Advertisement -header

kunjungan

Wednesday, April 22, 2009

The Golden Number

Nak sembang sikit pasal Fibonacci(fibo). Untuk traders, tak kisah lah sama ada trade saham ke, future ke, CPO ke , Forex ke, banyak yang tak ambil peduli pasal fibo ni.
Bagi admin lah, this is one of the best technical analysis beside pivot, Elliot wvae dan lain-lain.

So.. Apa ke bendanya fibonacci ni?
Ringkas je admin nak cerita kat sini.. sebab yang detail boleh google sendiri.


1. Fibonacci atau nama pendek nya FIBO; ialah teori mengenai angka-angka keseimbangan alam.
Angka-angka keseimbangan alam inilah yang digelar the “Golden Number”. Ada juga yang mengelar Golden Ratio. Samalah tu.


2. Mengikut catatan ilmuan barat, teori Fibonacci ditemui oleh (konon nya lah) Leonardo Fibonacci. Sebab tu teori ini dinamakan Fibonacci.



4. Namun, mengikut 'Tok Guru' admin pula, sebenarnya seorang ilmuan Islamlah yang menjumpai teori angka keseimbangan alam ini ; iaitu Al-Majriti atau nama penuhnya Abu Al-Qasim Maslamah Bin Ahmad, di Baghdad(dulu dikenali Andalusia) pada tahun 1175 Masehi.

So, apa itu Goden Number(ratio) ni?
1. Teori ini mengatakan, jika dicampurkan 2 angka sebelum nombor tersebut, jumlahnya akan menyamai nombor tersebut.
Contoh;

1 + 0 = 1
1 + 1 = 2
2 + 1 = 3
3 + 2 = 5
5 + 3 = 8
...seterusnya lah ke infinity ...

Maka, jika disusun nombor-nombor tadi, jadilah satu siri nombor;

1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, …..

2. Ratio atau nisbah yang terhasil apabila nombor tersebut dibahagi dengan immediate nombor selepasnya adalah seperti di bawah;

1 / 2 = 0.5
2 / 3 = 0.666667
3 / 5 = 0.625
5 / 8 = 0.625
8 / 13 = 0.615385
...seterusnya lah ke infinity

3. Selepas 3, nisbah akan sentiasa ~ 0.625. Selepas 8, 9, nisbah akan sentiasa ~ 0.618.
Seterus, akan ada ~61.8, 100, ~161.8 dan seterusnya.

0.618%, 61.8%, 161.8% inilah yang dipanggil Golden Ratio.

4. Dalam analsis teknikal, Golden ratio ini penting untuk mengetahui retracement level (61.8%) atau expansion level (161.8%). Para traders memang menunggu level ini selain pivot point.

Tapi admin tak nak cerita detail pasal ni, nanti ‘pecah' kepala korang. Sebab Fibo dalam analisa teknikal ada 3 jenis, Fibo Line, Fibo Fan dan Fibo Spriral.   Tetapi, tentulah yang paling popular dan favorite admin adalah Fibo Line.



Admin nak relate fibo ni kepada kejadian alam.

Golden Number(Ratio) in bermaksud, sekiranya kitaran alam telah penuh dan lengkap(yakni 100%), maka ia pasti menuju kearah keseimbangan alam, iaitu expand/atau membesar ke 161.8% atau mengecut ke 61.8%.

Kejadian Bunga.Cuba perhatikan kejadian pusaran bunga Matahari(misalnya) yang mula mekar atau mengembang. Ia pasti melalui urutan berikut; dari 61.8% -> 100% dan menuju 161.8%.

Kejadian Gunung- Ganang.Sebelum meneruskan pendakian, pasti berlaku retracement (dalam kes ini penurunan) sebelum meneruskan pendakian. Perhatikan, ada persamaan dengan carta saham atau forex bukan?
Kejadian Lebah.Cuba perhatikan dalam satu sarang(komuniti) jika dibahagikan bilangan lebah jantan dengan betina, jawapannya adalah sekitar 1.618%.
Hmm.. kalau anda sanggup mengira dan sanggup kena sengat, teruskan niat murni anda.. hehehe :-)

Ok, kita cuba yang senang sikit;

Kejadian tubuh manusia;Cuba ukur dari bahu anda ke hujung jari anda, kemudian jarak ini dibahagikan pula dengan jarak di antara siku anda ke hujung jari anda, atau ukur jarak dari hujung kepala anda hingga ke hujung kaki anda, kemudian jarak ini dibahagikan pula dengan jarak pusat anda dengan hujung kaki anda, adakah hasil kedua-dua jawapan ini sama di sekitar angka 1.618 ?


Bagaimana pula ukuran muka manusia? Jarak ratio hidung ke hujung kepala?


Kejadian Buah NenasMasa kecil, jumlah petak kulit nenas ialah 8.
Masa sederhana besar, jumlah petak kulit nenas ialah 13.
Bila cukup besar, jumlah petak kulit nenas ialah 21.
Ratio, apabila nombor tersebut dibahagi dengan immediate nombor selepasnya adalah menghampiri 0.618% bukan?

Kejadian Piano
Tak perlu cakap banyak. Ilustrasi kat bawah sudah cukup menerangkannya.

Golden Number ini hampir tidak dapat kita elakkan di alam semesta ini.

Dan ini penemuan yang menakjubkan pada tahun 2009.
Koordinat kedudukan Kota Mekah ialah pada Golden number : 1.618% !
Seperti yang admin cerita pada post admin sebelum ini,  mengenai Kaabah terletak di pusat bumi..

Penemuan terbaru yang telah dikongsikan ini di youtube pada September 2009...