Advertisement -header

kunjungan

Tuesday, December 22, 2009

Self Appraisal 2009

KPI(Key Performance Indicator) untuk diri sendiri for year 2009 memang agak memberansangkan. Tahun ni, allhamdulillah, dua kali naik stage..

Mid Year hari tu: FXMalay- "Warming-Up" competition.








Dec 2009 : Grand Dinner & Grand Competition FXopen/FXMalay..











Saturday, October 10, 2009

Belek-Belek: #2

[repeat statement]: Seronok bila sekali-sekala terlihat kelibat 'kaum-kerabat' aku di media atau di blog.
Hari tu Datuk Faizal. Kali ni cerita Sahibol Anwar lak..
Minggu lepas keluar kat Majalah-3. Bulan Mac hari tu kat paper Utusan Malaysia ruangan Mega.







Sunday, October 4, 2009

Beraya Kita Yob .. #1/3

Raya Pertama;
Selepas solat sunat, lepak dulu kat Tmn Long Jaafar sampai tengahari.
Lepas Zohor terus bergerak ke Parit Buntar sat jengok Mak sedara.
Lepas Asar, dah tak tahu nak buat apa, terus ke Penang. Gila apo, konon2 nak cari Rojak/Pasembur Padang kota(baru). Mujur ada satu kedai bukak. So we all berkampung kat Padang Kota Baru(Jln Gurney) sampai Magrib.. kekeke










Kak Chik sampai haus giler, habis air milo separuh gelas di teguk.
Coming next: Beraya Kita Yob ..#2/3

Wednesday, August 26, 2009

Aku.. Bukanlah Superman..


Aku bukanlah Superman... tetapi aku adalah Sallehman, yang memenangi kerusi PRK(DUN) Permatang Pasir.

Dengan, kejayaan ini , Sallehman telah menyertai Abahman dalam league 'The Ultimate Superheroes'..


:-)

Sunday, July 26, 2009

Pagi Ahad Yang Gila..

Pagi Ahad, bangun jam 10pagi. Perut rasa lapar. Atas meja dapur cuma ada pinggan kosong. Umi ajak pegi Mydin-USJ, nak beli barang dapur(maklumkah orang gomen, gaji dah masuk.. kekekeke).. Aku, anak2 & bibi, apa lagi.. Jom!

Sampai Mydin, Umi buat annoucement.." Semua nak makan & minum free tak?"
Apa lagi, aku, anak2 & Bibi dengan pantas cakap.. "Nak!" Hehehehe.. ingat Umi nak belanja le tu..

Umi : "Jom masuk Mydin.. kita pi ke section makanan... Nah, nampak tak tu.. banyak stall tengah sediakan sample makanan & minuman. Apa lagi.. serbu..serbu.."

Aku : "Chit! Ini macam orang pun ada ka? Haiyaah!.. hmm hantam sajalah. Perut dah lapar..ni"
:-)


Meh rasa air Kopiko free!

Nih.. makan Kokocrunch lak.. boleh amik 3-4 kali kalau tak kenyang lagi.

Umi: "Daim.. Your mission, ambil instant pasta tu.. Ambik lebih sikit.. Abah & Umi nak makan nih..




Umi: " Semua dah haus kan.. Mari sini, kita minum dulu, air kopi Bru freeee..!"



Dah kenyang 'makan free' kat Mydin-USJ, kita pi IKANO, Damansara lak.. kasi budak2 + sepupu+poyang layan kreativiti masing-masing.. kekekeke


Wednesday, July 8, 2009

Belek-Belek: #1

Seronok bila sekali-sekala terlihat kelibat 'kaum-kerabat' aku di media atau di blog.

Faizal ni satu sekolah dengan aku dulu ni kat Bainun, Ipoh.
Read more here;

err.. satu lagi Rocky Bru sama ada lupa atau memang tidak tahu. Faizal kan Ketua Pemuda(atau naib ketua pemuda) Umno Selangor? haizz..

Saturday, June 20, 2009

My Fair Lady...

Sequel to my An Officer And A Gentlemen which I posted on May 2008, now here come: My Fair Lady.. :-)



"Lady In Red"...








"Honey Beeezz.."



Wednesday, June 17, 2009

Hai.. Senangnya Dalam Hati, Kalau...

'Madu Tiga' in swing version from the master genius - Ahmad Dhani (The Rock).


Which one you all preferred? Yang 'swing' version kah atau yang original version?


;-)

Monday, June 8, 2009

Fishing @ Pulau Sayak, Kedah

Saturday, 6th Jun;

First time fishing trip ke tengah laut. Sebelum ni asyik tepi pantai or kolam je. This time around, set dengan Oni untuk pi tengah Laut, area Pulau Sayak, dekat-dekat Sungai Petani. Memang puas, untuk 'newbie' mcm aku, kurang puas Oni sebab hajat nak layan tenggiri tak dapat... kekekeke..


Kat atas tu.. ikan jenahak.

Kat atas ni, ikan senagin.. Buat masak tiga rasa.. seeeeeedap!


Hasil memancing hari tu.. selepas berbahagi hasil tangkapan antara kami berlima, cukup simpanan dalam fridge untuk 2 minggu.. kekekeke..;-)

Tuesday, May 12, 2009

Alif Mim Nun Wau = Sarkas daa... (revisit)

Minggu ni aku seronok tengok sarkas.
Tak payah keluar rumah pun.. tengok kat TV je, Sarkas kat Perak..

Pada 24-Ogos 2008 pun aku dah post topik pasal ni. Saja aku gatai-gatai nak post balik

Mari kita revisit balik.. .. muahahahaha.. :-()

..



Thursday, May 7, 2009

Buy 1 get 1 Free..

Thursday; 7 May-2009; 1:30pm..

Saya selaku warganegara jati Negeri Perak berasa amat berbangga, kerana inilah satu-satunya negeri di dalam Malaysia, rakyat negerinya memperolehi, tawaran istimewa ketika mengundi di PRU yang lalu, 'package' Buy 1 Get 1 Free;


2 Menteri Besar.
2 Kerajaan.
2 Speaker.
2 Dewan Undangan Negeri.

Korang dari negeri lain, tak usah jelous aaa..

;-)


Wednesday, April 22, 2009

The Golden Number

Nak sembang sikit pasal Fibonacci(fibo). Untuk traders, tak kisah lah sama ada trade saham ke, future ke, CPO ke , Forex ke, banyak yang tak ambil peduli pasal fibo ni.
Bagi admin lah, this is one of the best technical analysis beside pivot, Elliot wvae dan lain-lain.

So.. Apa ke bendanya fibonacci ni?
Ringkas je admin nak cerita kat sini.. sebab yang detail boleh google sendiri.


1. Fibonacci atau nama pendek nya FIBO; ialah teori mengenai angka-angka keseimbangan alam.
Angka-angka keseimbangan alam inilah yang digelar the “Golden Number”. Ada juga yang mengelar Golden Ratio. Samalah tu.


2. Mengikut catatan ilmuan barat, teori Fibonacci ditemui oleh (konon nya lah) Leonardo Fibonacci. Sebab tu teori ini dinamakan Fibonacci.



4. Namun, mengikut 'Tok Guru' admin pula, sebenarnya seorang ilmuan Islamlah yang menjumpai teori angka keseimbangan alam ini ; iaitu Al-Majriti atau nama penuhnya Abu Al-Qasim Maslamah Bin Ahmad, di Baghdad(dulu dikenali Andalusia) pada tahun 1175 Masehi.

So, apa itu Goden Number(ratio) ni?
1. Teori ini mengatakan, jika dicampurkan 2 angka sebelum nombor tersebut, jumlahnya akan menyamai nombor tersebut.
Contoh;

1 + 0 = 1
1 + 1 = 2
2 + 1 = 3
3 + 2 = 5
5 + 3 = 8
...seterusnya lah ke infinity ...

Maka, jika disusun nombor-nombor tadi, jadilah satu siri nombor;

1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, …..

2. Ratio atau nisbah yang terhasil apabila nombor tersebut dibahagi dengan immediate nombor selepasnya adalah seperti di bawah;

1 / 2 = 0.5
2 / 3 = 0.666667
3 / 5 = 0.625
5 / 8 = 0.625
8 / 13 = 0.615385
...seterusnya lah ke infinity

3. Selepas 3, nisbah akan sentiasa ~ 0.625. Selepas 8, 9, nisbah akan sentiasa ~ 0.618.
Seterus, akan ada ~61.8, 100, ~161.8 dan seterusnya.

0.618%, 61.8%, 161.8% inilah yang dipanggil Golden Ratio.

4. Dalam analsis teknikal, Golden ratio ini penting untuk mengetahui retracement level (61.8%) atau expansion level (161.8%). Para traders memang menunggu level ini selain pivot point.

Tapi admin tak nak cerita detail pasal ni, nanti ‘pecah' kepala korang. Sebab Fibo dalam analisa teknikal ada 3 jenis, Fibo Line, Fibo Fan dan Fibo Spriral.   Tetapi, tentulah yang paling popular dan favorite admin adalah Fibo Line.



Admin nak relate fibo ni kepada kejadian alam.

Golden Number(Ratio) in bermaksud, sekiranya kitaran alam telah penuh dan lengkap(yakni 100%), maka ia pasti menuju kearah keseimbangan alam, iaitu expand/atau membesar ke 161.8% atau mengecut ke 61.8%.

Kejadian Bunga.Cuba perhatikan kejadian pusaran bunga Matahari(misalnya) yang mula mekar atau mengembang. Ia pasti melalui urutan berikut; dari 61.8% -> 100% dan menuju 161.8%.

Kejadian Gunung- Ganang.Sebelum meneruskan pendakian, pasti berlaku retracement (dalam kes ini penurunan) sebelum meneruskan pendakian. Perhatikan, ada persamaan dengan carta saham atau forex bukan?
Kejadian Lebah.Cuba perhatikan dalam satu sarang(komuniti) jika dibahagikan bilangan lebah jantan dengan betina, jawapannya adalah sekitar 1.618%.
Hmm.. kalau anda sanggup mengira dan sanggup kena sengat, teruskan niat murni anda.. hehehe :-)

Ok, kita cuba yang senang sikit;

Kejadian tubuh manusia;Cuba ukur dari bahu anda ke hujung jari anda, kemudian jarak ini dibahagikan pula dengan jarak di antara siku anda ke hujung jari anda, atau ukur jarak dari hujung kepala anda hingga ke hujung kaki anda, kemudian jarak ini dibahagikan pula dengan jarak pusat anda dengan hujung kaki anda, adakah hasil kedua-dua jawapan ini sama di sekitar angka 1.618 ?


Bagaimana pula ukuran muka manusia? Jarak ratio hidung ke hujung kepala?


Kejadian Buah NenasMasa kecil, jumlah petak kulit nenas ialah 8.
Masa sederhana besar, jumlah petak kulit nenas ialah 13.
Bila cukup besar, jumlah petak kulit nenas ialah 21.
Ratio, apabila nombor tersebut dibahagi dengan immediate nombor selepasnya adalah menghampiri 0.618% bukan?

Kejadian Piano
Tak perlu cakap banyak. Ilustrasi kat bawah sudah cukup menerangkannya.

Golden Number ini hampir tidak dapat kita elakkan di alam semesta ini.

Dan ini penemuan yang menakjubkan pada tahun 2009.
Koordinat kedudukan Kota Mekah ialah pada Golden number : 1.618% !
Seperti yang admin cerita pada post admin sebelum ini,  mengenai Kaabah terletak di pusat bumi..

Penemuan terbaru yang telah dikongsikan ini di youtube pada September 2009...


Monday, March 23, 2009

Finally, Yang Ku Cari Akhirnya Jumpa Juga..


Baru lepas layan citer Los & Faun di Astro Box Office.
Finally, dapat jugak aku tengok filem penyiasatan/thriller Melayu yang ada unsur ilmiah.
‘Ilmiah’ maksudnya sisatan yang dijalankan dihuraikan dengan fakta yang detail & nampak logik. Bukan main hantam je macam cerita Gerak Khas yang haprak tu. Bukan macam cerita siasatan yang kosong fakta macam Mat Gelap, Lady Boss atau Senario-Pemburu Emas Yamashita tu.

Sebelum ni, fakta-fakta ilmiah hanya terdapat dalam beberapa kerat novel-novel thriller Melayu je. Yang aku tahu penulis Ramlee Awang Murshid dalam novel ADAM, Mandatori dan novelnya yang terkini: Mikhail.



Lost & Faun ni bagi aku ada gabungan cerita CSI & Detektif Conan. So, macam biasa, tak nak bagi spoiler, kalau ada masa korang layan sendiri cerita ni..