Advertisement -header

kunjungan

Monday, June 30, 2008

Jangan Bersedih-(La Tahzan)

Mak aku pernah berpesan, kalu kita terlupa barang yang kita simpan di mana, bacalah surah Alam Nasyrah, insyallah, dalam kita dok mencari tu, kelak kan terjumpa lah tu..

Lalu, terdetik hati ku mencari terjemahan surah Alam Nasyrah ini.
Berikut terjemahannya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?,

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Pada pendapat aku, ‘kepoweran’ atau kekuatan surah ini terletak pada ayat [5]. Sebab apa? Sebab ayat itu ditegas dan diulang sekali lagi pada ayat ke-6. ” sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. “

Jadi, janganlah anda bersedih ke, mengeluh ke.. Ada le hikmahnya Allah nak uji tu...
Amalkan baca surah Alam Nasyrah especially selepas solah fardu. Insyallah.. ada keberkatannya..

Baca dan kaji seterusnya di sini: Al-Quran Online

Sunday, June 29, 2008

What a coincidence?.. Hmmm....

A few days ago selepas kes terbaru sodomy' dibuat ke atas DSAI oleh Saiful Bukhary Azlan, Aku dah boleh 'baca' tindakan berikut:

1. Awal-awal Pak Lah dah declare that BN Government was not behind this.
2. Supporting image & articles to show who is this mole in PKR is:-
a. Sultanmuzaffar - dlm post "Lu Fikirlah Sendiri.."
b. Rocky Bru dlm post "Coffee boy.."
c. Mr Vernom- Mgr Ning Baizura dlm post "Enough is Enough"

My personal view:

1. Plot 'sodomy' untuk kenakan DSAI utk kali ke-2 tak akan berjaya, or at least kureng ummph.
Plot ni nampak sangat 'kebodohannnya' dengan 2 sorotan tindakan yang aku mentioned kat atas tadi.

2. Aku yakin, DSAI lebih prepare for this time. In fact, aku yakin DSAI dah prepare for the worst! But then... again, mungkin DSAI or PKR tersilap catur sbb tidak melakukan background check terhadap si mole Saiful ini...

3. DSAI tak sebodoh itu untuk melakar kes sodomy pada ketika 'Government in waiting' akan terbentuk.

4. Wag the Dog. Pernah lihat citer nie? Untuk alikkan sesuatu isu, kita create isu lain, yang lebih sensasi. Tahukan apa isu sekarang dengan TPM & wife.. ataupun sekadar preparation untuk mengalihkan dari isu minyak yang rumous semakin hangat diperkatakan akan naik lagi ke RM3.15 seliter?

5. Lagi banyak plot konsiprasi dibuat, semakin longgar kepercayaan rakyat Malaysia kepada BN. Lagi mengundang kebencian kepada BN. Sungguh.. aku tak tipu.. kita tengok jee nanti plot citer ni ke mana..

arialun: penganalisis jenayah.

Tuesday, June 24, 2008

From Zero to Hero.

Have you watched a 3 minutes science-fictions series called Afterworld that is currently air daily on Astro-AXN at 7pm – 7:03pm and 12am -12:03am(repeat)?
Citer mengenai Russell Shoemaker yang bangun di suatu pagi dan mendapati teknologi telah lupus sama sekali di dunia ni. No electricty, no internet, all machine is dead. So everything back to basic.

So actually just nak citer, lunch time tadi aku gi makan & borak 2 dengan Zainal & En Din kat Subang Jaya. Biasanya kalu we all berjumpa & borak ni, rule dia satu je:-No ‘story-story’ about current work ok. Hehe..

Basically aku & Zainal come from same working background; i.e. Telecommunications. Masing-masing dengan 12 & 15 years experience dalam Telco. Dah tepu dah.
En Din kita from Print House; i.e related with the printer machine, papers mill, etc. So, we all borak2 kosong lah, pasal we all dah ‘fed-up’ dengan technology ni…
which come to the point that I would like to summarize and make note here;

Apa? Korang ingat dalam formal meeting je ke kena ambik note?
Borak2 kosong pun kena ambil note sebenarnye, sbb dari kosong, kalu dikembangkan, bakal menjadi kenyataan. Macam tok guru aku cakap from ’zero to hero’.

1. We feel that we all dah ‘letih’ dengan computer or IT world ni.

2. We feel nak explore something not related or at least not 100% rely on technologies.
3. Projek Kambing, which I already started dengan adik & abah aku sound really interesting to Zainal & Cik Din.

4. Cik Din even nak explore more towards ternak lembu & cacing kompas.
5. Cik Din even plan to explore producing Baju sekolah untuk anak-anak yang bersekolah rendah.

6. Zainal, plan to quit his job another 3-4 years, and balik kampung, and concentrate on buka food stalls; Bihup sup, laksa, for example.

In conclusion, all project from item 3,4,5& 6 is something that we can contribute to rakyat, and the same time we; ourself making profit from it.

Bottom line, berani ke aku or Zainal or Cik Din to jump from current work environment to totally new environment? i.e. from Zero to Hero?

Kat bawah ni a few example on how our local people making money as hat aku mentioned kat atas tu:

1. Ice Blended.
2. Business penyediaan lunch set -untuk keluaga yang tak ada masa nak masak nasi.. kekeke.
3. Business Bihun sup di pasar malam

Wednesday, June 18, 2008

Daddy's Day Gift...

Umi: Since abah nye suka sesangat kucing, ni present untuk abah nye sempena Father’s day.

Abah: Wahh…! Best nye.. Inilah satu2 nye hadiah ’bernyawa’ yang abah pernah dapat.. kekekeke..


Umi: Umi nak namakan kitten ni ’Comel’ boleh tak? Lagipun kitten ni betina kan..kan..kan..

Abah: laaa.. apalah lah Umi.. nama tu dah ketinggalan zaman la..dah kolot. Lagi pun kan ni dah jadi kucing abah.. so abah nak namakan dia ’Cumi’.. Ok?

Time ni, anak-anak aku mula la menyampuk.

Danial: Ala.. Abah Umi ni.. tak best lah nama tu. Abang nak nama Mikey!

Daim: Aaa.. aah!. Mikey Simon. Baru best kan abang!

Abah: Mak oooiiiii… nama! Mana abang adik dapat nama nih?

Daim: Ala.. abah ni.. kan macam dalam TV9 tu.. Dekaaaat Di Hati.... tu haa.


Umi: Iysh.. Isyh..Isyh.. lantak korang la anak-beranak.. Janji umi dah beli present untuk abah nye... dah.. Jom balik..

Abah: Hai.. Ikut je lah.. janji balik ni abang dengan adik bagi makan kat Mikey Simon ni.

Abah : senyum sokmo.. kekekke..


Monday, June 16, 2008

Papa Blog In Da' House..

Yup! U hear me right. They're coming here.. to DiGi. Jeff Oii (juga digelar Papa Blog Malaysia), together with Rocky Bru will share theirs views with DiGi's staff tomorrow.. Oh yeah!


JEFF OOi

The first blogger to be elected as MP(Jelutong) is also a pioneer in citizen journalism. In 1999, he founded http://www.usj.com.my/ and in 2003 started his popular weblog Screenshots at http://www.jeffooi.com/.

Jeff was awarded the Freedom Blogger Award 2004 by Reporters Without Borders (RSF) for the Asian region. He is also an internationally sought-after speaker on Internet, citizen journalism and new media. He is now the Chief of Staff for the Penang Chief Minister.

AHIRUDIN ATTAN
Fondly known as Rocky, his blog Rocky’s Bru has more than a million hits. He is a journalist at heart, somewhere between veteran and retired. He is Adviser to the National Press Club, a columnist and media strategist. Rocky was Editor of Business Times and later Editor of Malay Mail. Currently, he is the Protem President of the National Alliance of Bloggers (All-Blogs).
Rocky’s Bru address is: http://www.rockybru.blogspot.com/


DATO’ WONG CHUN WAI
The Group Chief Editor of The Star regards himself as a newcomer to the New Media with his blog, New Malaysia. He believes New Media it can co-exist with the mainstream. Wong writes a weekly column "On The Beat" in The Sunday Star. He also has a website, http://www.wongchunwai.com/, which serves as an archive of his printed articles and comments from the paper.

MODERATOR: OON YEOH
He is Malaysia’s first blogger who has extensive experience in the news media industry, having worked for electronic media (newswire), local and foreign newspapers and online publications. He is currently a Senior Researcher at the Telenor Research & Innovation Centre.

Friday, June 13, 2008

Nak Kata Cerdik Tak Juga...

Kalu nak bergaya ke, nak berposing ke or nak menipu depan wartawan/peminat/kamera sekali pun, biarlah nampak 'cerdik' sikit...

Dalam Berita Harian hari ni kisah Anak Bapak- Yusof Haslam and Son.

Ini nak main chess.. first move dah gerakkan 'King'. Dah le melangkau pawn satu hal, King boleh bergerak lebih dari satu tapak dalam satu masa ke???

Pendek akal betul lah sesetengah artis kita ni.. Haiiyaah..

p/s: Aku nak kutuk lebih-lebih golongan artis-artis ni leceh le pulak.. sbb Pak sedara aku(Shamsul Ghau-Ghau) pun artis jugak.. muahahaha...

Sunday, June 8, 2008

Anwar Ibrahim - He's Not Telling The 'Truth' !


Dalam satu sesi Ceramah politik ketika kempen PRU 12 yang lalu, Anwar Ibrahim telah mengeluarkan statement yang mengatakan jika Barisan Nasional terus memerintah negara selepas PRU ke-12 ini, minyak pasti akan naik 30 sen. Pandai2 lah korang search kat YouTube tu..

Well.... he's lying.
Hakikatnya, mulai 5 Jun 2008 hari tu, minyak tak naik pun pada kadar 30 sen. TETAPI, minyak naik pada kadar 78 sen. !!!

Hah! Kan aku dah kata Anwar Ibrahim tidak bercakap benar?.. kekekeke ... :-)


Read more here:

p/s: Memang confirmed! Kete kancil aku tak akan ku jual sampai bila-bila....

Thursday, June 5, 2008

Around The World’s Famous Mosques In 30 mins

Betul murid-murid. Cikgu tak tipu. Cuma 30 min aje, dah boleh cover semua masjid-masjid terkenal di dunia. Senang je. Tak perlu gi jauh-jauh. Cuma gi Terengganu je. Sempena cuti sekolah, dan menyokong Visit Terengganu 2008/Sukma ni, Cikgu nak bawaklah murid-murid berkunjung te Taman Tamadun(g) Islam.

Suka Tak?

Jadi murid-murid, ni cikgu nak bawa murid-murid melawat masjid-masjid ni secaral virtual lah yea. Jadi murid2, duduk di kerusi masing-masing, pasang tali pinggang kaledar baik-baik, karang terjatuh pulak.



Mula-mula, murid-murid akan diberikan pasport untuk memasuki kawasan(g) ni.. Hah! Jangan(g) main(g)-main(g).


Berhati2 naik keretapi tu murid-murid... Karang kalu jatuh cikgu tak mau tolong. Bangun sendiri




Masjid Suleyman, Turki: Dibina pada tahun 1557M, pada zaman Empayar Khalifah Ottoman.




Great Mosque of Agadez, Nigeria: Dibina pada abad ke-16. Diperbuat dari tanah yang dikeringkan. Menara berbentuk piramid, dengan 13 perancah kayu untuk mengukuhkan struktur binaan.





Masjid Kul Sharif, Kazan, Russia: Bila dibina? Cikgu pun(g) tak tahu. Pernah dimusnahkan, dan dibina semula selepas kejatuhan Soviet Union.




Masjid Kudus Minar, Jawa Tengah, Indonesia: Dibina pada tahun 1949 oleh Sunan Kudus. Bercirikan campuran(g) Hindu dan Jawa.






Masjid Kristal, terengganu, Malaysia. Dibina pada tahun 2008. Uniknya masjid ni, tiada orang pun yang sembahyang fardhu di dalamnya.. hai.. Orang Terengganu, tolong betulkan fakta ni jika salah yea..





Masjid Kubbah As-Sakharah, Jerusalem: Dibina pada tahun 692M, semasa pemerintah Khalifah Umaiyah Abdul Malik Ibn Marwan. Di dalam tersimpan batu tergantung di atas Gunung Mariah dan untuk memperingati ketika peristiwa Nabi Muhammad SAW bertemu Allah; yakni peristiwa Iskraj-mikraj.... Hah! inilah dia masjid yang menjadi rebutan puak Zionis tu..




Great Mosque of Samarra, Iraq: Dibina pada abad ke-9, ketika zaman pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil. Keunikkannya, tentulah menara berpusing tu.





Masjid Abub Nasr, Afghanistan: Dibina pada abad ke-17. Keunikkannya ialah tiang berpusing di laluan hadapan. Di dalam terbina makam octagon bagi mengabadikan jasa ahli teologi termasyur-Khwaja Abu Nasr Parsa.




Masjid Aleppo Citadel, Syria: Dibina sekitar abad ke-10SM. Dibina diatas bukit di Syria. Lebih bercirikan kubu pertahanan dan membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam ketika itu.





Masjid Al-Haram, Mekah, Arab Saudi: Hah! Ini sapa yang tak tau, cikgu 'sunat' sorang-sorang karang. Masjid ni lah menempatkan tempat paling suci bagi semua umat Islam, iaitu Kaabah di dalamnya. Apa maksud Kaabah tu murid-murid?- "Tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij".



Masjid Pattani, Thailand: Dibina pada tahun 1954, semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit. Menyerupai rekabentuk Taj Mahal. Tumpuan utama penduduk Islam Thai.







Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam: Dibina pada tahun 1958, dinamakan sempena nama Sultan Brunei ke-28. Rekacipta arkitek Itali. Kubah emas merupakan binaan tertiinggi di Brunei.




Taj Mahal, Agra, India: Nak kata masjid, cikgu rasa tak juga. Tapi sebab binaan ungul dia kut, sebab tu diabadikan di taman ini.







Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan: Dibina pada tahun 1673, untuk Maharaja Aurangzeb Alamgir. Boleh memuatkan 65,000 orang jemaah dalam satu masa.

Ok.. itu je, pembelajaran kita hari ni, murid-murid. Pastikan murid-murid catatkan semua. Minggu depan cikgu nak bagi kuiz. Sapa tak dapat jawab, cikgu suruh berdiri atas meja.


Post akan datang cikgu akan update bahagian ke-dua lawatan ke Terengganu nih..