah kewangan yang sangat serius. Rupanya, keuntungan 1.9% dari jumlah sales yang ada dalam kontrak sangat berat sebelah bagi Ray Kroc. Ray Kroc tidak mampu nak maintain semua operasi bawah jagaannya. Ray Kroc mula tidak mampu bayar sewa pejabatnya, bil api dan air dah beberapa bulan tertunggak sehingga dapat notis untuk pemotongan. Akhirnya, Ray Kroc terpaksa pajak rumahnya sendiri untuk tampung kos operasi yang sememangnya rugi. Tak cukup dengan itu, bank mula menghubungi untuk menuntut tunggakan 3 bulan pinjamannya dan surat peguam telahpun keluar sebelum masuk jadi kes mahkamah. Ketika itu, Ray Kroc hampir kehilangan semuanya.


“Good thing comes to those who wait.”

8. GOOD THING comes to those who WAIT.

Masa pertemuan Ray Kroc dengan pegawai bank mengenai rayuan untuk memohon pinjaman baru yang boleh selamatkan bisnes Ray Kroc, permohonan itu ditolak mentah-mentah. Semasa perbualan dengan pegawai bank, seorang individu bernama Harry Sonneborne, seorang pegawai executive firma Tastee-Freez terdengar perbualan Ray Kroc tadi. Masa Ray Kroc keluar, Harry Sonneborn berminat untuk tahu apa status kewangan bisnes Ray Kroc. Harry beritahu Ray Kroc, bisnes yang tidak menghasilkan untung, bisnes itu sangat bermasalah.

Bila Harry tawarkan pada Ray Kroc bantuan untuk dia lihat sendiri ke dalam akaun ledger bisnes, Ray Kroc terdiam dan akhirnya terima tawaran Harry. . Setelah Harry teliti akaun ledger bisnes Ray Kroc, Harry keluarkan satu proposal pada Ray Kroc yang menyebabkan bisnes Ray Kroc kekal sehingga saat anda membaca kisah ini. Kekuatan bisnes Ray Kroc bukan pada franchise McDonald, bukan pada 1.9% keuntungan setiap $0.15 burger, tapi pada ASET TANAH.

Perhatikan model bisnes franchise Ray Kroc buat. Ray Kroc beli sekeping tanah di beberapa lokasi yang strategik. Individu yang berminat menjadi sebahagian franchise McDonald, hanya dibenarkan bila dia beroperasi atas tanah yang Ray Kroc sediakan. Ini merupakan sebahagian perjanjian dengan individu yang join franchise McDonald. Setelah jadi sebahagian team franchise, Ray Kroc hanya untung 1.9% keatas jumlah sales franchise McDonald yang dia bina.

Jadi, apa yang menjadi kelemahan Ray Kroc sehingga dia rugi adalah CONTROL yang sebenar terhadap bisnes. Ray Kroc tidak ada kuasa untuk buat keputusan berkaitan McDonald. Sebab itu selama ini apa yang menghalang keupayaan Ray Kroc adalah perjanjian ini, Ray Kroc tak boleh buat keputusan, semuanya atas kebenaran 2 beradik Mcdonald yang sememangnya sangat ortodoks dan penakut dalam bisnes, dan sumber income yang sangat terhad iaitu 1.9% komisen atas keseluruhan sales.

Jadi, apa yang Harry cadangkan hanya 2 perkara sahaja. 2 perkara tu adalah:

Pertama: Tanah yang dimiliki oleh Ray Kroc, atasnya adalah kedai franchise McDonald. Apa yang Ray Kroc perlu buat adalah perjanjian dengan pemilik franchise, nak operate kedai McDonald WAJIB bayar sewa tanah secara tetap atau bayar komisen dari hasil jualan, antara keduanya yang mana lebih tinggi, itulah sewa bulanan. Jadi, dengan tanah tadi, Ray Kroc ada income yang bukan berasal dari 1.9% jualan keseluruhan McDonald perjanjian antara 2 beradik McDonald tadi.

Kedua: Guna aset tanah juga, untuk tamatkan (terminate) mana-mana pemilik franchise yang tidak ikut piawaian franchise yang ditetapkan oleh Ray Kroc. Ray Kroc adalah ejen franchise, jadi dialah yang berkuasa untuk tetapkan operasi, kualiti dan kawalan operasi McDonald.

Apabila pemilik bersetuju untuk masuk franchise McDonald, franchise tersebut menjadi milik 2 beradik McDonald, bukan Ray Kroc. Sekarang ini milik Ray Kroc hanyalah tanah dan kuasanya dalam bidang pengawalan kualiti operasi franchise McDonald.

Harry sebut pada Ray Kroc, "BISNES SEBENAR Ray Kroc bukan burger, tapi pada property, REAL ESTATE!"

9. Grab Fast Opportunity

Apa kelebihan Ray Kroc sejak dulu lagi, dia adalah individu yang bila dia nampak peluang untuk improved, buat duit dan berkembang, dia akan grab dan cepat bertindak. Begitu juga masa awal dia nampak peluang yang ada bila dia nak jadi sebagai ejen franchise. Ray Kroc dah nampak peluang dan peluang itu sangat besar, THE OPPOTURNITY IS ENDLESS.

Dan bila datang peluang Harry bentangkan, Ray Kroc segera tubuhkan Franchise Realty Corporation dan segera bertemu kesemua pemilik franchise McDonald dan nyatakan terms & condition yang baru, dengan dibantu team baru, Harry Sonneborn.

Dengan aset tanah tu juga, Ray Kroc dapat buat pinjaman untuk selamatkan bisnesnya yang sedang nazak, sekaligus dia boleh guna untuk kembangkan lagi bisnes baru dia, REAL ESTATE & FRANCHISE.

Akhirnya berlaku ketegangan antara 2 beradik McDonald, pengasas sebenar McDonald dengan Ray Kroc. 2 beradik McDonald tegaskan semua perkara berkaitan McDonald mesti dapat persetujuan mereka berdua. Tapi Ray Kroc membalas, segala apa yang berlaku dalam kedai McDonald, adalah bidang kuasa 2 beradik McDonald, tapi segala yang berlaku diluar kedai McDonald, bidang kuasa mereka berdua tidak terpakai.


10. Flexibility & Openness

Sejak dari itu, Ray Kroc semakin berani untuk buat keputusan sendiri tanpa persetujuan 2 beradik McDonald. Dia perkenalkan minuman milkshake serbuk bukan dari original susu yang rasanya seperti ice cream yang sedap tanpa menambah kos operasi dan sangat menjimatkan, dan tambah jumlah jualan ke dalam sales McDonald. Idea milkshake serbuk ini berasal dari salah seorang pemilik franchise, dan ketika itu Ray Kroc sangat kagum dengan kecepatan, dapat jimatkan kos dan rasanya kekal hebat dan sedap.

Ray Kroc juga dalam perkenalkan beberapa pembaharuan sesuai dengan citarasa orang ramai ketika itu dengan perkenalkan menu baru seperti Fillet-O-Fish, Big-Mac, Quater Pounder Burger, menu sarapan McDonald, Happy Meal untuk anak-anak, maskot Ronald McDonald dan pelbagai lagi perubahan dan penambahbaikan dalam McDonald.

Semua ini mempengaruhi masyarakat sekeliling di Amerika ketika itu untuk menerima McDonald sebahagian dari hidup mereka.

11. Persistent

Apa yang kita boleh pelajari dari Ray Kroc, sejak dari pertama kali beliau tengok sistem McDonald, beliau sangat tertarik dan beliau sendiri membayangkan berapa banyak income yang McDonald boleh peroleh sekiranya dia duplicate sistem kepada beratus, malah beribu-ribu sistem yang sama.

Datang, masalah cabaran sekalipun Ray Kroc teta[ tidak berputus asa. Dia konsisten dan sangat kuat keazamannya untuk jadikan McDonald sangat terkenal di Amerika.

Hubungan Ray Kroc dan 2 beradik McDonald berada pada tahap ketegangan paling tinggi. 2 beradik McDonald tidak mampu untuk membiayai kos guaman untuk saman Ray Kroc. Ray Kroc pula berazam untuk mengusir kedua pengasas McDonald dari bisnes McDonald tu sendiri. Akhirnya kisah Ray Kroc dan 2 beradik McDonald berakhir dengan persetujuan terakhir. Semasa perjumpaan terakhir bersama peguam masing-masing, 2 beradik McDonald akhirnya bersetuju untuk lepaskan semua bisnes berkaitan McDonald kepada Ray Kroc dengan syarat 2 beradik ini dapat 0.5% royalty dari total sales.

Di hadapan kedua peguam dari pihak masing-masing, Ray Kroc berkata dia tidak boleh bersetuju dengan 0.5% royalty, kerana itu akan sebabkan pemilik franchise yang lain turut terjejas.

Apa yang dia boleh tawarkan adalah sebanyak $2.7juta kepada 2 beradik itu dan hulurkan tangan untuk bersetuju dengan tawaran itu. Mac McDonald secara terpaksa rela bersalam dan menandakan 2 beradik itu bersetuju melepaskan bisnes McDonald kepada Ray Kroc.

Itulah kisah pengakhiran kedua pengasas McDonald yang terlalu takut untuk berubah hinggakan dia sendiri terkeluar dari bisnes yang mereka sendiri asaskan. Ray Kroc bukanlah pengasas tetapi mengambil peluang yang sedia ada untuk melaksanakan impian sendiri.

Kesimpulannya, ada 11 pelajaran yang boleh kita ambil dari kisah jenama McDonald.
Moga kisah ini memberi inpirasi, manfaat dan nilai yang baik pada usahawan yang baru bermula. Jadikan bisnes kita sebuah legasi yang boleh kita banggakan dan jadikan sebagai ibadah untuk bantu lebih ramai umat manusia. Sehingga hari ini, McDonald berjaya buka 35,000 cawangan franchise di lebih 100 negara. Itulah legasi Ray Kroc.

kredit fb : Najib Asaddok