Cikgu: Ya… Assalamualaikum dan Selamat Hari-Hari murid-murid. Kalau dalam kelas bahasa yang lepas, kita belajar gaya bahasa perbandingan, hari ni cikgu nak ajar pulak gaya bahasa perulangan.
Apa itu Gaya Bahasa Perulangan murid-murid?
Ia merupakan perulangan kata, frasa dan klausa yang sama dalam suatu ayat atau karangan. Tujuan gaya ini ialah untuk menimbulkan kesan terhadap makna dan memberikan tekanan kepada bunyi atau ayat yang ingin disampaikan ole penulis atau pemidato.
Jadi, murid2 dah paham kan? Bagus... Kalau dah faham, ni cikgu nak bagi tugasan sekarang yea.. Ok. Berdasarkan siaran Rancangan Debat "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" malam tadi, cikgu nak murid2 dapatkan contoh2 ayat gaya bahasa perulangan.
Cikgu: Anuar, sila kemukakan contoh2 ayat gaya bahasa perulangan yang kamu dapat ‘tangkap’ dalam siaran Rancangan Debat malam tadi;
Anuar: Baik cikgu. Ini contoh-contoh dia:
1) Memperbetulkan pengurusan ekonomi malaysia kearah yg lebih bersih, cekap dan bersistematik.
2) Mengutamakan rakyat dalam segala pembahagian pendapatan khazanah negara.
3) Mengurangkan beban yg ditanggung rakyat kini dgn membuat penstrukturan semula.
4) membasmi masalah kebocoran, penyalahgunaan kuasa dan menjana projek2 yg membazir.
5) Penstrukturan IPP agar keuntungan Petronas dan TNB dapat bertambah serta mengurangkan kos operasi.
6) Akan bertanding dalam pilihraya dalam masa yang terdekat ini. InsyaAllah.
Cikgu: Laaaaa.. isyk.. isyk... isyk! Tak betul tu. Itu bukan contoh gaya bahasa perulangan lah Anuar. Itu fakta.
Cikgu: Baiklah.. Sabiry pula. Cuba bagi contoh2 ayat yang kamu dapat pulak..
Sabiry: Beres cikgu.. ini dia contoh-contoh nya.
1. Minyak di Venezuela, Iran, Iraq dan Norway.
2. Demonstrasi jalanan tahun 1974
3. Pendapat populis sifatnya.
4. Minyak ada kaitan dengan peristiwa IMF.
5. Berarak di jalan raya, dan demontrasi jalanan.
6. Kita bina sekolah dan jalan raya.
Jadi cikgu, kesemua pernyataan di atas saya dapati sering diulang-ulang oleh salah seorang pendebat, cikgu! Nampak seperti pendebat tu dah lupus idea, cikgu!
Cikgu: Hah! Pandai anak murid cikgu ni. Ini baru betul, gaya bahasa perulangan..
Dah faham kan murid-murid..? :-)
No comments:
Post a Comment