Hari tu Datuk Faizal. Kali ni cerita Sahibol Anwar lak..
Minggu lepas keluar kat Majalah-3. Bulan Mac hari tu kat paper Utusan Malaysia ruangan Mega.

Inside My head. On the move Bro... On the move...


Nih.. makan Kokocrunch lak.. boleh amik 3-4 kali kalau tak kenyang lagi.
Umi: "Daim.. Your mission, ambil instant pasta tu.. Ambik lebih sikit.. Abah & Umi nak makan nih..




Kat atas ni, ikan senagin.. Buat masak tiga rasa.. seeeeeedap!
Hasil memancing hari tu.. selepas berbahagi hasil tangkapan antara kami berlima, cukup simpanan dalam fridge untuk 2 minggu.. kekekeke..;-)
Thursday; 7 May-2009; 1:30pm..
4. Now, mengikut Tok Guru aku pula, sebenarnya seorang ilmuan Islamlah yang menjumpai teori angka keseimbangan alam ini ; iaitu Al-Majriti atau nama penuhnya Abu Al-Qasim Maslamah Bin Ahmad, di Baghdad(dulu dikenali Andalusia) pada tahun 1175 Masehi.
So, apa itu Goden Number(ratio)?
1. Teori ini mengatakan, jika dicampurkan 2 angka sebelum nombor tersebut, jumlahnya akan menyamai nombor tersebut.
Contoh;
1 + 1 =2
1+ 2 = 3
2+3 = 5
3+5 = 8
...seterusnya lah ke infinity
Maka, jika disusun nombor-nombor tadi, jadilah satu siri nombor;
1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, …..
2. Ratio atau nisbah terhasil, apabila nombor tersebut dibahagi dengan immediate nombor selepasnya;
1 / 2 = 0.5
2 / 3 = 0.666667
3 / 5 = 0.625
5 / 8 = 0.625
8 / 13 = 0.615385
...seterusnya lah ke infinity
3. Selepas 3, nisbah akan sentiasa ~ 0.625. Selepas 89, nisbah akan sentiasa ~ 0.618.
Seterus, akan ada ~61.8, 100, ~161.8 dan seterusnya.
0.618%, 61.8%, 161.8% inilah yang dipanggil Golden Ratio.
4. Dalam analsis teknikal, Golden ratio ini penting untuk mengetahui retracement level (61.8%) atau expansion level (161.8%). Para traders memang menunggu level ini selain pivot point.
Tapi aku tak nak cerita detail pasal ni, nanti ‘pecah' kepala korang. Sebab Fibo dalam analisa teknikal ada 3 jenis, Fibo Line, Fibo Fan dan Fibo Spriral. But, of course yang paling popular dan favorite aku adalah Fibo Line.
Aku nak relate fibo ni kepada kejadian alam.
Golden Number(Ratio) in bermaksud, sekiranya kitaran alam telah penuh dan lengkap(yakni 100%), maka ia pasti menuju kearah keseimbangan alam, iaitu expand/atau membesar ke 161.8% atau mengecut ke 61.8%.
Kejadian Bunga.
Cuba perhatikan kejadian pusaran bunga Matahari(misalnya) yang mula mekar atau mengembang. Ia pasti melalui urutan berikut; dari 61.8% -> 100% dan menuju 161.8%.
Kejadian Gunung- Ganang.
Sebelum meneruskan pendakian, pasti berlaku retracement (dalam kes ini penurunan) sebelum meneruskan pendakian. Perhatikan, ada persamaan dengan carta saham atau forex bukan? Kejadian Lebah.
Cuba perhatikan dalam satu sarang(komuniti) jika dibahagikan bilangan lebah jantan dengan betina, jawapannya adalah sekitar 1.618%.
Hmm.. kalu anda sanggup mengira dan sanggup kena sengat, teruskan niat murni anda.. kekekek :-)
Ok, kita cuba yang senang sikit;
Kejadian tubuh manusia;
Cuba ukur dari bahu anda ke hujung jari anda, kemudian jarak ini dibahagikan pula dengan jarak di antara siku anda ke hujung jari anda, atau ukur jarak dari hujung kepala anda hingga ke hujung kaki anda, kemudian jarak ini dibahagikan pula dengan jarak pusat anda dengan hujung kaki anda, adakah hasil kedua-dua jawapan ini sama di sekitar angka 1.618 ?
Bagaimana pula ukuran muka manusia? Jarak ratio hidung ke hujung kepala?
Kejadian Buah Nenas
Masa kecil, jumlah petak kulit nenas ialah 8.
Masa sederhana besar, jumlah petak kulit nenas ialah 13.
Bila cukup besar, jumlah petak kulit nenas ialah 21.




Wherever we go, DiGi will always follow you!

Hujah di atas, diperkuatkan lagi dengan artikel yang aku perolehi daripada jiran aku ‘Nor Azlan Baharum’ berkaitan electromagnectism.
Diceritakan, setiap hari badan manusia(tanpa disedari) mendapat arus magnetik melalui perkakasan elektrik seperti handphone, computer, tv, radio, microwave oven, lampu neon, dll. Sesuatu yang tidak dapat anda elakan dalam kehidupan seharian, kan?
Sebab tu lah terjadinya symptom migrain, letih, lesu dan malas ni.
So macamana nak discharge tenaga elektrik berlebihan dalam badan manusia ni?
Seperti kaedah wiring atau grounding pada bangunan2, di mana terdapat wayar yang disalurkan ke bumi untuk menyahcajkan tenaga elektrik berlebihan ke bumi, kajian di Eropah(hmmm… tidak pula dinyatakan siapa, journal apa, or dari mana) mendapati manusia hanya perlu menyentuh dahi mereka ke bumi beberapa kali dalam sehari, untuk menyahcajkan tenaga elektrik berlebihan dalam badan.
Dalam Islam, teknik ini dikenali sebagai sujud ketika solat wajib 5 waktu sehari!!! Jikalau anda perasaan, teori 'electromagnectism' ini digarap dengan cukup menarik dalam siri TV Lost. Ni yang tak sabar2 nak tunggu Lost season 5 nih....
Ini pula namannya - 'Nasi Campur Ole-Ole'. Ramuannya: Prawn, squid, fish, sate lilit, chicken rendang, keropok, sambal terusi, sambal matah, kangkung goreng. Harga: RM31
Yang ini habuan Danial & Daim. Namanya- 'Ole-Ole Bali Big Burger'. Harga RM21. 2 orang makan, belum tentu boleh habis..
Overall rating, aku bagi 4/5. Puas, sebab bini belanja makan.. selamat duit aku.. kekeke.. ;-)
Ada sekali tu, lepas berbuka puasa, kami anak-beranak solat maghrib berjamaah.
Selepas solat, aku dalam keadaan dah ‘mamai’(mengantuk) sebab perut kekenyangan pun membaca lah doa:
Abah: Bismillahhirrahmannirrahim, Alhamdulillah hirabbillalamin, wassala……
Abah: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami,
Umi & anak-anak: Aaaamin!
Abah: Dosa kedua-dua ibu bapa kami,
Umi & anak-anak: Aaaamin!
Abah: Dosa kedua-dua anak-anak kami,
Umi & anak-anak: Aaaamin!
Abah : Dosa kedua-dua isteri kami… oops! Tersasul le pula.. kantoi!
Umi: Aaaaa... erk! Hah!.. mula le tuh!
Habis malam tu kena bebel dengan bini aku... kekeke.
Moral of the story: Sapa suruh makan banyak sangat masa berbuka sampai tak ingat dunia? Bila nak solat maghrib mulalah hati tu ke mana, fikiran melayang ke mana..
kikikik... :-)