Advertisement -header

kunjungan

Sunday, May 16, 2010

Siri artikel penulis jemputan: Kalau Tak Boleh Bergurau, Pegi Dok Surau...

Minggu ni aku paparkan aritkel penulis jemputan: Abdul Nasir Abdul Khalil
err... kalau tak paham gaya bahasa Nasir, hangpa baik tanya direct kat dia yea... kekekeke


Abdul Nasir Abdul Khalil May 16 at 1:35pm
"KALAU TAK BOLEH BERGURAU, PEGI DOK SURAU"
Itu "haiku" yang sering kita dengar apabila ada pihak yang dibawa berjenaka tidak dapat menerima tahap gurauan kita. Baik jenaka berbau racisme, warna kulit, fizikal, peribadi apatah lagi yang berwarna seksual. Di manakah garisan sebenar jenaka seksual yang "dibolehkan" bagi kita ketika di pejabat?

Tiada undang-undang yang concrete berkaitannya sehingga kini kecuali "garispanduan" yang merangka definisi perlakuan dan gurauan seksual di tempat kerja. Kita agak sedikit ketinggalan di dalam aspek ini berbanding beberapa negara yang seangkatan kita (negara membangun) namun "dari cempedak baiklah nangka, dari tidak baiklah ada" (sambil melibas-libas tangan ke atas dan ke bawah).

Seorang pekerja wanita yang secara tidak sengaja terbongkok-bongkok menolah sebuah mobile padestal di hadapan seorang pekerja lelaki...berusia. Bagi si lelaki, dia menghadang laluannya. Entah a) syaitan apa yang merasuk atau; b) tindakan "refleks"nya; c) atau salah baca "signal", si lelaki menepis/menepuk punggung si perempuan untuk mengalihnya dari laluan.

Pendek cerita, terjadilah kisah, sumpah seranah bertukar ganti, teman lelaki dan bapa perempuan campur tangan, penumbuk dan parang turut terlibat....sebelum laporan polis dibuat.

Si lelaki berusia memohon maaf lisan dan bertulis menganggap ianya gurauan dan tekad tidak mengulangi. Maaf dipinta di tengah -tengah pejabat di hadapan semua yang ada (saksi kejadian dan yang tidak tahu hujung pangkal) namun nampaknya malu dan amarah perempuan belum lagi reda.

Tutup cerita, itu baru yang fizikal. Yang bermain kata-kata tidak terbilang banyak dan bentuknya. "Aku suka tengok butang baju kau yang itu (sambil menuding tahap butang di paras payudara)" atau "si sipulan yang bontot besar tu" dan banyak lagi "innuendo" lain yang lebih ganas dan "obscene". Kata garispanduan sexual harassment, gurauan seksual haruslah "consensual"; kedua-dua pihak boleh terima gurauan. Jika tidak.....

Bagaimana pula kita melihat "pat on the back", cuitan di bahu, cubitan di lengan, intaian dan tenungan yang kurang senonoh, isyarat yang lucah yang berlaku setiap hari di keliling kita?

Sudahnya si perempuan juga yang salah. Yang terdengar komen 01: "diapun pakai baju ketat sangat" jawapan:"kan ke dia pakai baju labuh...pakai tudung lagi" jawapan penghabisan:"ye lah....'shapy' sangat sampai there is nothing else to imagine...patutlah kena!".

Dunia lelaki kah ini? Pernah lihat bagaimana perempuan "sexually harrassing" lelaki? Jawapan: Aku pernah!

No comments: