"sekalipun satu ketika nanti anda mungkin rugi, anda tetap ada 1 sen sebagai modal untuk kembali menongkah ke depan!"
Hah! Kan dah betul pesanan tu!
2-3 minggu lepas, aku belek kat sebuah forum. Ada forumer menawarkan;
* RM100 bagi membeli setiap keping duit syiling Malaysia 1 sen tahun 1976.
* RM50 bagi membeli setiap keping duit syiling Malaysia 10 sen tahun 1971.
Apa lagi, malam tu gak, aku korek balik tabung lama aku, selongkar almari dan laci bilik anak-anak aku, akhir nya jumpa la juga sekeping duit syiling 1 sen-tahun 1976. Yang 10 sen pulak, aku cuma jumpa tahun 1969 je.
Tapi kenapa 1 sen tahun 1976, dan 10 sen tahun 1971?
Aku buat research sikit, and ni jawapan dia.
Syiling 1 sen 1976 adalah keluaran terhad Bank Negara Malaysia(BNM). Tapi tak diketahui jumlahnya. Belakang syiling tu adalah gambar Parlimen, bukannya rebana seperti syiling 1 sen yang lain. Di keluarkan dalam 2 jenis. (1) .copper-clad-steel atau (2). bronze Harga yang bronze lagi mahal. Boleh cecah RM1,000. Lagi pun penggunaan 1 sen semakin berkurangan sejak 1 May 2008 sebab GST polisi - mekanisme penggenapan tu.
Syiling 10 sen 1976 pula juga terhad, kerana Mintage (keluaran) nya hanyalah 32,236 keping.
Aku buat research lagi. Rupanya kat e-bay ada orang menawarkan sehingga RM500 untuk syiling 1 sen-1976! RM80-RM100 untuk 1 sen-1971!
Hehehe.. aku tak nak beri direct link(sebab nanti hangpa 'overtake' aku). Pandai2 le korang google kat ebay ke, lelong dot com ke...
Aku research lagi and jumpa info pasal syiling Malaysia 10 sen tahun 1981. Read more here.
Kat bawah, adalah koleksi pribadi duit lama aku. Mana tahu, kut2 lepas ni ada permintaan pulak untuk duit2 ni.. Syiling RM1 Malaysia dalam koleksi aku sekarang. BNM dah tak keluarkan lagi syiling RM1.
Duit kertas RM1 lama.
Beberapa koleksi syiling negara-negara lain.
So, jika anda ada resonable offer untuk memiliki duit2 lama tu, boleh le contact aku.
P/S: Sekarang dah bertambah satu lagi hobi: Ternak kambing kecil-kecilan, and old coins collector. Macam Indiana Jones le pulok...... warkh kah! kah! kah!
No comments:
Post a Comment