Advertisement -header

kunjungan

Wednesday, February 27, 2008

Janji Wakil Rakyat yang Hampeh...



Aku tidak pasti parti mana yang kau orang akan undi untuk PRU kali ini.

Di kala malam begini, aku termenung seorang diri, di temani dengkuran harmoni isteri dan anak-anak ku, sambil di selang-seli dengan bunyi deruan angin dari kipas siling, aku mengimbau kembali janji sesorang wakil rakyat kawasan Taiping yang menang dalam PRU yang lepas.

Janji seorang wakil rakyat, untuk memansuhkan bayaran letak kereta di tempat awam.
Namun, janji hanya tinggal janji. Ibarat melepas lipas yang tersepit, segala janji hampas belaka. Bukannya FREE parking lagi dah, tapi hari Sabtu & Ahad pun dah start kena bayar.

Ya.. PRU kali ini, aku pasti, seyakin dan pasti, parti mana yang aku bakal pangkah.
Akan ku pastikan wakil rakyat itu tumpas, di tangan lawannya pada PRU kali ini.
Aku sudah pasti parti mana yang akan aku undi. Anda bagaimana?

Tuesday, February 26, 2008

Kereta Power....!!!

Kalau anda lahir lewat era 70an-80an gerenti tak boleh lupa beberapa TV series zaman tu;

Airwolf, Blue Thunder, The A-Team, Kojak, Gemini Man, Buck Rogers in 21st Century, Battlestar Galactica, dan of course citer favorite aku Knight Rider.

Semalam baru habis layan episode pertama Knight Rider version 2008. Memang power….!!!


Kalu KITT yang dulu production from KNIGHT INDUSTRIES 2000, dengan kereta model Pontiac Trans Am(tahun 1982),

KITT 2008 pula dari production KNIGHT INDUSTRIES 3000, dengan kereta model Ford Mustang Shelby GT500KR(tahun 2008).

Mengekalkan music tema yang sama, tetapi di beri nafas baru, semua feature pada KITT 1982 ada pada KITT 2008, ditambah lagi dengan dipowered dengan teknologi solar sebagai backup power kepada gasoline. (info from wikipedia)

Boleh change into 3 different modes:

1.KITT Hero -- a Ford Mustang Shelby GT500KR that is playing the part of the everyday Hero car with 540 horsepower;

2. KITT Attack -- a super high-speed version of the Ford Mustang Shelby GT500KR Hero car that transforms into Attack mode with the help of air-ride technology and specialized body parts


3. KITT Remote, which is a driverless Ford Mustang Shelby GT500KR version of the Hero vehicle.

Color pula boleh berubah-ubah. Dalam 1st epoisod dia tukar dari black ke white cream, lepas tu purple..


Driver dia pulak anak Micheal Knight la dalam citer tu..

Teringat kat member aku si Halim ni, dulu dia berangan gak nak pakai kereta sejibik macam Knight Rider, tapi tak mampu punya pasal, pakai je lah kereta Iswara sedan putih.
Sekarang ni, sebab nak tiru dual mode power macam kereta Knight Rider 2008, di beli pula kereta Naza Ria- special edition powered by NGV & Petrol. So bila jalan-jalan tu, lepas le gian si Halim tu nak main-main tukar mode NGV or Petrol kat Naza Ria dia tu..

Sorrry Halim aaa.. usik sikit hari ni.. muhahahahaha..

Overall memang best giler citer ni. Cuma ada satu misteri yang masih belum terungkai dalam citer Knight Rider 1982 dan 2008 ni; .... Tayar kereta dia tak pernah ’botak’ yerk?

Thursday, February 21, 2008

Ahmad Dhani - My All Time Favorite Artist.


Bermula dengan projek Ahmad Band, Dewa 19, Dewi-Dewi, kini special Projek ‘The Rock’, Ahmad Dhani memang genius dalam industri muzik.

Persetankan dengan cakap orang yang pernah mengata Ahmad/Dewa membawa pengaruh yahudi, menyokong yahudi?.
Kalu ya pun, apa masalah nya.. yang korang tu duk sanjung artis barat lain mcm Akon, Celine Dion, Metallica, dll lain tu apa ke jadah nye?

Soal yahudi or lebih tepat agama bagi aku tidak relevan dalam minat seseorang pada music dan lagu.

As long as music & lagu membawa mesej ketuhanan atau apa saja asalkan tidak melanggar akidah.. apa salah nye, Go ahead!

Di bawah, 2 video clips khas untuk tatapan anda, satu lagi special projek Ahmad Dhani dengan Fadly & Yoyok. Layan.....

video

"Hadapi Dengan Senyuman" - Ahmad Dhani feat Yoyok & Fadly

video

"Satu" - Ahmad Dhani feat Yoyok & Fadly


Perhatikan yang main lead guitar tu.. muka selamba je.. tak perlu 'teran'.. hehehe..
Kat Malaysia pun sebenarnya dah start buat projek macam ni..

e.g.
1. "Dari Tuhan" - Awie Wings Feat Raihan
2. "Mentari Merah di Ufuk Timur" - Amy Search feat Rabbani

err.... dengar kata Amy dah jadi ahli Parti Pas?

Saturday, February 16, 2008

Tuah Joran Sulung...

Sebelum ni aku bukannya minat memancing sangat. Cukup lah sekadar memerhati Oni,Min, Nadhi & Naeem memancing. Alaaaa.. dalam list nama tu, yang aku kira profesional ’Angler’ Cuma Oni, Min & Naeem je lah.. Nadhi –Pro angerler? Ceh.. bawah dari tahap amatur adalah.. muhahahaha. Tapi ntah apa ’semangat’ yang tiba-tiba datang, sehari sebelum CNY hari tu, tergerak hati nak gi memancing, Itu pun selepas Min sms kat Oni sehari sebelum tu nak pi memancing kat Trong, Perak. Aku apa lagi, hari Khamis tu gak semasa orang lain sibuk ’beraya’ aku pulak sekeluarga + Oni turun Town Taiping cari batang joran. Nasib baik ada satu kedai buka. Itu pun buka 3 jam je. Oni tanya tauke cina kedai tu, ”Apasal lu buka kedai, ini hari?” Tauke kedai tu jawap ” Gua manyak gian mau buka kedai..”
Ceh..! org lain gian hidu gam or hidu minyak petrol, tauke ni gian buka kedai.. hmm, hantam je lah.. janji kau ada aku sebagai customer kau hari ni ni.. hehehe. Batang joran aku beli RM 32. Mesin kekili RM 38. semua Total RM70.. ok lah tu, amatur le katakan....
Esok, Jumaat, sebelum ayam berkokok subuh lagi, aku & family + Min + Oni bertolak ke Trong. 45 min je.. singgah kedai runcit tepi jalan beli tepung gandum + roti Gardenia + dedak ayam. Oni kata resepi baru buat umpan ikan.. Gaul secukup rasa, power..!!







Just to cut long story short, last2, aku and joran yang dapat ikan ‘terbesar’ & ‘terberat’ hari tu - "800gram berat dia ni.." , Oni kata. Hasil hari tu, dalam 9-11 ekor ikan lampam dapat bawa balik untuk dipanggang & di bakar. Ini baru lah orang kata, “Tuah ayam nampak di kaki, tuah aku, nampak di joran..” hehehe

Monday, February 11, 2008

Misi 2008-2009: Projek Kambing #1

Ramai kekawan bertanya ”kat mana sebenarnya lokasi kandang kambing kau ni?”

Ok lah.. untuk tidak menghampakan mereka, ni aku attached beberapa pics yang aku amik semasa cuti CNY hari tu . Pics menunjukkan location + current condition kandang kambing aku;
Projek ni hasil joint-venture aku + isteri + adik aku(Oni) + abah.

Kandang kambing aku terletak di bahu jalan besar.
i.e. sebelah kiri, Jalan besar ni dari Batu Kurau, Perak ke kampung Pantai Besar. Jalan ni kalu anda terus je, dalam masa 2 ½ jam anda boleh sampai ke Kota Bharu, Kelantan. Ni jalan pintas, ramai yang tak tahu sebenarnya..

Sebelah kanan (i.e. opposite kandang kambing aku) ialah warung kopi. Cuma ada seorang je pekerja yang kita upah - Bro. Li. Tugasnya setiap hari, melepaskan kambing2 tu cari makan sendiri kat kawasan kandang, lepas tu Bro Li akan lepak kat warung kopi ni sampai ke petang. Sambil hirup kopi + pisang goreng + main dam + monitor kambing aku dari warung ni je. Senangkan kerja dia...? hehehe.




3 Pics diatas adalah view dari depan warung kopi menghala ke kandang kambing. Kandang kambing kita disulami dengan pokok-pokok durian yang disusun sebaris. Ada jugak pokok rambai di depan laluan masuk. Kira '2 in 1' le.. Kat Belakang kambing ada sebatang sungai mengalir jernih. (Gambar tak sempat amik.. memory full. Lain kali aku snap).



Ini current condition kandang aku. Di sebelah kanan tu structure yang asal. Anjung di sebelah kiri tu dalam proses nak extend. Oni cakap, 3 minggu lagi siap. Bro Li buat sikit2, bila boring2. Siap nanti boleh menempatkan another 30-40 ekor kambing kachang lagi.


Ok, ini 2 ekor lagi kambing aku yang baru lahir during Thaipusam hari tu. Yang putih aku namakan ‘Thai’. Yang hitam aku namakan ‘Pusam’. Ok tak? Muhahahaha.

Wednesday, February 6, 2008

Mari Belajar Bahasa


Dialog Danial & Daim petang semalam;
*Perhatian: Dialog di bawah, tidak melalui sebarang proses tokok-tambah atau pengubahsuaian;

Danial: Adik..adik! Tengok basikal abang ni.. ada tongkat. Tak payah roda ’kecik’ macam adik..

Daim: Adik punya basikal lagi power.. basikal rempit. Boleh buat ’pacak’ ha...

Abah & Umi tercenggang!!!
Fuuuuyoooh!!!

New words have been updated in Daim’s dictionary: ’Rempit’ dan ’Pacak’. :-)

Monday, February 4, 2008

Pay Yourself & Family First

Sometimes, you don’t have to listen to a bunch of motivational talk from motivational lecturer like Dr. Fadilah Lai Lai Li Tamplom, or etc. only to get motivated everyday.

Cukup dengan something that you bought for yourself and your family to boost the spirits. These items bellows can express a lot of inspiring things than words to me & my family.

Sabtu lepas, wife & me spend a few things for each other & kids.




1. I’m 'paying' myself with a new PSP slim. Full packages. Including 2 dvds ‘ehem’ games + 4GB memory stick + screen protector + pouch & strap + crystal case + headphone with remote + car charger. Boost myself to work, err… at least for another year. :-)

2. My wife 'pay' herself with a new PDA handphone - HTC-Touch. To boost herself with another year in teaching in a ‘havoc’ school.

3. I’m 'paying' my 2 kids with a brand new bicycles. To boost themselves for attending and learning in kindergarten this year.

4. I’m 'paying' my maid with ‘performance’ bonus. To boost her with another year to work with my family.

5. I’m going to 'pay' my parents & in-law with ‘special bonuses’, during this CNY. Sebagai tanda ikhlas yang kita masih lagi ada mak-bapak untuk diingati..

Price of those 5 items above? --- Fuuh.. amat mahal.
Satisfaction and motivation mood?--- PRICELESS !