Setiap hari bekerja, aku tidak pernah gagal singgah di restoran kecil tu. Rutin setiap pagi, aku akan meletakkan kereta ku di hadapan restoran itu, berjalan kurang lebih 100 meter ke mamak surat khabar untuk edisi the Star lalu menikmati berita seharian semalam di restoran kecil itu.
Aku cukup benci diiganggu kalau aku sedang membaca surat khabar di situ atau ketika sedang minum teh tarik kurang manis "syarat wajib pagi" ku. Makanan di situ serba tidak sedap (walaupun suatu waktu dulu serba sedap). Adatlah...bila sudah lama, yang cantik jadi comot, yang manis jadi payau. Harganya juga boleh tahan "mengapak" poket. tapi kuulangi juga setipa pagi dan bagiku membayar harga "privacy" bersendirian "uninterrupted". Adakalanya, untuk separuh pinggan mee, teh tarik kurang manis dan sedikit "privacy", aku membayar sehingga RM 4.50.
Sesekali makcik empunya restoran itu sengaja bersuara mengusik "dia ni makan buat syarat aje" setiap kali melihat makanan separuh yang kupesan tidak luakpun. Aku selalu juga serba salah bila nasi impit kuah kacang yang kupesan cuma habis dalam dua potong. kadang-kadang kuhancur-hancurkan yang lebihnya supaya tidak nampak sangat tidak luak.....malu ditegur makcik restoran.
Pagi ini sedikit berbeza. Sedang aku membelek the Star mencari-cari kisah Anuar Ibrahim atau analisa Sibu yang masih suam-suam lagi, seorang makcik datang perlahan dari arah dapur restoran. Aku kenal-kenal bahawa makcik ini salah seorang tukang masak di situ.
Tiba-tiba sapanya sambil menghulur tangan:"(dalam lenggok indonesia) encik...mintak maaf...hari ini hari penghabisan makcik di sini. Esok mahu kembali ke Medan. Setiap pagi nampak encik di sini. Semoga apa yang tersalah atau kurang enak dimaafkan. Sudah lama di sini. Harus kembali berjasa ke Medan" katanya.
Air matanya bergenang sedikit.
Aku juga.Tambahnya lagi " kalau datang ke Indonesia atau Medan, cari saya di sana, singgahlah...tanya Induk (gelaran kepada makcik tuan punya restoran) alamat saya atau nombor telefonnya". "InsyaAllah! jawab ku ringkas.."selamat ye" aku menutup. Dia bergerak semula ke dapur meneruskan kerja.
Aku terpempan seketika. Air mata kuseka sedikit. Tidak aku sangka dalam aku berusaha bersendiri setiap pagi, dia sentiasa melihat aku dari dapurnya. Dalam "keasingan" tidak mahu dicampuri, aku tetap jadi sesuatu yang penting bagi seseorang lain. "Life revolves around me after all, though I felt small"
Begitulah dengan RM 4.50, aku juga membeli suatu "kasih sayang" yang cuma kusedari pada hari terakhir dia di bumi bertuah ini. esok dia akan punyai perjuangan berbeda...dan aku akan tetap ke situ dengan surat khabar dan teh tarik kurang manis rutin ku.
Abdul Nasir Abdul Khalil May 20 at 12:47am
No comments:
Post a Comment