Advertisement -header

kunjungan

Wednesday, February 27, 2008

Janji Wakil Rakyat yang Hampeh...



Aku tidak pasti parti mana yang kau orang akan undi untuk PRU kali ini.

Di kala malam begini, aku termenung seorang diri, di temani dengkuran harmoni isteri dan anak-anak ku, sambil di selang-seli dengan bunyi deruan angin dari kipas siling, aku mengimbau kembali janji sesorang wakil rakyat kawasan Taiping yang menang dalam PRU yang lepas.

Janji seorang wakil rakyat, untuk memansuhkan bayaran letak kereta di tempat awam.
Namun, janji hanya tinggal janji. Ibarat melepas lipas yang tersepit, segala janji hampas belaka. Bukannya FREE parking lagi dah, tapi hari Sabtu & Ahad pun dah start kena bayar.

Ya.. PRU kali ini, aku pasti, seyakin dan pasti, parti mana yang aku bakal pangkah.
Akan ku pastikan wakil rakyat itu tumpas, di tangan lawannya pada PRU kali ini.
Aku sudah pasti parti mana yang akan aku undi. Anda bagaimana?

2 comments:

Abdul Halim said...

apa punya haprak lah lu.. pasal parking jer lu nampak.. menda alah lain YB tu dah tambah lu tak nampak.. cuba lu check.. skrg ni penduduk Taiping dah bertambah.. klu tak caya gie Kamunting sana.. aku rasa mamat Hindraf ada dah kat sana kot.. muahahaha

arialun said...

alaahh.. yang penting janji tak tepati.. mmg confirm aku pangkah dia... pangkah kasi jatuh PRU kali ni.. muahahaha