Advertisement -header

kunjungan

Wednesday, December 8, 2010

Anak Tazilan vs Anak Toyo

Selasa-7th Dec-2010; 1 Muharram, paper The Star ada memaparkan dua cerita profile yang menarik.


Satu: Kes Rasuah di sebuah tanah sek.7 Shah Alam, melibat mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.





Dua: Go Green Strategy melibatkan Dr Azimin Shamsul Mohamed Tazilan.



Ciri persamaan 2 profile di atas adalah: gaya jelingan mata gaya bibir.
Apa maksudnya?
Boleh google and research semdiri di internet topik body sign & language atau boleh study cerita tv series 'Lie To Me'... :-)

Wednesday, October 27, 2010

Dorani Bayu Resort (a.k.a. D’Muara Marine Park)

Saja je bawa family jalan2 & overnight 1 malam kat Dorani Bayu Resort Sabtu lepas.
Danial & Daim baru habis exam akhir tahun, so saja nak budak2 tu kasi 'release tension', bawa lah pi jalan2 tengok kampung orang.

Chalet ni kat Area Sungai Besar, Selangor. Dari Bukit Subang dalam 90km. Aku ambil jalan Puncak Alam, lepas tu terus je lah.. sampai Kuala Selangor-> Tanjung Karang->Sekinchan-> Sungai Besar.
Kalau lajak ke atas lagi (dalam 18km) sampai Sabak Bernam, lajak lagi, sampai Teluk Intan.

Kat Dorani Bayu Resort, aku ambil chalet terapung,tapi mengadap darat. Harga RM140 semalam. Bilik yang mengadap laut dah penuh. Harga bilik tu RM160.
Bilik, OK, puas hati, luas & bersih. Ada balkoni dan wide window mengadap laut.



Tandas OK, bersih. Yang tak OK water pressure tak kuat.









Aktiviti kat sini, selain daripada bersantai dan bermalas, boleh le memancing, atau kalu laut surut, boleh join pendudk kampung mencari siput laut/mentarang kat sini.







Pro: Tempat untuk relax, santai, nak memancing kira ok lah.
Con: Aku duk cari kedai ikan bakar.. Haram tak ada langsung kat area Sungai Besar. Yang ada pun, kedai makan depan Chalet, tapi dah tak buat ikan bakar...alasa: Sebab pekerja berhenti..hampeh!. Kita orang teroka sampai Bagan Nakhoda Omar, confirm, memang tak ada satu pun kedai ikan Bakar. Fail!
Next pit stop: Kuala Selangor-Bukit Melawati. Next post aku update.

Tuesday, July 6, 2010

Remember The 'Bainun'ian?

26 Jun 2010 adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh mak-mak budak & bapak-bapak budak untuk bertemu setelah sekian lama membawa diri masing-masing selepas zaman form 5, 1989.

Yang badan still maintain ada, yang badan makin 'montok' pun ada, tapi banyak yang dapat pingat 'PJK'.
Yang penting, adalah untuk mengimbau kenangan masa zaman-zaman muda dan bergetah dulu.
Layan je lah gambar kat bawah ni.
Credit photo ni kepada Mat Padin; dengan ucapan: "Bila nak makan nasi minyak ni....?"










Tuesday, June 1, 2010

Siri artikel penulis jemputan:Seri Primadona


Abdul Nasir Abdul Khalil May 25 at 8:56pm
SERI PRIMADONA (inspirasi lagu BPR)

Kereta sportnya menjalar mencuri pandangan mata setiap yang darah yang sedang menggelegak. kakinya putih gebu. Mata terus menelusuri sepasang kaki itu. Baju belang harimau bintang itu cukup mengangkat rona kulitnya. Lengan baju itu pula singkat untuk menampakkan sebahagian pangkal tangannya.

Dielus-elusnya rambutnya. Meski sedikit jarang, namun dengan warna "brunette" yang dipasangnya tidak 2 minggu lalu, highlights kekuningan yang merentasi seluruh kepalanya benar-benar menangkap perhatian.

Dia berdiri persis primadona. Menghirup "khasiat" hidup seolah-olah hari takkan ada akhirnya. Sedikit kedut di bawah mata hanya terlihat kalau ditelek dekat. Namun putih kulitnya membuat sesiapapun mungkin menyangka dia hanya di sekitar awal 40-an.

HILANGLAH SERI
PUDAR CAHAYA PRIMADONA

Gelang jade di pergelangan tangannya dipadan dengan warna loket terjuntai diatas dada. Loket itu juga pandai mencuri-curi pandang orang di keliling. Dia menekan "remote" keretanya dan memandang keliling. Menantikan seseorang.

MASAPUN BERUBAH MENAMBAH USIA
JANGAN KAU BERAKSI JUAL HARGA DIRI

Seorang lelaki berjalan dari kejauhan ke arah dia berdiri. Segak, tampan dan persis seorang model. Orang muda itu terus merangkul tangannya "sayang! dah lama sampai?". Siapa tahu usia orang muda itu mudah-mudah sahaja berbeza 40 tahun dari usianya.

NAMUN HAKIKATNYA TIDAK KAUTERIMA
MASIH MERASAKAN DIRIMU DIPUJA

Dia primadona dan orang muda itu bukan anaknya, bukan juga kekasih sebenarnya. Mereka lalu melangkah ke party hari lahirnya...genap 60 tahun hari itu.

MASAMU SINGKAT
PASTI ADA JALANMU PULANG

kisah ini kisah benar!

Wednesday, May 26, 2010

Biar Nampak 'Korro'.. Tapi Jiwanya Jujur.

Pada fist audition 'America's Got Talent 2009', Kevin Skinner dipandang remeh oleh para juri. Apatah lagi dengan pakaian yang selekeh dan dengan status penganggur,dia ditertawakan oleh para juri dan penonton.

Tapi jiwa dia kental. Hatinya jujur.

Bila saja Kevin memulakan nyanyiannya, habis semua juri dan penonton terlopong & terkedu. Mulut para penonton ternganga luas. Akhir nyayiannya, Kevin Skinner diberi 'standing ovation'.

Kini, Kevin Skinner selayaknya bergelar juara di rancangan America's Got Talent 2009.

Monday, May 24, 2010

Siri artikel penulis jemputan:Harga Secangkir Teh Tarik Kurang Manis & Seteguk Kasih Sayang

Setiap hari bekerja, aku tidak pernah gagal singgah di restoran kecil tu. Rutin setiap pagi, aku akan meletakkan kereta ku di hadapan restoran itu, berjalan kurang lebih 100 meter ke mamak surat khabar untuk edisi the Star lalu menikmati berita seharian semalam di restoran kecil itu.

Aku cukup benci diiganggu kalau aku sedang membaca surat khabar di situ atau ketika sedang minum teh tarik kurang manis "syarat wajib pagi" ku. Makanan di situ serba tidak sedap (walaupun suatu waktu dulu serba sedap). Adatlah...bila sudah lama, yang cantik jadi comot, yang manis jadi payau. Harganya juga boleh tahan "mengapak" poket. tapi kuulangi juga setipa pagi dan bagiku membayar harga "privacy" bersendirian "uninterrupted". Adakalanya, untuk separuh pinggan mee, teh tarik kurang manis dan sedikit "privacy", aku membayar sehingga RM 4.50.

Sesekali makcik empunya restoran itu sengaja bersuara mengusik "dia ni makan buat syarat aje" setiap kali melihat makanan separuh yang kupesan tidak luakpun. Aku selalu juga serba salah bila nasi impit kuah kacang yang kupesan cuma habis dalam dua potong. kadang-kadang kuhancur-hancurkan yang lebihnya supaya tidak nampak sangat tidak luak.....malu ditegur makcik restoran.

Pagi ini sedikit berbeza. Sedang aku membelek the Star mencari-cari kisah Anuar Ibrahim atau analisa Sibu yang masih suam-suam lagi, seorang makcik datang perlahan dari arah dapur restoran. Aku kenal-kenal bahawa makcik ini salah seorang tukang masak di situ.

Tiba-tiba sapanya sambil menghulur tangan:"(dalam lenggok indonesia) encik...mintak maaf...hari ini hari penghabisan makcik di sini. Esok mahu kembali ke Medan. Setiap pagi nampak encik di sini. Semoga apa yang tersalah atau kurang enak dimaafkan. Sudah lama di sini. Harus kembali berjasa ke Medan" katanya.

Air matanya bergenang sedikit.

Aku juga.Tambahnya lagi " kalau datang ke Indonesia atau Medan, cari saya di sana, singgahlah...tanya Induk (gelaran kepada makcik tuan punya restoran) alamat saya atau nombor telefonnya". "InsyaAllah! jawab ku ringkas.."selamat ye" aku menutup. Dia bergerak semula ke dapur meneruskan kerja.

Aku terpempan seketika. Air mata kuseka sedikit. Tidak aku sangka dalam aku berusaha bersendiri setiap pagi, dia sentiasa melihat aku dari dapurnya. Dalam "keasingan" tidak mahu dicampuri, aku tetap jadi sesuatu yang penting bagi seseorang lain. "Life revolves around me after all, though I felt small"

Begitulah dengan RM 4.50, aku juga membeli suatu "kasih sayang" yang cuma kusedari pada hari terakhir dia di bumi bertuah ini. esok dia akan punyai perjuangan berbeda...dan aku akan tetap ke situ dengan surat khabar dan teh tarik kurang manis rutin ku.

Abdul Nasir Abdul Khalil May 20 at 12:47am

Sunday, May 16, 2010

Siri artikel penulis jemputan: Kalau Tak Boleh Bergurau, Pegi Dok Surau...

Minggu ni aku paparkan aritkel penulis jemputan: Abdul Nasir Abdul Khalil
err... kalau tak paham gaya bahasa Nasir, hangpa baik tanya direct kat dia yea... kekekeke


Abdul Nasir Abdul Khalil May 16 at 1:35pm
"KALAU TAK BOLEH BERGURAU, PEGI DOK SURAU"
Itu "haiku" yang sering kita dengar apabila ada pihak yang dibawa berjenaka tidak dapat menerima tahap gurauan kita. Baik jenaka berbau racisme, warna kulit, fizikal, peribadi apatah lagi yang berwarna seksual. Di manakah garisan sebenar jenaka seksual yang "dibolehkan" bagi kita ketika di pejabat?

Tiada undang-undang yang concrete berkaitannya sehingga kini kecuali "garispanduan" yang merangka definisi perlakuan dan gurauan seksual di tempat kerja. Kita agak sedikit ketinggalan di dalam aspek ini berbanding beberapa negara yang seangkatan kita (negara membangun) namun "dari cempedak baiklah nangka, dari tidak baiklah ada" (sambil melibas-libas tangan ke atas dan ke bawah).

Seorang pekerja wanita yang secara tidak sengaja terbongkok-bongkok menolah sebuah mobile padestal di hadapan seorang pekerja lelaki...berusia. Bagi si lelaki, dia menghadang laluannya. Entah a) syaitan apa yang merasuk atau; b) tindakan "refleks"nya; c) atau salah baca "signal", si lelaki menepis/menepuk punggung si perempuan untuk mengalihnya dari laluan.

Pendek cerita, terjadilah kisah, sumpah seranah bertukar ganti, teman lelaki dan bapa perempuan campur tangan, penumbuk dan parang turut terlibat....sebelum laporan polis dibuat.

Si lelaki berusia memohon maaf lisan dan bertulis menganggap ianya gurauan dan tekad tidak mengulangi. Maaf dipinta di tengah -tengah pejabat di hadapan semua yang ada (saksi kejadian dan yang tidak tahu hujung pangkal) namun nampaknya malu dan amarah perempuan belum lagi reda.

Tutup cerita, itu baru yang fizikal. Yang bermain kata-kata tidak terbilang banyak dan bentuknya. "Aku suka tengok butang baju kau yang itu (sambil menuding tahap butang di paras payudara)" atau "si sipulan yang bontot besar tu" dan banyak lagi "innuendo" lain yang lebih ganas dan "obscene". Kata garispanduan sexual harassment, gurauan seksual haruslah "consensual"; kedua-dua pihak boleh terima gurauan. Jika tidak.....

Bagaimana pula kita melihat "pat on the back", cuitan di bahu, cubitan di lengan, intaian dan tenungan yang kurang senonoh, isyarat yang lucah yang berlaku setiap hari di keliling kita?

Sudahnya si perempuan juga yang salah. Yang terdengar komen 01: "diapun pakai baju ketat sangat" jawapan:"kan ke dia pakai baju labuh...pakai tudung lagi" jawapan penghabisan:"ye lah....'shapy' sangat sampai there is nothing else to imagine...patutlah kena!".

Dunia lelaki kah ini? Pernah lihat bagaimana perempuan "sexually harrassing" lelaki? Jawapan: Aku pernah!

Tuesday, May 11, 2010

I Trust You All To Join Us At Majlis Makan Malam Gala SMKRPB

Ni teman nak 'royat' mai ni... 26 Jun ni ..apa ke ke namanya.. ha.. ada Majlis Makan Malam Gala Sekolah Bainun kat Hotel Raja Chulan, KL.

Jadi kepada kekawan yang masih ada 'jati diri' tu.. aku nasihatkan turunlah yea.
Mike semua dah besar panjang. Tak payah la aku nak suruh Cikgu Samuddin tu datang ke tiap-tiap 'dorm' bawa rotan tu. Pi daftar cepat kat link yang atas tu.
Tak kan le pulak nak minta Pengetua Kamaruzzan Mat Tuah dengan Ustaz Azmi telepon kome sorang-sorang pulak.

Mike semua tak usah usah malu, tak usah segan. Masa ni le hangpa semua nak berhimpun balik dan mentertawakan perilaku kawan-kawan kamu dulu tu.

Dari zaman rock kapak, zaman lompat pagar sekolah, zaman kome kena rotan dalam dewan, makan maggie dalam dorm, makan 'penampar' Cikgu Ismail... fuh.. meriah-meriah.
Yang tu belum masuk bab kome ngorat guru bahasa Inggeris tu lagi. Sapa nama dia tah teman dah lupe le. semua tu wajib 'diflashback' balik.

Disebabkan nak 'menunjukkan' betapa semangatnya nak hadir ke Malam Gala tu, Batch 85-89 sempat gak le buat pra-gathering ni kat Rahman Putra Golf Club 10-April hari tu.

Saksikan hero2 & heroin2 yang masih tak lapuk dek zaman ni.








Lain-lain gambar boleh refer kat sini;
Mana Hazman ni.. Man.. dah tergeliat lidah aku ni Man.. Habis bahasa Perak + Utara + Kelantan aku tibai.. Stop dulu lah.. adeh...

Friday, April 23, 2010

Latihan Untuk Menajamkan Minda Dan Penglihatan

Ya.. Assalamualikum, & selamat sejahtera murid-murid.
Amboi... lama sungguh cikgu tak mengajar kelas ni, sampai murid-murid pun dah hampir nak lupakan cikgu yea.

Takpa..takpa, untuk menajamkan kembali minda dan penglihatan murid-murid, cikgu nak bagi satu kerja rumah yea. Kerja rumah ni kalau murid-murid buat dengan teliti, insyallah ingatan dan penglihatan murid-murid akan tajam sentiasa.

Berikut adalah dua keping gambar yang diambil ketika kempen pilihanraya kecil P94 Hulu Selangor minggu ini. Lokasi adalah di sekitar Kuala Kubu Bharu.
Nyatakan, apakah perbezaan yang nyata di antara dua keping gambar tersebut?
Jawapan murid-murid mestilah sampai kepada cikgu, hari Ahad ini jam 9 malam, yea?
Baiklah, sekarang murid-murid boleh bersurai semua. Cikgu nak tidur sat.. mengatuk.




Friday, April 16, 2010

Badut-Badut Itu...


1. Ada badut itu yang makan hati malah mungkin melenting sebab di label 'Bengong' oleh orang lain.Katanya bahasa kasar lah. Tapi selepas digasak & diprovoke, maka terpacul dari tulisan sendiri bernada kasar, tak pandai pula nak 'cover-line'. Haizz..

2. Ada badut itu yang kononnya neutral, tak menyokong mana-mana pihak. Tetapi tak sedar dia sendiri tidak berlaku neutral dengan mendelete semua posting atau komen yang sedia ada. Lainlah kalu awal2 dah declare, aku bukan neutral, tapi aku 'alkali' atau 'acid', maka fahamlah aku.. huehuehue.

3. Ada badut itu, yang kata, ini conflict antara aku dan dia sahaja. Tetapi bila id orang lain(yang ada hubungan dengan id sikena ban) pun di'ban' juga, apa ke hal nya tuh? huehuehue

4. Ada badut tu cakap 'I'm always cool'.. tapi bila digasak atau diprovoke dengan post komen yang 'keras' sikit, terus habis di delete. 'Hampeh'... itu bukan cool namanya..

5. Ada badut tu fikir dia otai dalam trade. Dah lama dalam bidang ni katanya. 'Elliot Wave' analisis dia bunyi macam kencang giler. If price tak UP, for sure it will go DOWN. If price tak DOWN, then for sure it will go UP. (ceh, aku pun boleh buat analisis macam tu..huehuehu). Namun, bila diceritakan konsep basket trading(101), naked trade, terus blur.. haizz... Jebat, jebat.


Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya badut-badut ini dapat juga menceriakan hari-hari ku yang suram.. kekekekeke.


TQ for your live participant in my case study... ;-)
----------------
Case study #5: human behaviour

Tuesday, March 30, 2010

I Don't Wanna See You Again..

Dalam post dulu aku ada cakap, kalau diberi pilihan 3 jenis sakit ni; sakit kepala, sakit perut & sakit gigi.. sakit gigilah yang paling aku cuba nak elakkan.

Tapi Jumaat lepas aku kena jugak sakit gigi. Dah tak boleh buat apa. Gusi bawah geraham dah menanah. Sebelum ni masa kat UUM dulu, memang dah buat root canal threatment. Gigi bahagian dalam dentist tu buat piling, macam buat tiang structure bangunan tu. Allah.. sakit hanya diri sendiri yang tahu.

So Khamis lepas pi klinik dental surgeon.. Dentist cakap tak boleh cabut dulu. Kena hilang bengkak baru boleh cabut. Dentist bagi pill pain killer, antibiotik & ubat kurang bengkak. Set appointment hari Selasa untuk cabut gigi.

Maka bermulalah 5 hari yang sungguh mencabar. Nak tunggu datang hari Selasa punyalah seksa. Pil pain killer tu sekali makan cuma tahan 4-5 jam je.

Bila sakit, faham-faham je lah.. nak kerja tak boleh, nak tidur lagi laaa...
nak trade? Huh... lagilah tak boleh. Gila apa nak trade masa tengah sakit. Otak tak boleh nak fikir. Otak tak boleh nak buat analisis. Emosi tak stabil. Nanti bila buy cik UJ, dia turun, bila sell nak naik lak.. kan naya namanya tu.

Tapi dalam banyak2 benda yang mencabar, soal makanlah yang aku paling suffer. Nak gigit, sakit. Apa lagi telan je lah.. ular sawa pun boleh kalah beb.. Hari-hari makan bubur nasi le jawabnye.

Yang paling tension, time malam aku suka layan Astro channel Asia Food Channel dan channel Travel & Living. Layan siri Bizzare Food lah, Anthony Bourdain lah.. Ho Chak lah... Pergh!!! Dugaan yang maha hebat tu.

Hari ni - Selasa gigi pun dicabut macam dijanjikan oleh dentist. Sakit tok sah cerita lah. Dari kul 10:30am sampai 12:30pm baru settle. 2 jam tu beb dalam operation room.
Dentist mula2 inject ubat kebas kat 3 bahagian. kat gusi dalam, pipi dalam dan gusi dalam. Lepas tu mulalah bibir rasa tebal, mengalahkan lelaki negro.

Lepas tu mulalah Dentist ni buat kerja dia. Masa tu mula lah fikiran dok imagine citer Cast Away.. scene time Tom Hanks tengah seksa nak cabut gigi guna kasut ice skating tu.

Adehhh.. dalam banyak-banyak citer Pulau citer tu pula boleh aku recall? Apasal lah tak recal
citer Blue Lagoon ka, citer Robinson Crouse ka?
Hmm.. nasib baik aku tak recal citer horror 'Dentist'.. ngeri tu siut..

Seingat aku, ada 4 kali aku mintak 'time-out' kat dentist tu. (Ni terikut masa dok main volleyball lah ni.. haizz..)


Anyway, here I am now, going to ending this journal. Body getting weaker, sebab banyak lost darah tadi. Now I'm thirsty for blood.. (Macam citer Twilight saga le pula.. haizz)

Apa-apapun, terima kasih pada dentist hari yang dah 'operate; gigi aku.
Hope I never see you again.

Saturday, March 20, 2010

Kahwin ... at last!


Teh tarik special(sebab free) Pak Man khas untuk hari kenduri ja..







Mertua Siti


Kechik vs Besaq ver 1.0


Kechik vs Besaq ver 2.0


Monday, February 22, 2010

Cuti Raya Cina Ke-2: Line Clear!

Boring, masa cuti raya cina hari tu tak buat apa-apa kat Taiping. Apa lagi kami pakat turun Penang, pekena Nasi Kandar. Kali ni pekena nasi kandar kat gerai Line Clear, Lebuh Campbel.. Pergh.. memang mari beb!














Lepas pekena Nasi Kandar, pusing-pusing lak kat Balik Pulau & Batu Ferengi. Singgaj jap kat Masjid Terapung.