Advertisement -header

kunjungan

Monday, June 30, 2008

Jangan Bersedih-(La Tahzan)

Mak aku pernah berpesan, kalu kita terlupa barang yang kita simpan di mana, bacalah surah Alam Nasyrah, insyallah, dalam kita dok mencari tu, kelak kan terjumpa lah tu..

Lalu, terdetik hati ku mencari terjemahan surah Alam Nasyrah ini.
Berikut terjemahannya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?,

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Pada pendapat aku, ‘kepoweran’ atau kekuatan surah ini terletak pada ayat [5]. Sebab apa? Sebab ayat itu ditegas dan diulang sekali lagi pada ayat ke-6. ” sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. “

Jadi, janganlah anda bersedih ke, mengeluh ke.. Ada le hikmahnya Allah nak uji tu...
Amalkan baca surah Alam Nasyrah especially selepas solah fardu. Insyallah.. ada keberkatannya..

Baca dan kaji seterusnya di sini: Al-Quran Online

No comments: