Advertisement -header

kunjungan

Monday, February 11, 2008

Misi 2008-2009: Projek Kambing #1

Ramai kekawan bertanya ”kat mana sebenarnya lokasi kandang kambing kau ni?”

Ok lah.. untuk tidak menghampakan mereka, ni aku attached beberapa pics yang aku amik semasa cuti CNY hari tu . Pics menunjukkan location + current condition kandang kambing aku;
Projek ni hasil joint-venture aku + isteri + adik aku(Oni) + abah.

Kandang kambing aku terletak di bahu jalan besar.
i.e. sebelah kiri, Jalan besar ni dari Batu Kurau, Perak ke kampung Pantai Besar. Jalan ni kalu anda terus je, dalam masa 2 ½ jam anda boleh sampai ke Kota Bharu, Kelantan. Ni jalan pintas, ramai yang tak tahu sebenarnya..

Sebelah kanan (i.e. opposite kandang kambing aku) ialah warung kopi. Cuma ada seorang je pekerja yang kita upah - Bro. Li. Tugasnya setiap hari, melepaskan kambing2 tu cari makan sendiri kat kawasan kandang, lepas tu Bro Li akan lepak kat warung kopi ni sampai ke petang. Sambil hirup kopi + pisang goreng + main dam + monitor kambing aku dari warung ni je. Senangkan kerja dia...? hehehe.




3 Pics diatas adalah view dari depan warung kopi menghala ke kandang kambing. Kandang kambing kita disulami dengan pokok-pokok durian yang disusun sebaris. Ada jugak pokok rambai di depan laluan masuk. Kira '2 in 1' le.. Kat Belakang kambing ada sebatang sungai mengalir jernih. (Gambar tak sempat amik.. memory full. Lain kali aku snap).



Ini current condition kandang aku. Di sebelah kanan tu structure yang asal. Anjung di sebelah kiri tu dalam proses nak extend. Oni cakap, 3 minggu lagi siap. Bro Li buat sikit2, bila boring2. Siap nanti boleh menempatkan another 30-40 ekor kambing kachang lagi.


Ok, ini 2 ekor lagi kambing aku yang baru lahir during Thaipusam hari tu. Yang putih aku namakan ‘Thai’. Yang hitam aku namakan ‘Pusam’. Ok tak? Muhahahaha.

No comments: