Advertisement -header

kunjungan

Saturday, December 20, 2008

A Note To Myself: #1: Jaundice

* This post has been created to act as my personal reference & note, should we (me & wife) in future is having another baby. This ‘special’ note will summarize everything that I should know about jaundice.

I have to admit, my 4 days experience taking care of Darwisya when admitted to Pusrawi for Phototherapy treatment really test my mental, emotional & physical strength .. Saat paling mencabar tatkala baby Darwisya menjerit & menangis kesakitan setiap kali disuntik jarum bagi mengambil dan mengukur tahap billirubin dalam darahnya.

Beberapa fakta mengenai Jaundice:

1. Jaundice berasal dari perkatan Perancis "jaune" yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilrubin. Bilrubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.

2. Baby jaundice disebabkan oleh hati baby yang belum matang untuk memproses sel darah yang terurai itu. Ujian darah dilakukan untuk menguji tahap kandungan billrubin dalam badan baby. Bacaan 230 dan kebawah adalah normal. Kalau bacaan melebihi 230 dan keatas, perlukan rawatan segera. (*note: Bacaan kandungan billrubin pada baby Darwisya adalah 330 ketika diadmit di Pusrawi)

3. Ibu yg berdarah jenis 'O' adalah faktor utama anak jaundis.

4. Statistik menunjukkan baby jaundis berlaku sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.

5. Baby yang kena jaundis kerap tidur. Jangan bagi baby tidur sangat di awal kelahiran Usik2 selalu. Biar menangis, sebab baby yang tidak aktif, tidur jer mudah kena jaundis, sebab hati lambat berfungsi.

6. Jaundis akan menurun selepas hari ke 14 tapi kalau lebih maybe ada jangkitan yg lain.

So in summary jaundice dalam bahasa mudah orang melayu adalah penyakit kuning. Ingat yea, penyakit kuning & demam kuning adalah dua penyakit yang berbeza. Pandai-pandai lah korang(err.. silap, aku) google cari definition tu.

Pencegahan:

1. Breastfeed (susu ibu) is the most effective method. But in my case, doesn’t really work, sebab baby Darwisaya berat masa lahir cuma 2.25kg, which is according to doctor agak kecil and probability untuk kena jaundice amatlah tinggi. Itu yang last-last kena gak tu.

2 . Doktor amat ‘pantang’ kalau sebut pasal jamu. So, faham-faham je lah, selagi kat hospital and breastfeed baby, jangan le nak memandai nak makan jamu.

3. Jika tahap billrubin dah cecah tahap bahaya, maka normal medical treatment kat hospital ialah fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis.

Amalan dan petua tradisional

Hah.. ini pula amalan tradisonal or petua orang-orang tua untuk mengubat. Aku susun ikut rank dari yang paling berkesan ke kurang berkesan. Ini based on research aku dari forum2 di internet.

1. Susu kambing. Tapi kalau doctor tahu, sure kena marah kow-kow punya. Sebab:
(i). susu kambing banyak sangat protein, Badan baby yang masih kecil, tak mampu memproses protein berlebihan. So akan memudaratkan baby, especially hati.
(ii). Susu kambing tu dah dispateur ke tak? Nanti takut tercemar. So kalau nak bagi juga, berilah 2-3 titik sehari sahaja kepada baby.

2. Mandikan dgn air daun dukung anak. Daun ni senang nak cari kat kawasan yg banyak rumput2. Daun dia mcm daun semalu tapi kat bahagian belakang batang dia tu mcm ada biji2 dan tak berduri. Senang jer nak jumpa.

3. Jemur kat matahari. Tapi bukan direct ya. Nanti sunburn lak baby tu. Lagipun zaman sekaran tahap ozon dah nipis. Buka baju & seluar baby. Cuma pakai pampers sahaja. Dekatkan baby pada kawasan cahaya matahari pagi sekitar jam 8-10 pagi saja.. Biarkan baby kena cahaya matahri sekitar 5 -1 0 minit setiap hari.

4. Minum air rebusan sengkuang cina, dlm 2/3 sudu kecil

5. Mandi dengan air rebusan daun kuchai.

6. Minum air buah kundur. Cari buah kundur, isinya direbus & beri minum kat baby. Insyaallah, kalau kena demam kuning akan hilang dan kalau belum kena akan terus tak kena. Buah kundur kalau sesapa tak kenal, warnanya hijau lepas tu ada putih2 cam bedak kat luar dia. lebih kurang besar honey dew. Kat Giant dia tulis Lotus Root.

7. Mandi dengan air daun belimbing buluh (alaa... yang orang selalu masak lemak cili padi tu), sejukkan airnya selepas itu mandikan baby tu. Jgn campur air tu dgn air lain untuk sejukkan dia.

8. Mandi dengan rebusan air buah keranda. Pergi kekedai ubat cina,minta ubat untuk demam kuning atau jaundis( buah keranda tu) Buah tu bila direbus, akan bewarna kuning.

Untuk references lain, boleh rujuk di :
1.
Ratu Hati
2.
Bayi Kita

No comments: