Hari ni, cikgu nak nak ajar Bahasa. Topik bahasa kita hari ini ialah Gaya bahasa perbandingan; Apa itu bahasa perbandingan? Ia merupakan salah satu ragam atau gaya bahasa yang memperbandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas.
Jadi, murid2, sila ambil buku nota dan salin contoh2 bahasa perbandingan di bawah ini yea;
1). DAP biadap kerana cuba boikot majlis angkat sumpah MB Perak. Tapi, UMNO tak biadap bila nak boikot majlis angkat sumpah MB Terengganu?
2). Datuk Ahmad Said (Terengganu) akan dipecat kerana langgar watikah Presiden UMNO. Tapi, Datuk Md. Isa Sabu (Perlis) tak dipecat kerana isu yang sama?
3). Zam (Datuk Seri Zainuddin Maidin, Kedah) diselar oleh pemimpin UMNO kerana komen yang dikatakan tidak benar pasal pembaziran wang dan usaha keras untuk menawan Kelantan. Tapi, Ku Li disuruh rampas Kelantan sebelum cabar Presiden UMNO kerana dikatakan banyak wang dan usaha yang telah digunakan untuk menawan Kelantan tapi gagal. Bazir dan guna...macam sama je maksudnya?
4). Kerajaan baru Perak dikatakan tiada muafakat kerana bertelagah untuk memilih Exco. Tapi, kerajaan Terengganu nak dapat MB pun payah?
*sumber rujukan: http://www.kuda-kepang.blogspot.com/
Kriiiing.. ok murid2, loceng sekolah dah berbunyi, ingat ya, balik rumah nanti ulangkaji balik topik bahasa perbandingan tu yea... minggu depan cikgu nak tanya balik..
No comments:
Post a Comment