Advertisement -header

kunjungan

Sunday, October 5, 2008

Bosan Dengan Ucapan Selamat Hari Raya Yang Skema...

Saban tahun, kita asyik dihidangkan dengan ucapan selamat hari Raya yang dah biasa sangat. Terlalu skema. Baik di halaman akhbar mahupun di TV.
Balik-balik ucapan seperti ini:
"Saya Helmi bin Dolmat, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada keluarga saya yang menetap di Tampoi, dan ibu-bapa saya yang berada di Sintok, Kedah. Tahun ni Helmi tak dapat balik sebab terpaksa bertugas..." macam tu lah lebih kurang.

Aku dah bosan ler.. asyik2 nada ucapan yang sama je. Dah basi beb! Tak ramai pun nak dengar ucapan macam tu lagi...
Kita perlukan pembaharuan. Akhbar2 dan Media TV perlu dirombak supaya dapat memberi 'kelainan' dalam penyampaian ucapan2 Selamat Hari Raya ni.

Media2 perlu siarkan ucapan2 yang sensasi dan kontroversi yang mampu meraih minat para pembaca dan penonton.

Contoh:
" Saya *Che Azmi bin Che Leh, beserta isteri dan anak-anak saya di Pantai Remis, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin kepada isteri ke-2 saya Milah serta anak-anak Milah yang berada di Bachok, Kelantan. Tidak lupa mak-bapak mertua sebelah isteri kedua saya. Dengan ucapan, tahun ni giliran Che Azmi beraya dengan isteri pertama. Harap Milah bersabar untuk giliran Milah raya tahun depan yea.."

* Nama samaran. Tiada kaitan kepada yang hidup atau yang mati.

;-)

7 comments:

CiK Tuan Tanah said...

WAKAKAAAAA...
giler encik ni..
tapi msj skema mcm tu patut d perbaharui...
contoh msj encik arialun ni,best jugak..
contoh perpaduan rakyat malaysia.

arialun said...

hik. hik.. hik.. tengah tunggu siapa org pertama nak buat ucapan macam tu..

Abdul Halim said...

bro... itu hari lu tersasul men'doa'kan "kedua-dua isteri kami".. kali ini cerita pasal ucapan utk isteri ke-dua.. I am sensing very amiss here.. he he he..

ada apa-apa ke bro.. so let me congrate you in advance.

Hola!!

arialun said...

Wuih.. jangan, bini yang sorang ni pun dah tak larat nak jaga.. kekeke..

fnd said...

Kikikiki... klakar la bro..

Like the originality..

arialun said...

ya..ya.. post tu dibuat dikala aku tak boleh tidur mlama, akibat kekenyangan makan ketupat + lemang dan akibat bosan tahap cipan dengan ucapan 'selamat Hari Raya' di RTM-TV1 hari tu.. kekeke.

Mohammad Kamil said...

Ko ni memang dah gile...

'Selamat Hari Raya, maaf zahir batin'

-kamilhasan