Kalau diberi pilihan, di antara sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut, yang mana satu secara 'rela' anda pilih?
Kalau aku, sakit kepala aku tak sanggup. Tekak terasa mual dan loya nak muntah. Bila muntah, mulalah rasa sebak dan sakit dada. Tambahan sakit kepala disebabkan migrain.. fuh lagilah. Rasa nak hantuk kepala di dinding.
Sakit gigi lagilah aku tak nak. Nak makan tak boleh, serba-serbi tak kena. Pantang bila ada orang buat bunyi bising sikit, mula rasa nak bagi penyepak je..
Secara rela. aku pilih sakit perut. Walaupun 'tugasnya' membuang je, tapi sekurang2 dalam jamban, boleh bawa majalah atau suratkhabar untuk dibaca. Yang paling best, boleh mengurangkan berat badan secara drastik.. kekeke.
Tapi hari ni aku tiada pilihan. Cuti hari ni (sempena Keputeraan Sultan Selangor) disia-siakan dengan terbaring di katil dan duduk di jamban. Aku kena sakit kepala & sakit perut serentak. Ini mesti bahana 'food poisoning'- kek coklat yang aku makan semalam... aduuuuuh...
2 comments:
arwah nenek aku ada berpesan.. tak elok bawa bahan bacaan dan baca dlm jamban.. hatta suratkhabar sekalipun.. so masa aku buat 'transaction', aku bawak krayon.. maka aku akan tulis kat dinding jamban dgn madah-madah pujangga.. so the next 'customer' will read and senyum sendiri.. masa kat univ, aku upgrade sikit dgn membuat grafitti..
Itu dah kira vandalism namanye..
Post a Comment