Advertisement -header

kunjungan

Tuesday, March 30, 2010

I Don't Wanna See You Again..

Dalam post dulu aku ada cakap, kalau diberi pilihan 3 jenis sakit ni; sakit kepala, sakit perut & sakit gigi.. sakit gigilah yang paling aku cuba nak elakkan.

Tapi Jumaat lepas aku kena jugak sakit gigi. Dah tak boleh buat apa. Gusi bawah geraham dah menanah. Sebelum ni masa kat UUM dulu, memang dah buat root canal threatment. Gigi bahagian dalam dentist tu buat piling, macam buat tiang structure bangunan tu. Allah.. sakit hanya diri sendiri yang tahu.

So Khamis lepas pi klinik dental surgeon.. Dentist cakap tak boleh cabut dulu. Kena hilang bengkak baru boleh cabut. Dentist bagi pill pain killer, antibiotik & ubat kurang bengkak. Set appointment hari Selasa untuk cabut gigi.

Maka bermulalah 5 hari yang sungguh mencabar. Nak tunggu datang hari Selasa punyalah seksa. Pil pain killer tu sekali makan cuma tahan 4-5 jam je.

Bila sakit, faham-faham je lah.. nak kerja tak boleh, nak tidur lagi laaa...
nak trade? Huh... lagilah tak boleh. Gila apa nak trade masa tengah sakit. Otak tak boleh nak fikir. Otak tak boleh nak buat analisis. Emosi tak stabil. Nanti bila buy cik UJ, dia turun, bila sell nak naik lak.. kan naya namanya tu.

Tapi dalam banyak2 benda yang mencabar, soal makanlah yang aku paling suffer. Nak gigit, sakit. Apa lagi telan je lah.. ular sawa pun boleh kalah beb.. Hari-hari makan bubur nasi le jawabnye.

Yang paling tension, time malam aku suka layan Astro channel Asia Food Channel dan channel Travel & Living. Layan siri Bizzare Food lah, Anthony Bourdain lah.. Ho Chak lah... Pergh!!! Dugaan yang maha hebat tu.

Hari ni - Selasa gigi pun dicabut macam dijanjikan oleh dentist. Sakit tok sah cerita lah. Dari kul 10:30am sampai 12:30pm baru settle. 2 jam tu beb dalam operation room.
Dentist mula2 inject ubat kebas kat 3 bahagian. kat gusi dalam, pipi dalam dan gusi dalam. Lepas tu mulalah bibir rasa tebal, mengalahkan lelaki negro.

Lepas tu mulalah Dentist ni buat kerja dia. Masa tu mula lah fikiran dok imagine citer Cast Away.. scene time Tom Hanks tengah seksa nak cabut gigi guna kasut ice skating tu.

Adehhh.. dalam banyak-banyak citer Pulau citer tu pula boleh aku recall? Apasal lah tak recal
citer Blue Lagoon ka, citer Robinson Crouse ka?
Hmm.. nasib baik aku tak recal citer horror 'Dentist'.. ngeri tu siut..

Seingat aku, ada 4 kali aku mintak 'time-out' kat dentist tu. (Ni terikut masa dok main volleyball lah ni.. haizz..)


Anyway, here I am now, going to ending this journal. Body getting weaker, sebab banyak lost darah tadi. Now I'm thirsty for blood.. (Macam citer Twilight saga le pula.. haizz)

Apa-apapun, terima kasih pada dentist hari yang dah 'operate; gigi aku.
Hope I never see you again.

Saturday, March 20, 2010

Kahwin ... at last!


Teh tarik special(sebab free) Pak Man khas untuk hari kenduri ja..







Mertua Siti


Kechik vs Besaq ver 1.0


Kechik vs Besaq ver 2.0