Advertisement -header

kunjungan

Wednesday, May 26, 2010

Biar Nampak 'Korro'.. Tapi Jiwanya Jujur.

Pada fist audition 'America's Got Talent 2009', Kevin Skinner dipandang remeh oleh para juri. Apatah lagi dengan pakaian yang selekeh dan dengan status penganggur,dia ditertawakan oleh para juri dan penonton.

Tapi jiwa dia kental. Hatinya jujur.

Bila saja Kevin memulakan nyanyiannya, habis semua juri dan penonton terlopong & terkedu. Mulut para penonton ternganga luas. Akhir nyayiannya, Kevin Skinner diberi 'standing ovation'.

Kini, Kevin Skinner selayaknya bergelar juara di rancangan America's Got Talent 2009.

Monday, May 24, 2010

Siri artikel penulis jemputan:Harga Secangkir Teh Tarik Kurang Manis & Seteguk Kasih Sayang

Setiap hari bekerja, aku tidak pernah gagal singgah di restoran kecil tu. Rutin setiap pagi, aku akan meletakkan kereta ku di hadapan restoran itu, berjalan kurang lebih 100 meter ke mamak surat khabar untuk edisi the Star lalu menikmati berita seharian semalam di restoran kecil itu.

Aku cukup benci diiganggu kalau aku sedang membaca surat khabar di situ atau ketika sedang minum teh tarik kurang manis "syarat wajib pagi" ku. Makanan di situ serba tidak sedap (walaupun suatu waktu dulu serba sedap). Adatlah...bila sudah lama, yang cantik jadi comot, yang manis jadi payau. Harganya juga boleh tahan "mengapak" poket. tapi kuulangi juga setipa pagi dan bagiku membayar harga "privacy" bersendirian "uninterrupted". Adakalanya, untuk separuh pinggan mee, teh tarik kurang manis dan sedikit "privacy", aku membayar sehingga RM 4.50.

Sesekali makcik empunya restoran itu sengaja bersuara mengusik "dia ni makan buat syarat aje" setiap kali melihat makanan separuh yang kupesan tidak luakpun. Aku selalu juga serba salah bila nasi impit kuah kacang yang kupesan cuma habis dalam dua potong. kadang-kadang kuhancur-hancurkan yang lebihnya supaya tidak nampak sangat tidak luak.....malu ditegur makcik restoran.

Pagi ini sedikit berbeza. Sedang aku membelek the Star mencari-cari kisah Anuar Ibrahim atau analisa Sibu yang masih suam-suam lagi, seorang makcik datang perlahan dari arah dapur restoran. Aku kenal-kenal bahawa makcik ini salah seorang tukang masak di situ.

Tiba-tiba sapanya sambil menghulur tangan:"(dalam lenggok indonesia) encik...mintak maaf...hari ini hari penghabisan makcik di sini. Esok mahu kembali ke Medan. Setiap pagi nampak encik di sini. Semoga apa yang tersalah atau kurang enak dimaafkan. Sudah lama di sini. Harus kembali berjasa ke Medan" katanya.

Air matanya bergenang sedikit.

Aku juga.Tambahnya lagi " kalau datang ke Indonesia atau Medan, cari saya di sana, singgahlah...tanya Induk (gelaran kepada makcik tuan punya restoran) alamat saya atau nombor telefonnya". "InsyaAllah! jawab ku ringkas.."selamat ye" aku menutup. Dia bergerak semula ke dapur meneruskan kerja.

Aku terpempan seketika. Air mata kuseka sedikit. Tidak aku sangka dalam aku berusaha bersendiri setiap pagi, dia sentiasa melihat aku dari dapurnya. Dalam "keasingan" tidak mahu dicampuri, aku tetap jadi sesuatu yang penting bagi seseorang lain. "Life revolves around me after all, though I felt small"

Begitulah dengan RM 4.50, aku juga membeli suatu "kasih sayang" yang cuma kusedari pada hari terakhir dia di bumi bertuah ini. esok dia akan punyai perjuangan berbeda...dan aku akan tetap ke situ dengan surat khabar dan teh tarik kurang manis rutin ku.

Abdul Nasir Abdul Khalil May 20 at 12:47am

Sunday, May 16, 2010

Siri artikel penulis jemputan: Kalau Tak Boleh Bergurau, Pegi Dok Surau...

Minggu ni aku paparkan aritkel penulis jemputan: Abdul Nasir Abdul Khalil
err... kalau tak paham gaya bahasa Nasir, hangpa baik tanya direct kat dia yea... kekekeke


Abdul Nasir Abdul Khalil May 16 at 1:35pm
"KALAU TAK BOLEH BERGURAU, PEGI DOK SURAU"
Itu "haiku" yang sering kita dengar apabila ada pihak yang dibawa berjenaka tidak dapat menerima tahap gurauan kita. Baik jenaka berbau racisme, warna kulit, fizikal, peribadi apatah lagi yang berwarna seksual. Di manakah garisan sebenar jenaka seksual yang "dibolehkan" bagi kita ketika di pejabat?

Tiada undang-undang yang concrete berkaitannya sehingga kini kecuali "garispanduan" yang merangka definisi perlakuan dan gurauan seksual di tempat kerja. Kita agak sedikit ketinggalan di dalam aspek ini berbanding beberapa negara yang seangkatan kita (negara membangun) namun "dari cempedak baiklah nangka, dari tidak baiklah ada" (sambil melibas-libas tangan ke atas dan ke bawah).

Seorang pekerja wanita yang secara tidak sengaja terbongkok-bongkok menolah sebuah mobile padestal di hadapan seorang pekerja lelaki...berusia. Bagi si lelaki, dia menghadang laluannya. Entah a) syaitan apa yang merasuk atau; b) tindakan "refleks"nya; c) atau salah baca "signal", si lelaki menepis/menepuk punggung si perempuan untuk mengalihnya dari laluan.

Pendek cerita, terjadilah kisah, sumpah seranah bertukar ganti, teman lelaki dan bapa perempuan campur tangan, penumbuk dan parang turut terlibat....sebelum laporan polis dibuat.

Si lelaki berusia memohon maaf lisan dan bertulis menganggap ianya gurauan dan tekad tidak mengulangi. Maaf dipinta di tengah -tengah pejabat di hadapan semua yang ada (saksi kejadian dan yang tidak tahu hujung pangkal) namun nampaknya malu dan amarah perempuan belum lagi reda.

Tutup cerita, itu baru yang fizikal. Yang bermain kata-kata tidak terbilang banyak dan bentuknya. "Aku suka tengok butang baju kau yang itu (sambil menuding tahap butang di paras payudara)" atau "si sipulan yang bontot besar tu" dan banyak lagi "innuendo" lain yang lebih ganas dan "obscene". Kata garispanduan sexual harassment, gurauan seksual haruslah "consensual"; kedua-dua pihak boleh terima gurauan. Jika tidak.....

Bagaimana pula kita melihat "pat on the back", cuitan di bahu, cubitan di lengan, intaian dan tenungan yang kurang senonoh, isyarat yang lucah yang berlaku setiap hari di keliling kita?

Sudahnya si perempuan juga yang salah. Yang terdengar komen 01: "diapun pakai baju ketat sangat" jawapan:"kan ke dia pakai baju labuh...pakai tudung lagi" jawapan penghabisan:"ye lah....'shapy' sangat sampai there is nothing else to imagine...patutlah kena!".

Dunia lelaki kah ini? Pernah lihat bagaimana perempuan "sexually harrassing" lelaki? Jawapan: Aku pernah!

Tuesday, May 11, 2010

I Trust You All To Join Us At Majlis Makan Malam Gala SMKRPB

Ni teman nak 'royat' mai ni... 26 Jun ni ..apa ke ke namanya.. ha.. ada Majlis Makan Malam Gala Sekolah Bainun kat Hotel Raja Chulan, KL.

Jadi kepada kekawan yang masih ada 'jati diri' tu.. aku nasihatkan turunlah yea.
Mike semua dah besar panjang. Tak payah la aku nak suruh Cikgu Samuddin tu datang ke tiap-tiap 'dorm' bawa rotan tu. Pi daftar cepat kat link yang atas tu.
Tak kan le pulak nak minta Pengetua Kamaruzzan Mat Tuah dengan Ustaz Azmi telepon kome sorang-sorang pulak.

Mike semua tak usah usah malu, tak usah segan. Masa ni le hangpa semua nak berhimpun balik dan mentertawakan perilaku kawan-kawan kamu dulu tu.

Dari zaman rock kapak, zaman lompat pagar sekolah, zaman kome kena rotan dalam dewan, makan maggie dalam dorm, makan 'penampar' Cikgu Ismail... fuh.. meriah-meriah.
Yang tu belum masuk bab kome ngorat guru bahasa Inggeris tu lagi. Sapa nama dia tah teman dah lupe le. semua tu wajib 'diflashback' balik.

Disebabkan nak 'menunjukkan' betapa semangatnya nak hadir ke Malam Gala tu, Batch 85-89 sempat gak le buat pra-gathering ni kat Rahman Putra Golf Club 10-April hari tu.

Saksikan hero2 & heroin2 yang masih tak lapuk dek zaman ni.








Lain-lain gambar boleh refer kat sini;
Mana Hazman ni.. Man.. dah tergeliat lidah aku ni Man.. Habis bahasa Perak + Utara + Kelantan aku tibai.. Stop dulu lah.. adeh...