Advertisement -header

kunjungan

Wednesday, October 27, 2010

Dorani Bayu Resort (a.k.a. D’Muara Marine Park)

Saja je bawa family jalan2 & overnight 1 malam kat Dorani Bayu Resort Sabtu lepas.
Danial & Daim baru habis exam akhir tahun, so saja nak budak2 tu kasi 'release tension', bawa lah pi jalan2 tengok kampung orang.

Chalet ni kat Area Sungai Besar, Selangor. Dari Bukit Subang dalam 90km. Aku ambil jalan Puncak Alam, lepas tu terus je lah.. sampai Kuala Selangor-> Tanjung Karang->Sekinchan-> Sungai Besar.
Kalau lajak ke atas lagi (dalam 18km) sampai Sabak Bernam, lajak lagi, sampai Teluk Intan.

Kat Dorani Bayu Resort, aku ambil chalet terapung,tapi mengadap darat. Harga RM140 semalam. Bilik yang mengadap laut dah penuh. Harga bilik tu RM160.
Bilik, OK, puas hati, luas & bersih. Ada balkoni dan wide window mengadap laut.



Tandas OK, bersih. Yang tak OK water pressure tak kuat.









Aktiviti kat sini, selain daripada bersantai dan bermalas, boleh le memancing, atau kalu laut surut, boleh join pendudk kampung mencari siput laut/mentarang kat sini.







Pro: Tempat untuk relax, santai, nak memancing kira ok lah.
Con: Aku duk cari kedai ikan bakar.. Haram tak ada langsung kat area Sungai Besar. Yang ada pun, kedai makan depan Chalet, tapi dah tak buat ikan bakar...alasa: Sebab pekerja berhenti..hampeh!. Kita orang teroka sampai Bagan Nakhoda Omar, confirm, memang tak ada satu pun kedai ikan Bakar. Fail!
Next pit stop: Kuala Selangor-Bukit Melawati. Next post aku update.