Advertisement -header

kunjungan

Thursday, June 5, 2008

Around The World’s Famous Mosques In 30 mins

Betul murid-murid. Cikgu tak tipu. Cuma 30 min aje, dah boleh cover semua masjid-masjid terkenal di dunia. Senang je. Tak perlu gi jauh-jauh. Cuma gi Terengganu je. Sempena cuti sekolah, dan menyokong Visit Terengganu 2008/Sukma ni, Cikgu nak bawaklah murid-murid berkunjung te Taman Tamadun(g) Islam.

Suka Tak?

Jadi murid-murid, ni cikgu nak bawa murid-murid melawat masjid-masjid ni secaral virtual lah yea. Jadi murid2, duduk di kerusi masing-masing, pasang tali pinggang kaledar baik-baik, karang terjatuh pulak.



Mula-mula, murid-murid akan diberikan pasport untuk memasuki kawasan(g) ni.. Hah! Jangan(g) main(g)-main(g).


Berhati2 naik keretapi tu murid-murid... Karang kalu jatuh cikgu tak mau tolong. Bangun sendiri




Masjid Suleyman, Turki: Dibina pada tahun 1557M, pada zaman Empayar Khalifah Ottoman.




Great Mosque of Agadez, Nigeria: Dibina pada abad ke-16. Diperbuat dari tanah yang dikeringkan. Menara berbentuk piramid, dengan 13 perancah kayu untuk mengukuhkan struktur binaan.





Masjid Kul Sharif, Kazan, Russia: Bila dibina? Cikgu pun(g) tak tahu. Pernah dimusnahkan, dan dibina semula selepas kejatuhan Soviet Union.




Masjid Kudus Minar, Jawa Tengah, Indonesia: Dibina pada tahun 1949 oleh Sunan Kudus. Bercirikan campuran(g) Hindu dan Jawa.






Masjid Kristal, terengganu, Malaysia. Dibina pada tahun 2008. Uniknya masjid ni, tiada orang pun yang sembahyang fardhu di dalamnya.. hai.. Orang Terengganu, tolong betulkan fakta ni jika salah yea..





Masjid Kubbah As-Sakharah, Jerusalem: Dibina pada tahun 692M, semasa pemerintah Khalifah Umaiyah Abdul Malik Ibn Marwan. Di dalam tersimpan batu tergantung di atas Gunung Mariah dan untuk memperingati ketika peristiwa Nabi Muhammad SAW bertemu Allah; yakni peristiwa Iskraj-mikraj.... Hah! inilah dia masjid yang menjadi rebutan puak Zionis tu..




Great Mosque of Samarra, Iraq: Dibina pada abad ke-9, ketika zaman pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil. Keunikkannya, tentulah menara berpusing tu.





Masjid Abub Nasr, Afghanistan: Dibina pada abad ke-17. Keunikkannya ialah tiang berpusing di laluan hadapan. Di dalam terbina makam octagon bagi mengabadikan jasa ahli teologi termasyur-Khwaja Abu Nasr Parsa.




Masjid Aleppo Citadel, Syria: Dibina sekitar abad ke-10SM. Dibina diatas bukit di Syria. Lebih bercirikan kubu pertahanan dan membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam ketika itu.





Masjid Al-Haram, Mekah, Arab Saudi: Hah! Ini sapa yang tak tau, cikgu 'sunat' sorang-sorang karang. Masjid ni lah menempatkan tempat paling suci bagi semua umat Islam, iaitu Kaabah di dalamnya. Apa maksud Kaabah tu murid-murid?- "Tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij".



Masjid Pattani, Thailand: Dibina pada tahun 1954, semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit. Menyerupai rekabentuk Taj Mahal. Tumpuan utama penduduk Islam Thai.







Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam: Dibina pada tahun 1958, dinamakan sempena nama Sultan Brunei ke-28. Rekacipta arkitek Itali. Kubah emas merupakan binaan tertiinggi di Brunei.




Taj Mahal, Agra, India: Nak kata masjid, cikgu rasa tak juga. Tapi sebab binaan ungul dia kut, sebab tu diabadikan di taman ini.







Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan: Dibina pada tahun 1673, untuk Maharaja Aurangzeb Alamgir. Boleh memuatkan 65,000 orang jemaah dalam satu masa.

Ok.. itu je, pembelajaran kita hari ni, murid-murid. Pastikan murid-murid catatkan semua. Minggu depan cikgu nak bagi kuiz. Sapa tak dapat jawab, cikgu suruh berdiri atas meja.


Post akan datang cikgu akan update bahagian ke-dua lawatan ke Terengganu nih..

6 comments:

santai selalu said...

interesting...
Tq for sharing with us

arialun said...

Thank You.. Your blog also not bad. A lot of useful info.

santai selalu said...

Tq..

obor obor said...

great!

Shamsul Bahri Mohamad said...

Fuhh..masjid Kristal macam Disneyland lah..tapi sayang takleh buat sembahyang Jumaat..

Jemputlah lawat www.cetusan-bukitsubang.blogspot.com

Shamsul Bahri Mohamad said...

Fuhh..masjid Kristal macam Disneyland lah..tapi sayang takleh buat sembahyang Jumaat..

Jemputlah lawat www.cetusan-bukitsubang.blogspot.com