Advertisement -header

kunjungan

Wednesday, April 22, 2009

The Golden Number

Nak sembang sikit pasal Fibonacci(fibo). Untuk traders, tak kisah lah sama ada trade saham ke, future ke, CPO ke , Forex ke, banyak yang tak ambil peduli pasal fibo ni.
Bagi admin lah, this is one of the best technical analysis beside pivot, Elliot wvae dan lain-lain.

So.. Apa ke bendanya fibonacci ni?
Ringkas je admin nak cerita kat sini.. sebab yang detail boleh google sendiri.


1. Fibonacci atau nama pendek nya FIBO; ialah teori mengenai angka-angka keseimbangan alam.
Angka-angka keseimbangan alam inilah yang digelar the “Golden Number”. Ada juga yang mengelar Golden Ratio. Samalah tu.


2. Mengikut catatan ilmuan barat, teori Fibonacci ditemui oleh (konon nya lah) Leonardo Fibonacci. Sebab tu teori ini dinamakan Fibonacci.



4. Namun, mengikut 'Tok Guru' admin pula, sebenarnya seorang ilmuan Islamlah yang menjumpai teori angka keseimbangan alam ini ; iaitu Al-Majriti atau nama penuhnya Abu Al-Qasim Maslamah Bin Ahmad, di Baghdad(dulu dikenali Andalusia) pada tahun 1175 Masehi.

So, apa itu Goden Number(ratio) ni?
1. Teori ini mengatakan, jika dicampurkan 2 angka sebelum nombor tersebut, jumlahnya akan menyamai nombor tersebut.
Contoh;

1 + 0 = 1
1 + 1 = 2
2 + 1 = 3
3 + 2 = 5
5 + 3 = 8
...seterusnya lah ke infinity ...

Maka, jika disusun nombor-nombor tadi, jadilah satu siri nombor;

1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, …..

2. Ratio atau nisbah yang terhasil apabila nombor tersebut dibahagi dengan immediate nombor selepasnya adalah seperti di bawah;

1 / 2 = 0.5
2 / 3 = 0.666667
3 / 5 = 0.625
5 / 8 = 0.625
8 / 13 = 0.615385
...seterusnya lah ke infinity

3. Selepas 3, nisbah akan sentiasa ~ 0.625. Selepas 8, 9, nisbah akan sentiasa ~ 0.618.
Seterus, akan ada ~61.8, 100, ~161.8 dan seterusnya.

0.618%, 61.8%, 161.8% inilah yang dipanggil Golden Ratio.

4. Dalam analsis teknikal, Golden ratio ini penting untuk mengetahui retracement level (61.8%) atau expansion level (161.8%). Para traders memang menunggu level ini selain pivot point.

Tapi admin tak nak cerita detail pasal ni, nanti ‘pecah' kepala korang. Sebab Fibo dalam analisa teknikal ada 3 jenis, Fibo Line, Fibo Fan dan Fibo Spriral.   Tetapi, tentulah yang paling popular dan favorite admin adalah Fibo Line.



Admin nak relate fibo ni kepada kejadian alam.

Golden Number(Ratio) in bermaksud, sekiranya kitaran alam telah penuh dan lengkap(yakni 100%), maka ia pasti menuju kearah keseimbangan alam, iaitu expand/atau membesar ke 161.8% atau mengecut ke 61.8%.

Kejadian Bunga.Cuba perhatikan kejadian pusaran bunga Matahari(misalnya) yang mula mekar atau mengembang. Ia pasti melalui urutan berikut; dari 61.8% -> 100% dan menuju 161.8%.

Kejadian Gunung- Ganang.Sebelum meneruskan pendakian, pasti berlaku retracement (dalam kes ini penurunan) sebelum meneruskan pendakian. Perhatikan, ada persamaan dengan carta saham atau forex bukan?
Kejadian Lebah.Cuba perhatikan dalam satu sarang(komuniti) jika dibahagikan bilangan lebah jantan dengan betina, jawapannya adalah sekitar 1.618%.
Hmm.. kalau anda sanggup mengira dan sanggup kena sengat, teruskan niat murni anda.. hehehe :-)

Ok, kita cuba yang senang sikit;

Kejadian tubuh manusia;Cuba ukur dari bahu anda ke hujung jari anda, kemudian jarak ini dibahagikan pula dengan jarak di antara siku anda ke hujung jari anda, atau ukur jarak dari hujung kepala anda hingga ke hujung kaki anda, kemudian jarak ini dibahagikan pula dengan jarak pusat anda dengan hujung kaki anda, adakah hasil kedua-dua jawapan ini sama di sekitar angka 1.618 ?


Bagaimana pula ukuran muka manusia? Jarak ratio hidung ke hujung kepala?


Kejadian Buah NenasMasa kecil, jumlah petak kulit nenas ialah 8.
Masa sederhana besar, jumlah petak kulit nenas ialah 13.
Bila cukup besar, jumlah petak kulit nenas ialah 21.
Ratio, apabila nombor tersebut dibahagi dengan immediate nombor selepasnya adalah menghampiri 0.618% bukan?

Kejadian Piano
Tak perlu cakap banyak. Ilustrasi kat bawah sudah cukup menerangkannya.

Golden Number ini hampir tidak dapat kita elakkan di alam semesta ini.

Dan ini penemuan yang menakjubkan pada tahun 2009.
Koordinat kedudukan Kota Mekah ialah pada Golden number : 1.618% !
Seperti yang admin cerita pada post admin sebelum ini,  mengenai Kaabah terletak di pusat bumi..

Penemuan terbaru yang telah dikongsikan ini di youtube pada September 2009...


Monday, March 23, 2009

Finally, Yang Ku Cari Akhirnya Jumpa Juga..


Baru lepas layan citer Los & Faun di Astro Box Office.
Finally, dapat jugak aku tengok filem penyiasatan/thriller Melayu yang ada unsur ilmiah.
‘Ilmiah’ maksudnya sisatan yang dijalankan dihuraikan dengan fakta yang detail & nampak logik. Bukan main hantam je macam cerita Gerak Khas yang haprak tu. Bukan macam cerita siasatan yang kosong fakta macam Mat Gelap, Lady Boss atau Senario-Pemburu Emas Yamashita tu.

Sebelum ni, fakta-fakta ilmiah hanya terdapat dalam beberapa kerat novel-novel thriller Melayu je. Yang aku tahu penulis Ramlee Awang Murshid dalam novel ADAM, Mandatori dan novelnya yang terkini: Mikhail.



Lost & Faun ni bagi aku ada gabungan cerita CSI & Detektif Conan. So, macam biasa, tak nak bagi spoiler, kalau ada masa korang layan sendiri cerita ni..



Sunday, March 1, 2009

Boleh pun Buat...Siapa Kata Tak Boleh?

Malam tadi, aku usung satu family; daripada bini, sampai ke baby kecil aku menonton Geng The Movie- Pengembaraan Bermula. Panggung-12, GSC, 1-Utama jam 9:30 malam tu, fully sponsored by geng FXM. So geng-geng FXM sajalah yang yang ada dalam tu. Siap ada yang bawa bantal dan tilam kecil lagi dalam tu. Sebab boleh baring2 lagi tu dengan anak-anak.. kekeke. 3 anak-anak, termasuk baby Darwisha boleh tak lena dalam panggung, cerah biji mata menonton movie ni.
Seriously, setakat ni, this is, and the only is, the best Malaysian animation yang aku tengok di Panggung. Tak boring, tak mengantuk. Boleh pun buat, bukannya tak boleh..

Geng The Movie- Pengembaraan Bermula. telah meninggalkan filem-filem animasi Malaysia yang lain berjarak 10 tiang jauhnya!
Silat Lagenda ka, Muhammad The Last Prophet ka(aku cakap tentang animasi aaa..), Putih ka, tak boleh challenge. Kalu Cicakman pun boleh dikategorikan sebagai filem animasi, memang sah-sah ketinggalan kebelakang 20 tiang lah. Malah, animasi Doraemon The Movie pun tak boleh challenge citer Geng The Movie- Permulaan Bermula.
Overall, Geng The Movie- Permulaan Bermula ni memang the best filem animasi Malaysia le sebab ada indikator nih;
1. Baby Darwisha tak menangis. Susu pun tak mintak.
2. Danial & Daim tak ‘sibuk’ pun minta nak ke toilet. Fully concentrate menonton.
3. And of course, sbb fully sponsored by FXM. Free je… kekekee

Aku tak nak bagi ulasan or spoiler, korang tengok & layan sendiri dengan keluarga.

Monday, February 9, 2009

I want To Confess; My Wife Is Having An Affair...

Semenjak seminggu ni, saban awal pagi dan malam, bini aku kerap menghilangkan diri dari bilik tidur. Bila kucuba ekori, rupanya dia ada di belakang rumah, sedang berbual dengan seseorang. Ini tak boleh jadi. Aku kena lakukan sesuatu. Siapakah gerangan yang ada affair dengan bini aku ni? Petang itu, aku balik awal dari ofis. Biniku sudah berada di belakang rumah. That’s it, kali ni, memang habislah orang tu aku akan kerjakan. Aku meluru terus ke belakang rumah, memang tak kasi chance punyalah.

Sah! Memang sah! Bini aku memang ada affair dengan mesin basuh front-loader baru. Sampai nak memasak pun kena duduk sebelah mesih masuh baru. Aku tak faham sungguh, apa yang special sangat mesin ni. "Kan benda tu cuma basuh, rinse dan spin je?" kata aku.

Bini aku cakap: "tu le orang lelaki, tahu pakai baju dah basuh je.. tapi tak nak tahu 'seni' di sebalik mesin basuh front loader ni.. jauh beza dengan mesin basuh top-loader tau..."

Aku: "hmmm..... " :-)


Sunday, January 18, 2009

Kisah Cintaku..

No, no, no..
this post is not about my love story with my wife.
Cuma this song -'Kisah Cintaku' (from one of my all time favorite singer- Chrisye) ada at least 3 versions dah sekarang ni.

Original version sudah tentu daripada allahyarham sifu Chrisye. Kemudian kita ada version dari Peterpan(slow rock/ballad) dan version rock daripada Jenver. So which one I most preffered now... hmmmmm?

Anyway, this post, this song & the lyrics is specially dedicated to Mimi yang baru kehilangan ibunya minggu lepas. Al fatihah...


Original version: Chrisye.


From Peterpan.


From Jenver.

Saturday, January 17, 2009

Puting Kosong vs Condom...

Baby Darwisha dah ada a new habbit sekarang. Suka sangat gonggong puting botol, baru mahu tidur. Selagi tak gonggong, selagi tulah merengek. Dah cuba beri puting kosong, tapi Darwisha tak mahu. ishk..ishk..ishk.. ikut perangai sapa lah ni? Nak kata ikut perangai abah dia, confirm tidak, sebab abah dia ada alibi, dari kecil, tak pernah gonggong puting botol or puting kosong. Ini sure ikut perangai Umi dialah ni... kekekeke..

The only logical explanation yang aku boleh fikir why Darwisha suka gongong puting botol rather than puting kosong ialah: puting botol tu masih ada perisa(flavor) susu, sedangkan puting kosong tak ada flavor(itu so far yang aku tahu lah).

So, it's trigger my mind, sedangkan product condoms pun boleh didatangi dengan bermacam-macam flavor(vanila, chocolate, etc), kenapa le tak ada puting kosong didatangi dengan flavor susu ka, chocolate ka..



Haiiyaaa... :-)

Tuesday, January 6, 2009

Bercuti & Memancing: Priceless!

This is a backdated post. Bercuti sambil memancing di Teluk Bayu, Sungai Petani. Kira best jugak le.. sebab bermalam di atas chalet terapung, di muara sungai. On 26 - 27 Dec 2008 hari tu..























Anak2 kepenatan.. kekkeke... :-)

Next trip.. ke mana pula yer..? hmmmm

Monday, December 29, 2008

Confucius Says...

*note: sila baca dalam pelat apek jual sayur:

Itu sifu Kung Fu-Tzu(Confusius) ala cakap aaa.. kalu ada olang mau makan ikan, Lu jangan kasi dia ikan, tetapi lu kasi sama dia itu joran. So aaa, nanti dia boleh belajar sendili macamana mau tangkap itu ikan.
So aa.. itu 25-Dec-2008 punya birthday aa.. itu anak-anak lelaki gua punya birthday lah, Danial & Daim (D & D). Gua yang lurus bendul ini, pun kasi hadiah sama anak-anak gua itu batang joran la. Mau kasi anak-anak gua join sama gua pegi pancing ikan di Teluk Bayu, Sungai Petani.. Nanti next post gua celita pasal trip ke Teluk Bayu itu , ya.. :-)










Saturday, December 20, 2008

A Note To Myself: #1: Jaundice

* This post has been created to act as my personal reference & note, should we (me & wife) in future is having another baby. This ‘special’ note will summarize everything that I should know about jaundice.

I have to admit, my 4 days experience taking care of Darwisya when admitted to Pusrawi for Phototherapy treatment really test my mental, emotional & physical strength .. Saat paling mencabar tatkala baby Darwisya menjerit & menangis kesakitan setiap kali disuntik jarum bagi mengambil dan mengukur tahap billirubin dalam darahnya.

Beberapa fakta mengenai Jaundice:

1. Jaundice berasal dari perkatan Perancis "jaune" yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilrubin. Bilrubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.

2. Baby jaundice disebabkan oleh hati baby yang belum matang untuk memproses sel darah yang terurai itu. Ujian darah dilakukan untuk menguji tahap kandungan billrubin dalam badan baby. Bacaan 230 dan kebawah adalah normal. Kalau bacaan melebihi 230 dan keatas, perlukan rawatan segera. (*note: Bacaan kandungan billrubin pada baby Darwisya adalah 330 ketika diadmit di Pusrawi)

3. Ibu yg berdarah jenis 'O' adalah faktor utama anak jaundis.

4. Statistik menunjukkan baby jaundis berlaku sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.

5. Baby yang kena jaundis kerap tidur. Jangan bagi baby tidur sangat di awal kelahiran Usik2 selalu. Biar menangis, sebab baby yang tidak aktif, tidur jer mudah kena jaundis, sebab hati lambat berfungsi.

6. Jaundis akan menurun selepas hari ke 14 tapi kalau lebih maybe ada jangkitan yg lain.

So in summary jaundice dalam bahasa mudah orang melayu adalah penyakit kuning. Ingat yea, penyakit kuning & demam kuning adalah dua penyakit yang berbeza. Pandai-pandai lah korang(err.. silap, aku) google cari definition tu.

Pencegahan:

1. Breastfeed (susu ibu) is the most effective method. But in my case, doesn’t really work, sebab baby Darwisaya berat masa lahir cuma 2.25kg, which is according to doctor agak kecil and probability untuk kena jaundice amatlah tinggi. Itu yang last-last kena gak tu.

2 . Doktor amat ‘pantang’ kalau sebut pasal jamu. So, faham-faham je lah, selagi kat hospital and breastfeed baby, jangan le nak memandai nak makan jamu.

3. Jika tahap billrubin dah cecah tahap bahaya, maka normal medical treatment kat hospital ialah fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis.

Amalan dan petua tradisional

Hah.. ini pula amalan tradisonal or petua orang-orang tua untuk mengubat. Aku susun ikut rank dari yang paling berkesan ke kurang berkesan. Ini based on research aku dari forum2 di internet.

1. Susu kambing. Tapi kalau doctor tahu, sure kena marah kow-kow punya. Sebab:
(i). susu kambing banyak sangat protein, Badan baby yang masih kecil, tak mampu memproses protein berlebihan. So akan memudaratkan baby, especially hati.
(ii). Susu kambing tu dah dispateur ke tak? Nanti takut tercemar. So kalau nak bagi juga, berilah 2-3 titik sehari sahaja kepada baby.

2. Mandikan dgn air daun dukung anak. Daun ni senang nak cari kat kawasan yg banyak rumput2. Daun dia mcm daun semalu tapi kat bahagian belakang batang dia tu mcm ada biji2 dan tak berduri. Senang jer nak jumpa.

3. Jemur kat matahari. Tapi bukan direct ya. Nanti sunburn lak baby tu. Lagipun zaman sekaran tahap ozon dah nipis. Buka baju & seluar baby. Cuma pakai pampers sahaja. Dekatkan baby pada kawasan cahaya matahari pagi sekitar jam 8-10 pagi saja.. Biarkan baby kena cahaya matahri sekitar 5 -1 0 minit setiap hari.

4. Minum air rebusan sengkuang cina, dlm 2/3 sudu kecil

5. Mandi dengan air rebusan daun kuchai.

6. Minum air buah kundur. Cari buah kundur, isinya direbus & beri minum kat baby. Insyaallah, kalau kena demam kuning akan hilang dan kalau belum kena akan terus tak kena. Buah kundur kalau sesapa tak kenal, warnanya hijau lepas tu ada putih2 cam bedak kat luar dia. lebih kurang besar honey dew. Kat Giant dia tulis Lotus Root.

7. Mandi dengan air daun belimbing buluh (alaa... yang orang selalu masak lemak cili padi tu), sejukkan airnya selepas itu mandikan baby tu. Jgn campur air tu dgn air lain untuk sejukkan dia.

8. Mandi dengan rebusan air buah keranda. Pergi kekedai ubat cina,minta ubat untuk demam kuning atau jaundis( buah keranda tu) Buah tu bila direbus, akan bewarna kuning.

Untuk references lain, boleh rujuk di :
1.
Ratu Hati
2.
Bayi Kita

Thursday, December 11, 2008

Sakit Yang Mana Satu?

Kalau diberi pilihan, di antara sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut, yang mana satu secara 'rela' anda pilih?

Kalau aku, sakit kepala aku tak sanggup. Tekak terasa mual dan loya nak muntah. Bila muntah, mulalah rasa sebak dan sakit dada. Tambahan sakit kepala disebabkan migrain.. fuh lagilah. Rasa nak hantuk kepala di dinding.

Sakit gigi lagilah aku tak nak. Nak makan tak boleh, serba-serbi tak kena. Pantang bila ada orang buat bunyi bising sikit, mula rasa nak bagi penyepak je..

Secara rela. aku pilih sakit perut. Walaupun 'tugasnya' membuang je, tapi sekurang2 dalam jamban, boleh bawa majalah atau suratkhabar untuk dibaca. Yang paling best, boleh mengurangkan berat badan secara drastik.. kekeke.

Tapi hari ni aku tiada pilihan. Cuti hari ni (sempena Keputeraan Sultan Selangor) disia-siakan dengan terbaring di katil dan duduk di jamban. Aku kena sakit kepala & sakit perut serentak. Ini mesti bahana 'food poisoning'- kek coklat yang aku makan semalam... aduuuuuh...

Monday, December 1, 2008

Daddy Day Break @ Felda Sungai Klah Hot & Cold spring

Saturday, November-29-2008, Daddy bring Danial & Daim along with BSSRA team, went for family outing at Felda Sungai Klah Hot & Cold spring.
Yeah.. a little bid sad to leave mum & Darwisya at home.. but..hey! Daddy and the boys need a break too.. kekekeke.


Wherever we go, DiGi will always follow you!














Just wanna prove that boiling eggs only take 2 minutes.



















Saturday, November 22, 2008

I'm Back!

Yup! I’m back after 17 days offline and not blogging. A full 17 exhausting days to manage;

1. Baby girl – Darwisya Aqmar. She was admitted at PUSRAWI, Kota Damansara for jaundice. 4 days, 3 night ‘package’ to be exact.
2. The mum of Darwisya Aqmar who still weak after delivery.
3. My office workloads especially on projects delivery toward year end.

Now, daddy is back, ready for kick'n.
Fully loaded and inspired whenever come home from work, to see my heroes & heroin and the mum.
:-)



Wednesday, November 5, 2008

Breaking news: Finally.. It’s a Baby Girl!



CASE SUMMARY:

Date Of Delivery:
Tuesday; 4th Novemver 2008 @ 0030hrs
Location: Hospital Universti Kebangsaan Malaysia(HUKM), Cheras, Kuala Lumpur.
Baby was Delivered: Baby Girl, 2.25kg.

Baby name : Darwisya Aqmar.

Upon Discharged, mother is :
- Well and comfortable.
- No excessive PV Bleeding.
- Tolerating orally well
- Ambulating well

Upon Discharged, baby is :
- Well, Pink, Not jaundice
- +BO +PU
- Sucking well

Additional note:
Upon Discharged, father is :
- Physically & mentally exhausted, but healthy.
- Reported to experience insomnia symptom.
- Also being observed(by the nurses here) that father is quite busy seeking & reading articles on
*‘2nd child syndrome.

:-)

* note:
2nd child syndorme: satu keadaan bagaimana anak pertama atau kedua akan 'behave'(Psychology or physically) setelah menerima kehadiran baby baru dalam keluarga.