Advertisement -header

kunjungan

Tuesday, October 28, 2008

One For All, And All For One...

Kajian saintifik mengatakan badan manusia menghasilkan caj-caj electrik ketika badan bergerak. Kerana dengan caj2 elektrik inilah otak manusia mampu befikir, otot-otot mampu bergerak selari dengan fikiran. Tetapi, side effectnya ialah bila badan manusia mengalami overflow caj elektrik ini mengakibatkan manusia mengalami masalah migrain seperti dalam post aku yang terdahulu. Sudahlah badan bergerak menghasilkan caj elektrik, ditambah pula dengan arus magnetik melalui handphone, tv dah sebagainya.

Sebab tu, salah satu yang indahnya tentang Islam ini ialah disunatkan sangat-sangat supaya mengerjakan solat secara berjemaah. Dan nak solat berjamaah ni mestilah tertib. Tertib macam mana? Melurus dan merapatkan saf, bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit.
Bila badan bergeseran dengan jemaah disebelah kiri dan kanan, tubuh badan ahli jamaah akan mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dari tubuh badan rakan dalam solat. Masing masing akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akanditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan yang lain. Pada masa yang sama, jemaah menghadap ke kiblat yang merupakan pusat magnet akan mempengaruhi kedudukan cas tersebut. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif dan negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.

Unik kan?

Wednesday, October 22, 2008

Journey To The Center Of The Earth.

Dalam satu artikel di sebuah forum(korang cari lah sendiri) ada menulis mengenai Ka’Bah merupakan pusat bumi.

Di mana, di tengah-tengah bumi, di antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang digelar ‘Zero Magnectism Area’. Ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama kuat di antara kedua kutub.

*Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged berulang oleh suatu tenaga misteri.

*Fakta ini perlukan kajian dan pembuktian.


Hujah di atas, diperkuatkan lagi dengan artikel yang aku perolehi daripada jiran aku ‘Nor Azlan Baharum’ berkaitan electromagnectism.

Diceritakan, setiap hari badan manusia(tanpa disedari) mendapat arus magnetik melalui perkakasan elektrik seperti handphone, computer, tv, radio, microwave oven, lampu neon, dll. Sesuatu yang tidak dapat anda elakan dalam kehidupan seharian, kan?

Sebab tu lah terjadinya symptom migrain, letih, lesu dan malas ni.

So macamana nak discharge tenaga elektrik berlebihan dalam badan manusia ni?

Seperti kaedah wiring atau grounding pada bangunan2, di mana terdapat wayar yang disalurkan ke bumi untuk menyahcajkan tenaga elektrik berlebihan ke bumi, kajian di Eropah(hmmm… tidak pula dinyatakan siapa, journal apa, or dari mana) mendapati manusia hanya perlu menyentuh dahi mereka ke bumi beberapa kali dalam sehari, untuk menyahcajkan tenaga elektrik berlebihan dalam badan.

Dalam Islam, teknik ini dikenali sebagai sujud ketika solat wajib 5 waktu sehari!!!

Jikalau anda perasaan, teori 'electromagnectism' ini digarap dengan cukup menarik dalam siri TV Lost. Ni yang tak sabar2 nak tunggu Lost season 5 nih....

Friday, October 10, 2008

Ooooo Yeah!.. MNP Is Around The Corner!

What else you waiting for? Mobile Number Portablity(MNP) is here.
Come! Mari le ramai-ramai switch line to DiGi.


Switching can be done di mana-mana DiGi Centres, DiGi Specialised Stores and DiGi Platinum outlets...
Mari-mari.. mari mengkayakan Company aku... kekkeke..
;-)

Sunday, October 5, 2008

Bosan Dengan Ucapan Selamat Hari Raya Yang Skema...

Saban tahun, kita asyik dihidangkan dengan ucapan selamat hari Raya yang dah biasa sangat. Terlalu skema. Baik di halaman akhbar mahupun di TV.
Balik-balik ucapan seperti ini:
"Saya Helmi bin Dolmat, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada keluarga saya yang menetap di Tampoi, dan ibu-bapa saya yang berada di Sintok, Kedah. Tahun ni Helmi tak dapat balik sebab terpaksa bertugas..." macam tu lah lebih kurang.

Aku dah bosan ler.. asyik2 nada ucapan yang sama je. Dah basi beb! Tak ramai pun nak dengar ucapan macam tu lagi...
Kita perlukan pembaharuan. Akhbar2 dan Media TV perlu dirombak supaya dapat memberi 'kelainan' dalam penyampaian ucapan2 Selamat Hari Raya ni.

Media2 perlu siarkan ucapan2 yang sensasi dan kontroversi yang mampu meraih minat para pembaca dan penonton.

Contoh:
" Saya *Che Azmi bin Che Leh, beserta isteri dan anak-anak saya di Pantai Remis, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin kepada isteri ke-2 saya Milah serta anak-anak Milah yang berada di Bachok, Kelantan. Tidak lupa mak-bapak mertua sebelah isteri kedua saya. Dengan ucapan, tahun ni giliran Che Azmi beraya dengan isteri pertama. Harap Milah bersabar untuk giliran Milah raya tahun depan yea.."

* Nama samaran. Tiada kaitan kepada yang hidup atau yang mati.

;-)