Advertisement -header

kunjungan

Tuesday, May 27, 2008

An Officer and a Gentleman

Ini post aku untuk minggu ni, sebelum aku berangkat esok untuk cuti-cuti Malaysia di Terengganu & Cherating.

AngkasaOne;



License To Hunt.






Gummy Bear



Hatiku di Harajuku - Ramlee Awang Murshid



Thursday, May 22, 2008

An Enemy Of My Enemy Is My Friend

*Picture from The Star Online
Menarik sungguh mengikuti espisod politik Malaysia musim ini. Pak Lah vs Che Det memang seperti permainan buat catur. Kedua-dua memang dalam desperate measure sekarang.

Che Det telah memulakan langkah desperate dengan Keluar UMNO. Memang dalam bab ni Che Det memang genius. Che Det memang damn ’good’ with his backup plan. Aku tabik spring pada Che Det.

Sekarang giliran Pak lah untuk mengatur langkah desperate measure dia. Soal nya sekarang apakah langkah deperate measure Pak Lah? Nak bawa masuk Ezam kembali dalam UMNO? Or ‘berpakat dengan de-Facto BR leader - Anwar Ibrahim?

Ya memang gila, tapi tidak mustahil ‘An Enemy Of My Enemy Is My Friend’, remember? Sebab gila lah banyak orang/company berjaya. Ingat lagi ‘Blue Ocean’ strategy yang aku citer dulu?


1. Sebab Tony Fernandes yang ‘gila’ lah yang telah melancarkan tambang murah untuk pernerbangan Air Asia menyebabkan MAS ‘meroyan’ sekarang.

2. Sebab owner Starbuck, Cofee bean, Old Town Coffee shop dll yang ‘gila’ lah yang menawarkan harga secawan kopi RM3 – RM8 lebih berjaya dari warung2 kopi(yang murah) tepi jalan.

3. Sebab adik aku yang 'gila' lah dengan design jamban –Eco Toilet sehingga siap terbina megah di Balai Cerap Negara (Angkasa under MOSTI) Office kat Bukit Malud Langkawi, Kedah.

Jadi, tak mustahil Pak Lah berkrompomi dengan Anwar.
Hmm…. ‘Pak Lah–Government in questioning and Anwar–Government in waiting.

When desperate measure come in a desperate time.. what will happen?
Lu orang pikir le sendiri... Let see ke mana citer ni akan pergi.

Tuesday, May 20, 2008

Bapa Sudah, Mak pun dah Sudah, Anak?


Tun Mahathir dah keluar UMNO. Isterinya- Dr Siti Hasmah pun dah keluar. Anak dia pulak-Mukhriz ada berani ke? Berani ke nak kosongkan kerusi MP Jerlun?
Kalu berani. berebut2 le pulok nanti DAP/PAS/PKR nak letak calon baru..
Mari kita saksikan episod seterusnya dalam drama 'Bapa Sudah, Mak pun dah Sudah, Anak?'
muahahahaha...
----------------------------
#Updated: as of 7:00pm today, Mukhris tetap bersama UMNO.
Hai melepas le satu kerusi Jerlun...

Sunday, May 18, 2008

Indiana Jones And The Lost Coin

Dalam post aku 'Brad Pitt vs Dentist' sebelum ni aku dah cerita, mengikut pesan 'tok guru'
"sekalipun satu ketika nanti anda mungkin rugi, anda tetap ada 1 sen sebagai modal untuk kembali menongkah ke depan!"

Hah! Kan dah betul pesanan tu!

2-3 minggu lepas, aku belek kat sebuah forum. Ada forumer menawarkan;
* RM100 bagi membeli setiap keping duit syiling Malaysia 1 sen tahun 1976.
* RM50 bagi membeli setiap keping duit syiling Malaysia 10 sen tahun 1971.

Apa lagi, malam tu gak, aku korek balik tabung lama aku, selongkar almari dan laci bilik anak-anak aku, akhir nya jumpa la juga sekeping duit syiling 1 sen-tahun 1976. Yang 10 sen pulak, aku cuma jumpa tahun 1969 je.


Tapi kenapa 1 sen tahun 1976, dan 10 sen tahun 1971?
Aku buat research sikit, and ni jawapan dia.
Syiling 1 sen 1976 adalah keluaran terhad Bank Negara Malaysia(BNM). Tapi tak diketahui jumlahnya. Belakang syiling tu adalah gambar Parlimen, bukannya rebana seperti syiling 1 sen yang lain. Di keluarkan dalam 2 jenis. (1) .copper-clad-steel atau (2). bronze Harga yang bronze lagi mahal. Boleh cecah RM1,000. Lagi pun penggunaan 1 sen semakin berkurangan sejak 1 May 2008 sebab GST polisi - mekanisme penggenapan tu.

Syiling 10 sen 1976 pula juga terhad, kerana Mintage (keluaran) nya hanyalah 32,236 keping.

Aku buat research lagi. Rupanya kat e-bay ada orang menawarkan sehingga RM500 untuk syiling 1 sen-1976! RM80-RM100 untuk 1 sen-1971!

Hehehe.. aku tak nak beri direct link(sebab nanti hangpa 'overtake' aku). Pandai2 le korang google kat ebay ke, lelong dot com ke...

Aku research lagi and jumpa info pasal syiling Malaysia 10 sen tahun 1981. Read more here.

Kat bawah, adalah koleksi pribadi duit lama aku. Mana tahu, kut2 lepas ni ada permintaan pulak untuk duit2 ni.. Syiling RM1 Malaysia dalam koleksi aku sekarang. BNM dah tak keluarkan lagi syiling RM1.

Duit kertas RM1 lama.

Beberapa koleksi syiling negara-negara lain.

So, jika anda ada resonable offer untuk memiliki duit2 lama tu, boleh le contact aku.

P/S: Sekarang dah bertambah satu lagi hobi: Ternak kambing kecil-kecilan, and old coins collector. Macam Indiana Jones le pulok...... warkh kah! kah! kah!

Thursday, May 15, 2008

Gores dan Menang? Gores Muka Kau!!!

Ok.. Since kaum kerabat aku dah bawa topik pasal skim 'Gores & Menang' ni, terpanggil le pulak aku nak bagi tips & comment sikit.

Kita tahu, modus operandinya yang suka aprroach orang yang especially golongan Mak Cik, Pak Cik. Lokasinya pulak kat area parking Hypermarket Tesco, Giant , Carefour dll lah.
Macam petikan cerita kat bawah ni:
"25th April 08 6.30pm, ada sekumpulan 4 orang remaja Cina, 1 perempuan, 3 lelaki lepak kat depan The Store Semenyih. aku nampak diorang bawak beg dgn pegang kertas macam voucher, aku buat bodoh dan masuk je.. lepas keluar dr the store, masuk dlm kereta aku ada sorang budak Cina nama Tony approach aku. terpaksa la bukak tingkap sket. Dia pun tanya aku pernah menang apa2 x dari Tesco ke, Power Root ke? aku cakap x pernah.. oleh kerana aku x pernah menang apa2, dia kata company dia bagi aku peluang untuk menang kereta, motor dan cash money yg bernilai lebih RM4K! so, dia bagi voucher aku pun buka laa... tiba tiba dia terlompat lompat cam beruk! "fuiiyooo abang!!!
abang betul ka x pernah menang apa2? abang ada chance menang kereta toyota altis woo...!!!" si tony tu la yg cakap camtu... bukan aku... dia tunjuk kat aku voucher yg dia buka tadi, ada gambar microwave oven n foot massage... kat satu lagi page color merah ada bulat warna silver.. dia kata nak tau hadiah apa, kena pergi office dia, nak scan....aku cakap kat dia, kalau kena beli barang, aku x nak...

dia pun dgn muka x malu, masuk dlm kereta aku yg x berkunci tu (bodoh nya aku ) dan ajak aku pergi ke office dia utk check apa hadiah yg aku dapat. dlm kereta, menghala ke office dia kat kajang prima atas kedai spare part sederet dgn maybank tu, dia pun call la Mr.Wong, supervisor dia.. kata kitorang on the way. (sambil lompat2 dlm keta aku)...."
Yang lain-lain tu korang bleh refer kat blog ni dan sini

Yang penting apa yang aku nak higlight kat sini ialah depa dah berani masuk dalam kereta!
so bagi ni aku bagi tips sikit macam mana nak 'ajar' balik depa ni.

Lain kali, bila dia(dengan selamba) masuk dalam kereta
1. Kita naikkan(tutup) semua cermin kereta.
2. Kita pulak dengan selamba keluar dari kereta kita. hehehe..
3. Lepas tu kunci kereta.
4. Lepas tu, picit button alarm kereta.
5. Lepas tu alarm kereta pun sure berbunyi lah kan..
(err.. Backup plan kalu alarm tak bunyi, kita jerit lah "Tolong! Tolong! Pencuri! Pencuri!)


Lepas tu, pak guard, org ramai kat Tesco tu sure datang ramai-ramai datang nak tgok dan 'memeriahkan keadaan.

Hah! Kan dan kantoi mamat gores dan menang tu?
Kan dah kena Gores dengan kemaluannya sendiri2 kekekekeke....

Sunday, May 11, 2008

Andai 'Siti' Tahu Betapa Indahnya Islam...

Sorry yea.. Bukan Siti Nurhaliza, bukan Siti Sarah atau Citylink. Tapi Siti Fatimah yang kes dia murtad tu..
Tatkala Siti Fatimah telah legally mengisytihar dirinya murtad, di satu dimensi lain, ramai cerdik-pandai memilih Islam 'as their way of life'.

Dalam satu Forum, ada satu post menarik dari forumer: blink_182, untuk korang judge sendiri.

1.Dr. Gary Miller (Tokoh Ilmu Teologi Kristian Dari Kanada, Pakar Matematik)
Dr. Gary Miller (Abdul Ahad Omar) berasal daripada Kanada. Beliau merupakan seorang pakar matematik yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian. Pada tahun 1978 beliau dihadiahkan al-Quran dan selepas membacanya beliau mula menyedari tentang kepincangan Bible dan kebenaran al-Quran. Beliau terus memeluk agama Islam dan merupakan seorang pendakwah Muslim yang komited hinggalah ke hari ini. Antara tulisan beliau yg menarik ialah yang bertajuk "The Amazing Quran"... read more

2. Aminah asSilmi (Bekas Kristian Protestan Amerika, Aktivis Pembebasan Wanita Radikal)
Aminah as-Silmi ialah seorang bekas Kristian Protestan dari kumpulan Gereja Southern Baptist. Beliau juga merupakan seorang aktivis dari kumpulan pembebasan wanita yang radikal dan pernah bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran. Ketika di kolej beliau terpaksa belajar dengan wanita-wanita Arab yang rata-ratanya memakai tudung. Beliau menganggap mereka sebagai "golongan yang menjijikkan." Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berdakwah kpd mereka agar mereka menganut agama Kristian.

Untuk tujuan itu beliau telah mengkaji Islam dengan mengkaji al-Quran, Sahih Muslim dan 15 buku yang lain. Kajian terhadap Islam ini berterusan selama 2 tahun dan akhirnya persepsinya terhadap Islam telah berubah. Ketika itu barulah beliau menyedari betapa Islam merupakan agama yang amat memuliakan wanita. Pada tanggal 21 Mei 1977, beliau mengucap dua kalimah syahadah. Selepas memeluk Islam beliau berpakaian menutup aurat dan tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran di Denver. Malah mahkamah memutuskan beliau dipisahkan daripada anak-anaknya disebabkan keislamannya. Akhirnya, dengan izin Allah, anak-anaknya, ibu bapanya dan bekas suaminya memeluk Islam...
read more

3.Idris Tawfiq (Bekas Paderi Roman Katolik UK)
Idris Tawfiq ialah seorang bekas paderi Katolik (Roman Catholic). Memperoleh ijazah dalam bahasa Inggeris dan Sastera daripada Universiti Manchester, dan dalam bidang Teologi (Sacred Theology) atau Ilmu Ketuhanan daripada Pontifical University of Saint Thomas Aquinas di Rom. Sebelum memeluk Islam beliau berpandangan Islam ialah satu agama kolot yang merendahkan martabat wanita, mementingkan keganasan dan mengajak umatnya agar mengebom diri untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Ketika beliau bercuti di Mesir selama seminggu beliau mula menyedari bahawa umat Islam secara umumnya tidak seperti yang dipaparkan dalam media massa di Barat.

Apakah perbezaan yang besar antara agama Kristian Katolik dan Islam? Beliau menjawab, "Asas bagi agama Islam ialah Allah. Kesemua perkara adalah berpaksikan Allah... Ia tidak menjadikan, sebagai contoh, Nabi Isa sebagai paksi. Seperkara yang lain ialah, Islam merupakan satu agama yang komprehensif. Ia bukan satu agama yang menekankan ibadah pada hari-hari tertentu (contohnya hari Ahad) sahaja. Sebaliknya, Islam mengajar umatnya tentang cara untuk menyapa orang lain, adab-adab makan minum, adab-adab memasuki bilik, malah tentang setiap perkara." Read more...


4.Estanislao Soria (Bekas Paderi Roman Katolik Filipina)
Estanislao Soria-seorang paderi Kristian dari mazhab Katolik (Roman Catholic) yang berasal dari Filipina. Berpendidikan dan memperoleh ijazah dari Xavier University dan Loyola School of Theology, Ateneo de Manila University. Ketika pemimpin Islam Moro, Nur Misuari, bercadang untuk menjadikan Mindanao sebuah negara Islam terpisah daripada Filipina, Estanislao Soria menentang cadangan itu. Beliau (yang lebih dikenali di Filipina sebagai 'Father Stan') berazam membuktikan penentangan beliau itu secara ilmiah. Justeru beliau telah membuat kajian yang mendalam dalam bidang sosiologi dan sejarah Filipina untuk membuktikan bahawa cadangan Nur Misuari adalah tidak berasas sama sekali.
Akhirnya sesuatu yang mengejutkan telah berlaku, iaitu, selepas beliau mengkaji Islam beliau menyedari bahawa Islamlah agama yang sebenarnya dan seterusnya memeluk agama Islam pada tahun 2001. Beliau mendapati banyak pandangan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh Kristian seperti Thomas Aquinas adalah berasaskan ajaran Islam. Beliau berkata, "Kajian saya menyedarkan saya bahawa tamadun Barat sebenarnya berkembang kesan daripada ajaran Islam... Saya juga menyedari bahawa Gospel mengikut Barnabas adalah lebih sahih (credible) jika dibandingkan dengan keempat-empat Gospel yang terdapat dalam Bible sekarang (iaitu Gospel mengikut Mark, Matthew, Luke dan John)." (Gospel mengikut Barnabas menceritakan dengan jelas tentang pengutusan nabi Muhammad selepas nabi Isa). Read more..


5. Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika, Wartawan)
Michael Wolfe berasal daripada Amerika. Ibunya ialah seorang Kristian dan bapanya seorang Yahudi. Justeru berlatarbelakangkan itu beliau berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian namun kedua-dua agama itu tidak menarik perhatiannya. Baginya, Agama Yahudi - amat menekankan tentang kaum yang terpilih (iaitu golongan Yahudi), dan pandangan ini tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula diselimuti pelbagai misteri.

Beliau menegaskan, "Agama kebenaran yang saya cari mestilah satu agama yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama yang sempit yang susah untuk difahami. Agama itu tidak memerlukan manusia perantara seperti paderi. Ia tidak menentang perkara tabii seperti seks. Dalam agama itu perlu ada ritual atau amalan harian agar dengan itu kesedaran diri dapat dipertajam dan minda dapat disiplinkan. Yang paling penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana saya tidak mahu membuang akal fikiran untuk digantikan dengan dogma atau kepercayaan secara membuta tuli... Dan semakin saya mengkaji Islam semakin saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari.. Read more..


6. Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian, Penulis Dari London)
Ruqaiyyah Waris Maqsood dilahirkan pada tahun 1942 di kota London, UK. Nama asalnya ialah Rosalyn Rushbrook. Dibesarkan sebagai seorang Kristian dan memperoleh ijazah dalam bidang Teologi Kristian daripada Universiti Hull pada tahun 1963. Pengetahuan beliau yang mendalam dalam ilmu Kristian merangsang beliau untuk menulis beberapa buah buku tentang agama itu. Antara buku yang ditulis beliau ialah 'In the Steps of Jesus', 'Jesus of Nazareth', 'Does God Have a Body?' dan 'The Trouble with God'.

Namun pengetahuannya yang mendalam tentang Kristian juga menyedarkan beliau tentang kesesatan agama Kristian terutamanya yang berkaitan dengan konsep triniti. Akhirnya beliau memeluk Islam pada tahun 1986. Pada hari ini beliau berjaya menghasilkan pelbagai buku tentang Islam dan pada tahun 2001 beliau dianugerahkan Anugerah Iqbal kerana sumbangannya. Read more..



Hai... Siti-Siti, andainya kau tahu indahnya Islam....