Advertisement -header

kunjungan

Monday, February 9, 2009

I want To Confess; My Wife Is Having An Affair...

Semenjak seminggu ni, saban awal pagi dan malam, bini aku kerap menghilangkan diri dari bilik tidur. Bila kucuba ekori, rupanya dia ada di belakang rumah, sedang berbual dengan seseorang. Ini tak boleh jadi. Aku kena lakukan sesuatu. Siapakah gerangan yang ada affair dengan bini aku ni? Petang itu, aku balik awal dari ofis. Biniku sudah berada di belakang rumah. That’s it, kali ni, memang habislah orang tu aku akan kerjakan. Aku meluru terus ke belakang rumah, memang tak kasi chance punyalah.

Sah! Memang sah! Bini aku memang ada affair dengan mesin basuh front-loader baru. Sampai nak memasak pun kena duduk sebelah mesih masuh baru. Aku tak faham sungguh, apa yang special sangat mesin ni. "Kan benda tu cuma basuh, rinse dan spin je?" kata aku.

Bini aku cakap: "tu le orang lelaki, tahu pakai baju dah basuh je.. tapi tak nak tahu 'seni' di sebalik mesin basuh front loader ni.. jauh beza dengan mesin basuh top-loader tau..."

Aku: "hmmm..... " :-)


10 comments:

Abdul Halim said...

bro... lu letak mesin basuh kat luar?? make sure Mickey mouse tak datang test gigi dia gigit wire.. klu tak koyak poket nanti nak asyik merepair jer.. make sure lu letak cukup trap tangkap tikus.. he he..

arialun said...

Luar rmh ke, dlm rmh ke, kalu itu cik 'siti' mau datang, tak dapt den nak halang lagi dah..

CiK Santai said...

haha..
die sayang sgt eh mesin basuh tu dari bro.. huhu.
tapi lawa la mesin basuh tu.
haha. biasa la.
klu jadi orang rumah, brg2 mcm ni memg jadi kesygn.
smua ada unsur2 kesenian.

arialun said...

'Washing machine' tu kira hadiah weeding anniversary kita orang yang ke-7.. kekekkeke ;-)

Mimi said...

huh!! tajuk tu mmg panas... tapi dah baca it's a good one... kelakar je...

melbangi said...

bro.. rege brape.. gua pun tengah nak sopping washing m/c. kat carrefour 5.5kg RM1799 kalo 7kg brape?

arialun said...

7kg Electrolux lepas kaw-kaw punya bargain dapat harga RM2170.. kat kedai HLK, Shah Alam sek 18.

melbangi said...

bro, pls kompom model no. EWF????, thanks.

arialun said...
This comment has been removed by the author.
arialun said...

EWF 984 it is..
and harga yang aku dapat is RM2,150 (not RM2170 as I mentioned earlier)...
good luck