Advertisement -header

kunjungan

Monday, July 28, 2008

Thinking Outside The Box!

Ada satu malam tu, berkata Abah pada Umi:
"Tak kreatif betul lah para konspirator yang nak menjatuhkan DSAI ni.. balik2 isu sodomy, sodomy, sodomy. Guna le cara lain kalu yea pun.. Tak reti thinking 'outisde the box!' "

Masa ni, mula la anak-anak menyampuk;

Danial: Abah! apa tu thinking 'outisde the box' tu abah?

Abah: Think ‘outside the box’ tu maksudnya berfikir dari luar kebiasaan. Fikir lain dari yang lain.

Danial: Tak ‘paham’ la abah..

Abah: Macam ni. Nampak tak hair dryer ni ?

Danial & Daim: Nampak! Nampak!

Abah: Jadi, apakah kegunaan hari dryer ini?

Danial: Alaaaaa.... Abah ni.. untuk keringkan rambut umi lah..

Daim: Bukan lah bang! Itu untuk bagi kering badan Mikey Simon(kucing) kita.. lepas bagi mandi. Apelah abang ni..

Abah: Waaa.. bagus.. bagus.. lagi?

Danial: Ahh.. ahh.. ye la.. untuk keringkan ‘spender’ dengan stoking abah..

Abah: Hissy!.. pelan2 sikit nanti umi dengar...

Daim: Ahh.yea.. lepas tu nanti boleh main ‘tembak-tembak macam citer polis Gerak Khas tu kan abah?

Abah: Hah! Pandai pun…. Itulah maksudnya fikir ‘outside the box’…

Umi: Astagfirullahhualazim! Hancuss hair dryer umi.. ini abahnya ni yang ngajar ler ni…

Abah: kekekeke ;-)


Thursday, July 24, 2008

Dragon Ball...

Tu dia.. memang tak sabar-sabar dah, aku( errrr.. silap), anak-anak aku nak tonton Dragon Ball the movie. Aku..(eh, silap) anak-anak aku memang hardcore citer ni ... :-)

GOKU(Justin Chatwin)- sape lagi, kalu bukan hero citer ni.





PIKOR/PICCOLO(James Master) - Makhluk asing, dulu jahat, sebelum geng dengan Goku




YAMCHA(Joon Park) - budak nakal nih.

BULMA(Emmy Rossum) - Geng Goku nih.


MASTER ROSHI(Chow Yun Fatt) - Tok Guru yang ada hikmat kura-kura.. kekeke

CHI-CHI(Jamie Chung) - ni kira girlfriend Goku le nih...


Apa-apa pun.. nanti.. layan...

Wednesday, July 16, 2008

Kelas Bahasa(siri 2): Gaya Bahasa Perulangan

Cikgu: Ya… Assalamualaikum dan Selamat Hari-Hari murid-murid. Kalau dalam kelas bahasa yang lepas, kita belajar gaya bahasa perbandingan, hari ni cikgu nak ajar pulak gaya bahasa perulangan.

Apa itu Gaya Bahasa Perulangan murid-murid?
Ia merupakan perulangan kata, frasa dan klausa yang sama dalam suatu ayat atau karangan. Tujuan gaya ini ialah untuk menimbulkan kesan terhadap makna dan memberikan tekanan kepada bunyi atau ayat yang ingin disampaikan ole penulis atau pemidato.

Jadi, murid2 dah paham kan? Bagus... Kalau dah faham, ni cikgu nak bagi tugasan sekarang yea.. Ok. Berdasarkan siaran Rancangan Debat "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" malam tadi, cikgu nak murid2 dapatkan contoh2 ayat gaya bahasa perulangan.

Cikgu: Anuar, sila kemukakan contoh2 ayat gaya bahasa perulangan yang kamu dapat ‘tangkap’ dalam siaran Rancangan Debat malam tadi;

Anuar: Baik cikgu. Ini contoh-contoh dia:
1) Memperbetulkan pengurusan ekonomi malaysia kearah yg lebih bersih, cekap dan bersistematik.
2) Mengutamakan rakyat dalam segala pembahagian pendapatan khazanah negara.
3) Mengurangkan beban yg ditanggung rakyat kini dgn membuat penstrukturan semula.
4) membasmi masalah kebocoran, penyalahgunaan kuasa dan menjana projek2 yg membazir.
5) Penstrukturan IPP agar keuntungan Petronas dan TNB dapat bertambah serta mengurangkan kos operasi.
6) Akan bertanding dalam pilihraya dalam masa yang terdekat ini. InsyaAllah.

Cikgu: Laaaaa.. isyk.. isyk... isyk! Tak betul tu. Itu bukan contoh gaya bahasa perulangan lah Anuar. Itu fakta.

Cikgu: Baiklah.. Sabiry pula. Cuba bagi contoh2 ayat yang kamu dapat pulak..

Sabiry: Beres cikgu.. ini dia contoh-contoh nya.
1. Minyak di Venezuela, Iran, Iraq dan Norway.
2. Demonstrasi jalanan tahun 1974
3. Pendapat populis sifatnya.
4. Minyak ada kaitan dengan peristiwa IMF.
5. Berarak di jalan raya, dan demontrasi jalanan.
6. Kita bina sekolah dan jalan raya.
Jadi cikgu, kesemua pernyataan di atas saya dapati sering diulang-ulang oleh salah seorang pendebat, cikgu! Nampak seperti pendebat tu dah lupus idea, cikgu!

Cikgu: Hah! Pandai anak murid cikgu ni. Ini baru betul, gaya bahasa perulangan..
Dah faham kan murid-murid..? :-)

Tuesday, July 15, 2008

Malam ni Jadi Ke Tak?

The debate will be broadcast live at 9:00 PM on :
Tuesday, July 15th 2008.
TV9 - (ASTRO Ch 119)
Astro Awani - (ASTRO Ch 501)
Bernama.TV - (ASTRO Ch 502)
Aku tak berminat sangat nak ikuti debate tu... tapi lebih berminat nak tahu samaada 'ON' dan proses perjalanan debate tu nanti..
So IF 'on' ;
THEN debate tu akan berat sebelah(i.e. bias to Government)
WHERE
setiap hujah Anwar akan kerap 'diinterupt' or hijack my moderator
OR
ketika Anwar berhujah, semua siaran TV akan menyiarkan siaran iklan
OR
Anwar cuma dibenar berhujah selama 5 minit, manakala lawannya dapat berhujah 1 Jam
ELSE EOF
:-)

Monday, July 7, 2008

Bala Jangan Dicari, Berkat, Rezeki dan Redho Tuhan yang Patut dihampiri..

Kita orang Islam, hari-hari berdoa(especially dalam sembahyang) agar ditolak dari segala bala, bahaya dan malapetaka. Kita, kalau boleh, hari-hari doa mintak dibukakan pintu rezeki, dirberkati dan diredhai oleh Allah. Tapi... kat

Di, Malaysia minggu ni, lain pula ceritanya. Minggu ini dok sibuk nak cari 'Bala'... kekekekeke... haiyaaah!








Doa Tolak bala:
Ertinya: Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan dengan sesuatu dan ia mengutamakan aku dari banyaknya makhluk.

Saturday, July 5, 2008

Nak Kata Cerdik Tak Juga - (Part 2)



Hmmm...
Kalu nak merompak ka, nak menyamun ka sekali pun.. tengok-tengok jugaklah orang nya pun.

Ini, dah siap abang polis(customer) tu memperkenalkan diri sebagai polis, tetapi boleh deeed je.. kekekeke... hah! kan dah kantoi! Baca komen seterusnya di blog ni.

Kalu betul nak jadi penyamun, belajar dari filem 'Catch Me If You Can' ka, Ocean 11/12/13' ka, 'Italian Jobs' ka.. barulah nampak cerdik! Nampak grand! At least kalu masuk penjara pun, 'puas'. Haiiiiiiya.....