Advertisement -header

kunjungan

Tuesday, September 23, 2008

So it's 23rd September. What's Next?

If you thinking I’m going to write about Pakatan Rakyat which yet to form a new government on this date, well you’re wrong. 23th September is my birthday yang ke-36. Yup! A new milestone in my journey.Wife pula cukup bersemangat nak belanja aku makan(mentang-mentang le orang gomen hari ni dapat gaji + bonus). So, hari ni we all sekeluarga pun berbuka puasa di Ole-Ole Bali, Sunway Pyramid. Tempat memang cantik, ala-ala di Bali gitu.



Bergambar di hadapan entrance masuk.




Ruang legar di luar.

Ini bukan tempat basuh tangan. Sekadar hiasan di meja.


Wife order air 'ais cofee latte + hazelnut'. Harga: RM11


Aku order air ni.. 'Ice Cucumber & Passionfruit Mojito'. Ramuan air itu: Fresh cucumber, chili, pineapple juice, monin mojito(apa ke benda tu?) & passionfruit syrup. Nampak tak cili padi kat bibir gelas tu? Hah itu yang buat air ni lagi kick! Harga: RM11

Rasanya dia.. pergh!!! Memang sedap.. segar dan nyaman airnya!


We all choose tempat duduk bersila, tepi water feature..




Ini namanya - 'Ole-Ole Trio'. Ramuannya: Bbq chicken wings, sate lilit (batang serai pengganti lidi), sambal terusi & sambal matah, sotong goreng. Harga: RM31


Ini pula namannya - 'Nasi Campur Ole-Ole'. Ramuannya: Prawn, squid, fish, sate lilit, chicken rendang, keropok, sambal terusi, sambal matah, kangkung goreng. Harga: RM31



Yang ini habuan Danial & Daim. Namanya- 'Ole-Ole Bali Big Burger'. Harga RM21. 2 orang makan, belum tentu boleh habis..

Overall rating, aku bagi 4/5. Puas, sebab bini belanja makan.. selamat duit aku.. kekeke.. ;-)

Inspiring Story: Episode 2: Father's and Son's Dream...

This iklan really inspire me in the way that the father(Afdlin Shauki) who dreams to have a superbike or easy rider bike, tapi dipendam di dalam hati demi vision yang lebih jauh dan lebih penting; i.e. pendidikan anaknya.

Anaknya pula yang really inspire dengan dunia mechanical or automotive sejak dari kecil hingga masuk Universiti.

End result:
Anak - berjaya (tidak di ceritakan kerjayanya* sebagai apa); yang pasti berjawatan tinggi or at least bergaji besar.

Father - His dream comes true akhirnya sebab telah memiliki hadiah motor besar pemberian anaknya.

Saksikan project iklan pertama arahan Afdlin Shauki dalam full version( i.e. uncut version).



*p/s: bagi aku pangkat or jawatan tidak penting. Gaji yang lebih penting

Sunday, September 21, 2008

Amalan Di Bulan Puasa #2: Solat Berjemaah.

Ada sekali tu, lepas berbuka puasa, kami anak-beranak solat maghrib berjamaah.
Selepas solat, aku dalam keadaan dah ‘mamai’(mengantuk) sebab perut kekenyangan pun membaca lah doa:

Abah: Bismillahhirrahmannirrahim, Alhamdulillah hirabbillalamin, wassala……

Abah: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami,

Umi & anak-anak: Aaaamin!

Abah: Dosa kedua-dua ibu bapa kami,

Umi & anak-anak: Aaaamin!

Abah: Dosa kedua-dua anak-anak kami,

Umi & anak-anak: Aaaamin!

Abah : Dosa kedua-dua isteri kami… oops! Tersasul le pula.. kantoi!

Umi: Aaaaa... erk! Hah!.. mula le tuh!

Habis malam tu kena bebel dengan bini aku... kekeke.

Moral of the story: Sapa suruh makan banyak sangat masa berbuka sampai tak ingat dunia? Bila nak solat maghrib mulalah hati tu ke mana, fikiran melayang ke mana..

kikikik... :-)

Tuesday, September 16, 2008

Inspiring Story: Episode 1: Around The World

Sekali-sekali, kita perlu motivate diri kita.

Pada Tahun 2003, Matt Harding, lelaki Australia, merasa ada sesuatu yang hilang dalam hidupnya. Maka dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Dengan semua wang simpanan yang dimilikinya, dia cuba merealisiskan impiannya dengan mengelilingi dunia. Setiap checkpoint negara2 yang dilawatinya, akan ‘ditrademark’ dengan tarian nye.. Kalau ada speaker, pasang volume tu kuat-kuat sikit.. kasi semangat!
Untuk ulasan lain sila ke blog faridfadhly



Bagi aku, since buat masa sekarang tak mampu melancong ke serata dunia, cukuplah sekadar melawat & merasa tempat2 makanan yang menarik di sekitar Malaysia nih.

Trademark aku : Sendawa sekuat yang boleh di setiap tempat makananan yang telah aku lawati.. kekkeke
:-)

Friday, September 12, 2008

Amalam Di Bulan Puasa #1: Berjaga Malam di Bulan Puasa...

Di kala orang lain berlumba-lumba berjaga malam mengerjakan ibadah sunat di waktu malam bagi menapung amalan puasa di siang hari, aku pula berjaga malam semata-mata melayan 'marathon' siri Prison Break Season 3 dan latest season 4: episode 1 -3. Fuhh.. apa nak jadi aku ni.. kekekeke.. :-) dari kul 11 malam sampai ke sahur non stop! Apa2 pun, memang puas layan siri Prison Break season 3 & 4 nih. Season 4 baru saja di tayang di di US 1-September hari tu.


Kalau Season 1 & 2 kisah Micheal Scofield & the gang break-out dari prison Fox River, Season 3 about nak break-out dari prison Sona di Panama, now Season 4 is time for revenge! Micheal Scofield & the gang will try to break-in into The Company' fortress. And the best part is
Sara Trancredi (girlfried Micheal Scofield) masih hidup rupanya... oops!.. spoiler.. kekeke...

Isnin minggu depan, episod 4 akan di tayangkan.
So, hari Selasa, aku ready untuk 'menyedut'.. kekeke.. yeeeeha!

Next on the list:


1. House season 5; Beginning from 16-September-2008... Hmmm. macam sinonim dengan pembentukan kerajaan baru Malaysia je..

2. Heroes - season 3: Beginning from 22-September-2008... Hmmm. sinonim jugak untuk backup plan kalau 16-Sept tak jadi..
;-)

Monday, September 1, 2008

Ok! I Admit. I Gave 'Bribe'...

2-3 minggu ni, kecoh sangat kat Malaysia ni tentang isu rasuah. Ok lah, di bulan Ramadhan ni, aku nak confess that aku pun telah memberi 'rasuah' juga. Aku telah memberi 'rasuah' kepada anak-anak aku: percutian 2 hari 1 malam di Tiara Beach Resort, PD pada Eve Merdeka hari tu.(29/8 - 31/8). Sebagai balasan: Anak-anak aku kena start puasa 'yang-yok' start bulan Ramadhan ni.. kekekeke...

Dengan budget RM380, ini yang family aku perolehi di Tiara Beach Resort, PD. 1 studio apartment, full water park facilities & BBQ dinner(for 2 persons).

Studio room. Ok.. Cantik, kemas.. errr katil2 tu dah berselerak sebab anak-anak aku dah melompat-lompat atas katil tu..


Bilik air pun cantik, bersih.


Ini view dari bilik. Anak2 dah tak sabar2 nak turun...

Image-image kat bawah ni adalah aktiviti2 anak-anak2 aku..


Ye le.. seronok sakan la tu.. Isnin ni jangan lupa.. Start puasa.. Ini 'rasuah' abah dah bagi ni..











Daim: Abang, macamana ni.. Isnin ni Abah & Umi suruh kita puasa..
Danial: Ahh.. hantam je lah... kalu haus nanti kita minum air paip macam tu..

Thursday, August 28, 2008

Ambik Kau! Nak Suruh DSAI Bersumpah Sangat!



Nah! Ambik..ambik.. dulu sibuk le se-sangat 'puak-puak tu' nak suruh DSAI bersumpah.
Hah! hari ni tepat jam 10:05am, DSAI bersumpah di Parlimen sebagai Permatang Pauh MP.
:-)

Read more at Star online here.

Sunday, August 24, 2008

Alif Mim Nun Wau = 'SARKAS"

Allahyarham P. Ramlee dah bagitau dari dulu lagi 'secara sinis' makna Alif Mim Nun Wau ni..

Mari kita refreshed balik memori kita dalam citer 'Pendekar Bujang Lapok' ..





Ingat.. bukan aku yang kata.. tapi Samsuddin(dalam citer Pendekar Bujang Lapok) yang kata.. kekekeke..

Tuesday, August 19, 2008

Projek '2 in 1': Durian & Kambing

Tiada kepuasan yang lebih hebat selain daripada menikmati durian yang dipungut sendiri, dari dusun sendiri yang juga menempatkan ternakan kambing aku.



Sambil2 menunggu buah durian gugur di danau, ambil kesempatan melakukan 'spot check' di kandang kambing. Ni baru orang kata Project '2 in 1'.



3 ekor anak kambing baru lahir dalam tempoh 2 hari. Gambar ni diambil ketika usia anak kambing tu 2 minggu.


Tuesday, August 5, 2008

Perjumpaan Murid-Murid Tua SMRPB...

This ‘Perjumpaan Murid-Murid Tua SMRPB…’ post is specially dedicated to Hayati Jalal which currently in New Zealand doing her PHD..

Since Hayati tak dapat hadir ke 1'st Reunion & AGM SMRPB, kau le jengok2 gambar kat ini. Manalah tau kut-kut nostalgia lama kau tu menjengah kembali ;-)



First thing bila aku sampai kat dewan SMRPB, aku snap gambar frame clock ni. Ukirian kayu tu seingat aku dah ada kat situ since 1987 lagi(Thanks to Miezan for the correction). Sampai sekarang tak terusik, dan dalam keadaan elok. Nampak macam kayu, tapi sebenarnya hanyalah polystren yang dicat warna coklat kayu.


Aku, Mahyuddin, Kamil & Sydan.

Yang ni aku tak boleh komen apa. Wife & anak2 aku kebulur semua.


ASP Shamsul Akmar, Kole(besar), Mizi & aku le...
Zanariah, Sydan, Shamsul, Saiful Bahari, Kamil, Azhar & Meor Azam


Zanariah, Sydan, Shamsul, Saiful Bahari, Kamil, Meor Azam


Aku, Mizi, Sahmsul & Bake(Hazman).

Ok, picture kat bawah semua ni from Hazman. Dia guna camera DSLR, aku punya camera cikai ja..


Aku siar gambar nu bukan sebab 'murid-murid' tua tu main bola. Cuma nak ambik view padang bola, yang simpan macam2 kenangan...
Shazami(kiri sekali), Syed(kanan sekali). 4 orang kat tengah tu junior setahun aku. Nama hampir lupa dah.. kekeke



Zanial in navy sekarang.


Antara guru2 yang pernah mengajar 'murid-murid' tua. From kanan. Cikgu Rosnah, Johar, Ustaz Adzmi, Cikgu Megat, Pengetua Kamarulzaman Mat Tuah, & Cikgu Yusni(3 dari kiri).


Cikgu Mat Anjang(baju batik coklat) & Cikgu Mahmud (sandar kat tiang).




Surau pun dah upgrade. Ni waktu malam, biasalah, kena 'tarbiah' sikit murid-murid lama ni.. kekeke

Other link refer here:

Download more pictures from hazman: here, here, here and here.

1. Bainun Alumni

2. Bainum 88-92

3. Bainun 87-91