Yeah.. a little bid sad to leave mum & Darwisya at home.. but..hey! Daddy and the boys need a break too.. kekekeke.
Wherever we go, DiGi will always follow you!
Wherever we go, DiGi will always follow you!

Hujah di atas, diperkuatkan lagi dengan artikel yang aku perolehi daripada jiran aku ‘Nor Azlan Baharum’ berkaitan electromagnectism.
Diceritakan, setiap hari badan manusia(tanpa disedari) mendapat arus magnetik melalui perkakasan elektrik seperti handphone, computer, tv, radio, microwave oven, lampu neon, dll. Sesuatu yang tidak dapat anda elakan dalam kehidupan seharian, kan?
Sebab tu lah terjadinya symptom migrain, letih, lesu dan malas ni.
So macamana nak discharge tenaga elektrik berlebihan dalam badan manusia ni?
Seperti kaedah wiring atau grounding pada bangunan2, di mana terdapat wayar yang disalurkan ke bumi untuk menyahcajkan tenaga elektrik berlebihan ke bumi, kajian di Eropah(hmmm… tidak pula dinyatakan siapa, journal apa, or dari mana) mendapati manusia hanya perlu menyentuh dahi mereka ke bumi beberapa kali dalam sehari, untuk menyahcajkan tenaga elektrik berlebihan dalam badan.
Dalam Islam, teknik ini dikenali sebagai sujud ketika solat wajib 5 waktu sehari!!! Jikalau anda perasaan, teori 'electromagnectism' ini digarap dengan cukup menarik dalam siri TV Lost. Ni yang tak sabar2 nak tunggu Lost season 5 nih....
Ini pula namannya - 'Nasi Campur Ole-Ole'. Ramuannya: Prawn, squid, fish, sate lilit, chicken rendang, keropok, sambal terusi, sambal matah, kangkung goreng. Harga: RM31
Yang ini habuan Danial & Daim. Namanya- 'Ole-Ole Bali Big Burger'. Harga RM21. 2 orang makan, belum tentu boleh habis..
Overall rating, aku bagi 4/5. Puas, sebab bini belanja makan.. selamat duit aku.. kekeke.. ;-)
Ada sekali tu, lepas berbuka puasa, kami anak-beranak solat maghrib berjamaah.
Selepas solat, aku dalam keadaan dah ‘mamai’(mengantuk) sebab perut kekenyangan pun membaca lah doa:
Abah: Bismillahhirrahmannirrahim, Alhamdulillah hirabbillalamin, wassala……
Abah: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami,
Umi & anak-anak: Aaaamin!
Abah: Dosa kedua-dua ibu bapa kami,
Umi & anak-anak: Aaaamin!
Abah: Dosa kedua-dua anak-anak kami,
Umi & anak-anak: Aaaamin!
Abah : Dosa kedua-dua isteri kami… oops! Tersasul le pula.. kantoi!
Umi: Aaaaa... erk! Hah!.. mula le tuh!
Habis malam tu kena bebel dengan bini aku... kekeke.
Moral of the story: Sapa suruh makan banyak sangat masa berbuka sampai tak ingat dunia? Bila nak solat maghrib mulalah hati tu ke mana, fikiran melayang ke mana..
kikikik... :-)
